Wednesday, August 25, 2010

Kisah Ramadhan pertama..

Salam,

Ish...setiap kali Ramadhan ni mesti jadi nostalgik. Teringat berpuasa di perantauan. Teringat beraya di perantauan. Teringat itu...teringat ini. APASAL ek?
.
.
.
Tapi paling BEST sekali bila teringat masa pertama kali ber RAMADHAN dengan suami I yang tercinta tu..
Wei haaai.. hahaha
Ramadhan kami yang pertama BERSAMA adalah sewaktu di Chicago, USA.
OBERCI oo.....
oooittt ooooittt..

1990 adalah masa honeymoon.
Masa tu suami aku telah habis belajar first degreenya dan mengambil keputusan untuk pindah dari Boston ke Chicago setelah kami berkahwin di penghujung bulan Disember 1989. Konon kononnya taknak la biarkan aku berseorangan sambil nak mencari kerja di Chicago. Malangnya pekerjaan adalah sangat sukar diperolehi di Chicago terutamanya yang berkaitan dengan kelulusannya...tidak seperti di Boston.

Maka suami aku pun jadilah penanam ANGGUR sementara sambil menjadi peneman hati aku selama 6 bulan sebelum visanya tamat dan pulang ke tanahair. Kadang kadang kesian juga tengok suami yang TAK DAK kerja dan melopong di rumah. Aku ke kelas, dia TERSADAI di rumah. Baca paperrrr, tengok iklan, buat laundry, lipat kain...heheheh...MASAK??? Err...not his specialty.
DUIT?
Duit simpanan dia adalah sikit sebanyak sebab waktu kat Boston dia memang rajin buat part time job kat universitinya plus duit biasiswa aku yang dapat setiap bulan. Tapi duit tu terhakislah setiap hari kerana yang masuk hanya biasiswa aku sahaja.

Tapi perkara yang aku suka tentang suami aku sewaktu tu ialah dia rajin bangun malam untuk solat hajat, rajin bergaul dengan masyarakat Islam di universiti aku dan sentiasa bersedia untuk menolong kawan kawan yang perlukan khidmatnya.

Sewaku Ramadhan, ramai kawan kawan dari Bangsa Arab mengajak kami berbuka puasa di rumah mereka atau berbuka secara beramai ramai. Selalunya suami aku tak menolak tetapi kalau aku dah masak di rumah maka dia akan menolaknya dengan baik. Untuk Tarawih pula, selalunya suami aku disuruh ke depan untuk menjadi imam.
Aku pun hairan dengan pak Arab ni, mereka faham bahasa Arab sepatutnya mereka lah yang lebih layak menjadi imam tapi selalu menyuruh pelajar Malaysia untuk mengimamkan solat.

Terasa cukup indah ber Ramadhan buat pertama kali bersama suami sewaktu itu. Dan yang paling mengharukan di Ramadhan itulah kami telah menerima sumbangan zakat dari Pak Pak Arab yang nak bayar zakat. ALASANNYA ialah suami aku termasuk dalam golongan AHNAF sebab tak dak kerja/pendapatan dan kami pun memang agak memerlukan segala sumbangan itu sewaktu itu.
WEIIII hai...macam sedihkan?
Tapi bagi aku itulah keindahannya ISLAM ini....dan aku berdoakan agar mereka yang menolong kami berdua sewaktu itu dikurniakan ganjaran pahala yang besar dari Allah SWT. InsyaAllah..
Amiinnn..

sekian

4 comments:

Nizam.Ariff said...

Kat sana boleh dapat ketupat rendang tak?

tasekM said...

aku time ngandung MC pun tak puasa penuh kak sbb dia lahir seminggu nk raya. macam period gak la ponteng seminggu tu kan.



.

anjang said...

bset cite ni tangkap syahcu le pulok

ASH said...

Nizam,
kami buat ketupat nasi impit ADABI..rendang no hal..dah pandai masak sendiri

TM,
wah..dia sama tarikh lahir dengan aku la..BULAN ISLAM. Aku pun lahir lagi seminggu nak raya.

anjang,
..cerita orang veteran