Saturday, June 19, 2010

SOP ( standard operating procedure)

Salam,

Waktu aku sekolah menengah dulu, aku belajar di sekolah sains. Bila masuk form four and form five pun aku berada di kelas sains tulin. Bila jadi pelajar kelas sains tulin maka aku belajar 3 subjek sains tulin yang terkenal itu, Fizik, Kimia dan Biologi.

Aku suka kelas fizik..dan aku rasa mata pelajaran ni mudah jer aku terima dan masuk dalam kepala otak..
Aku kurang gemar subjek Biologi. Sebab banyak mender yang aku kena ingat dan tak ada formula macam Fizik.

Kimia?? Subjek yang paling aku BLURRR sekali di antara ketiga tiga subjek sains ini..tapi entah macamana punya bagus cikgu yang mengajarnya maka dia boleh jadikan aku TERUS MEMPELAJARI SUBJEK ini sehingga mendapat C3 ( kira bagus la dapat credit 3 zaman aku tu...hahaha) dalam peperiksaan SPM aku.

Dalam kelas KIMIA ini, kami selalu diingatkan untuk melakukan ujikaji dengan hati hati. Kami berhadapan dengan pelbagai bahan kimia. Antara bahan yang paling merbahaya ialah asid pekat. Kalau bahan ini terkena pada pakaian atau tubuh badan sahaja boleh menyebabkan kemalangan yang teruk.

KAMI KENA IKUT PERATURAN!!
ADA PROCEDURE.
STANDARD YANG TELAH DITETAPKAN OLEH KEMENTERIAN!..

Kalau ambik bahan kimia yang merbahaya begini begitu mulut cikgu mengarahkan.
Kalau melakukan proses ujikaji, begini begitu cikgu mengingatkan.
Kalau selesai kerja ujikaji, begini begitu cikgu menyedarkan.
Pendekata dalam makmal KIMIA, cikgu dan lab assistant akan tengok kami semua melakukan ujikaji macam helang memerhati ayam..

TAPI THINGS HAPPENED one day!!!

Entah macam ada juga kawan aku terpercikkan asid pekat ke atas seorang rakannya.
Semuanya disebabkan GURAUAN TERLEBIH SUDAH!!
APA LAGI berlubang baju dan bahu..


DAN CIKGU AKU pula.....
( KORANG BAYANGKANLAH MACAMANA SATU KELAS KAMI KENA LETERRRRRRRRRR walaupun cikgu tu adalah cikgu lelaki dan bukan kerjanya untuk berleter).
Selepas itu aku ngeri dengan bahan kimia...
.
.
.
.
dan entah macamana SOP ni menjadi subjek berbangkit pulak hari ni...

HUWAAAAAAAAA!!!

sekian

6 comments:

ibundo said...

n3 nkau ni ngingatkan aku nak buat sup tulang lah besok..
hiiii....

Tijah said...

aku pun x suka kimia kak. sbb kena hapal jadual berkala. tapi aku suka bio. sbb cikgu salu suh keluar dr lab. cari katak buat bedah...

ASH said...

Kakpah,
ko nak rendam tulang dalam asid ke kakpah?

Tijah,
ko suka belah katak?
ingatkan suka siput.

tasekM said...

aku sgt suka bio kak. kimia aku tak berapa cerdik. ha ha.



.

Norazah said...

Ashley, lama tak singgah blog. Kt pun masa sek, suka kimia tau. Dpt c3 jga. Dh jd cgu ni nasib baik x ajar kimia. Tp masa ajar sains, pernahla tjadi zink tbakar jd bunga api n tkena budak. Nasib baik x jd apa. Cuma baju blubang sikit. Tulah SOP ng kena ikut.

ASH said...

TM,
aku memang tak cerdik ngan KIMIA tu...tapi entah macamana boleh dapat C3 pulak...hahaha..aku meniru kut!!

Norazah,
SOP kena ikut...tapi akan letih juga...udah rasa macam ROBOT jer..buat mender SAMAAAAAA hari hari!