Salam Apakah tidak cuba kau mengerti
tentang garis garis itu
yang terlorek dan terlarik
penuh makna..
Warna warna ini
diukir satu satu
melahirkan apa yang tersirat
menyatakan apa yang tersurat
dari lubuk hati
Mungkin jeritannya
Mungkin bisikannya
Dengarilah
Fahamilah
Jangan dipampan
Biarkan ukiran itu mengalir
bak arus air terus menerus
subur melalui delta dan tanah pamah
Kiranya tersekat
Nescaya membuak
menjadi bencana...
sekian
6 comments:
Nice,deep and beautiful..
Thanks for sharing
Terima kasih Wan Sharif kerana menghargainya
ya Allah...baru je sha bercakap pasal rumah api minggu lepas. nak merasa keadaan di situ, nak tgk apa sebenarnye yang terjadi kalau di situ.
thanks kak!
a picture worth a thousand words:)
Rumah api di Tg. Tuan...?
seperti satu peringatan untuk bercanda di tepian pantai tu :)
Cheryna,
cuba naik rumah api Tanjung Tuan..
Nizam,
ianya sekadar ilusi pelukis..yang terlintas dalam fikiran.
DrSam,
bercanda di tepian pantai???hmmm menarik komen itu....
seperti tajuk sebuah lagu Sudirman
Post a Comment