Menulis blog sebenarnya seumpama menulis sebuah diari. Ianya mencatatkan kehidupan kita sehari hari. Ianya juga adalah tempat melepaskan perasaan yang terbuku di dalam hati.
Adakalanya seseorang itu tidak berupaya bercakap tetapi mampu menulis jadi diari adalah tempat dia menyatakan perasaannya. Bila mana datangnya era komputer dan internet, blog adalah salah satu tempat melepaskan luahan rasa itu. Pada mula mula aku menulis blog ini, aku tidak sedikit pun mengharap ada yang membacanya. Apatah lagi untuk memberi komen komen. Aku menulis adalah untuk melepaskan perasaan sedih yang melanda diriku sewaktu kematian ayahandaku.
Aku sekadar menulis apa yang bermain di mindaku. Aku msti menulis sebagaimana yang aku pernah tulis sewaktu dulu apabila sesuatu perkara mencengkam perasaanku. Bagi aku, apabila menulis sedikit sebanyak perasaan sedihku dapat dikurangkan dan dilepaskan.
Aku tidak menyangka ada yang berminat untuk membaca blog aku yang mempunyai bahasa kucar kacir ini terutamanya dari kalangan saudara mara dan adik beradikku sendiri.
Sebenarnya memang pada asalnya aku rasa sedikit tekanan apabila mengetahui blogku ini mula dibaca oleh saudara mara, adik beradik dan ahli keluargaku. Ianya tidak lagi dapat melahirkan perasaanku yang sebenar.
Sewaktu aku merasa sedih, aku terpaksa bergembira..
Sewaktu aku merasa marah, aku terpaksa menampakkan keriangan dalam penulisanku.
Ianya tidak lagi melahirkan perasaan sebenarku..
Jadi penulisanku sekadar berkitar kehidupan sehari hari yang banyak menghidangkan gelak ketawa dan menjadi hiburan buat yang membaca. Banyak kisah kisah sebenar yang aku ingin luahkan selama ini terpaksa dipendamkan untuk menjaga hati atau mungkin juga menjaga reputasi orang lain.
Dan aku hanya seumpama sang bayu yang mengejar pelangi, tidak memperolehi apa apa kepuasan selain memberi warna warni pada kehidupan.
.
.
.
sekian
6 comments:
kadang apa yang kita tulis tak meluahkan perasaan sebenar. bila ramai yang baca, tulisan dah jadi bebas macam kita tulis dalam diari.
aku tulis sebagai satu pelarian. pelarian daripada kepenatan,resah, tension, tekanan.... apa-apalah..
ok lah, kalau kak ash tak sudi kasi kita baca, kita tak baca lah lepas ni...
sayu tak bunyinya? hihi
kog nk kena lempang. ha ha.
sungguh la haih... kadang2 kita cenderung utk menulis apa yg org lain mahu baca dan bukan apa yg kita rasa.
.
sejak ku jumpa blog itu, aku mula berminat mengikuti penulisannya..
tidak ku sangka rupa-rupanya dia seorang penulis berbakat...
aku juga dapat mengimbau rakaman2 sejarah lampau yg mana aku tidak ingat.. barangkali aku termakan banyak kepala bilis?
aku rasa sungguh bertuah pabila daku berjumpa dengan blog ini...
aku tidak tahu apakah ucapan yg seharusnya ku bingkiskan buat empunya blog ini...
yg pasti, aku rasa terhibur pabila ada corat-coretnya seolah-olah berkaitan dengan aku...
aku tidak peduli samada ianya ditulis berniat atau tanpa niat untuk mengaitkan diriku...
oh, ini bukan diariku...
ini diari dia...
siapakah dia?
cantik!!!
manual??
shutter speed berapa?
Sebab tu lah ada org buat blog pakai nama samaran. Tapi ada yg guna tu untuk membantai orang lain. Itu yg dipanggil penembak curi tu.
Post a Comment