Wednesday, June 23, 2010

Pada hari Khamis 3hb Jun 2010..

Salam,
Pada pagi hari Khamis 3hb Jun 2010 sekitar jam 9 pagi aku, suamiku, anak sulungku dan sepupu meronda ronda bandaraya Kota Kinabalu. Aku sebagaimana selalu, apabila meronda sahaja, mestilah tanganku mula mengklik klik.


Antara gambar gambar yang dapat dirakamkan ialah gambar Masjid Bandaraya Kota Kinabalu seperti di bawah ini.



Kami juga dibawa oleh sepupuku ke Observatory Deck di satu bukit yang berdekatan dengan kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah. Apa nama bukit tu...aiseh mennnnn...lupa le pulok


Bandaraya Kota Kinabalu kelihatan begini daripada atas bukit itu. Menariknya anda juga dapat melihat laut yang terbentang luas serta pulau pulau yang berdekatan.

Setelah puas meninjau ninjau kami teruskan perjalanan kami ke kawasan lain yang lebih terpencil untuk meneliti kehidupan dan perkampungan di Sabah. Kami terus ke kawasan yang diberi nama Bongawan yakni arah ke selatan Kota Kinabalu. Kemudian oleh kerana aku telah berjanji dengan seorang rakan sekolah menengahku untuk belanja makan tengahari maka kami berpatah balik dan berjumpa di sebuah restoren di Putatan.


Suami aku cakap macam Bung M jerr...heheh
Inilah rakan sekolah menengahku yang hampir 26 tahun terputus hubungan langsung dengan rakan rakan dari Semenanjung.
Pada hari Khamis ini juga kami menaiki pesawat dari Kota Kinabalu lebih kurang jam 6.30 petang dan mendarat di LCCT lebih kurang jam 9.30 malam. Tiba di rumah di BBBangi lebih kurang 10:30 malam itu.
.
.
.
jap jap...apasai aku bagi detail detail ni hah?!!
.
.
YANG AKU GERAM...KENAPA ALEH ALEH NAMA AKU NAIK DENGAN SEWENANG WENANGNYA DI KAWASAN BANGI PERDANA...
KEKONONNYA AKULAH GURU AULAD YANG MEMBAWA VAN PUTIH YANG TERLIBAT DENGAN KEMATIAN PELAJAR TEMPOHARI..
WHAT?!!!!! AKU TAK TAHU DAN TAK TERLIBAT SERTA TAK ADA DI BANGI PUN PADA HARI KHAMIS 3/6/2010 ITU.
AKU BAWA ANAK SULONG KE KOTA KINABALU UNTUK TINJAUAN KUT KUT DIA DAPAT UMS SANA TUUUUUUUUUUU!!!!!!
TAK KE BENGANG AKU BILA MENDENGAR KHABAR KHABAR ANGIN YANG MELALUT LALUT INI?!!!!

AKU ADA ALIBI LAAAAAA!!!
.....aku dah mohon cuti dari 1/6 hingga 3/6 tuuuu. Kut nak tengok rekod, mai la!!
.
.
.
sebab apa aku mohon cuti time time dah nak nak cuti sekolah tu???
kenapa tak tinjau ke sana masa cuti sekolah??
.................sebab SUAMI AKU DOK TENGAH CUTI SEMESTER DIA..
BILA SEKOLAH CUTI, DIA PULAK DAH START SEMESTER BARU!!!!
.
jawapan kepada sesiapa yang sibuk .....kut nak tanya juga
.
.
grrrrrrrrrrrrrr....entry menghindarkan FITNAH dari berleluasa!
sekian


7 comments:

tasekM said...

ooo... ni ka fitnahnya...

tak settle lagi ka pasai kes nih...?



.

DrSam said...

mengikut kajian fakta kes yang dibentang...alibi tersebut memang sah dan boleh diterimapakai.

Tapi siapakah pula yang membuat tuduhan melulu tersebut tapa membuat kaji selidik terlebih dahulu?

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

NO 1 - Tahniah anak hang masuk U.
No 2 - Takziah sbb kau kena fitnah. Mak aii..kau kena siasat dgn polis pencen mana ntah. Reporter surat kabor manalah yg kaki sibuk tu. Dahlah buat statement salah. Suruh diorg jumpa aku. Aku saksi utama. Meh aku kasi cuci nama hang pakai kloroks.

Sabar jerlah lelama sok senyap. Sampai hari ni pun tak habis2 parents yg kurang tau asyik dok bertanya. Penat aku kena cerita balik.. lepas tu diaorg juga yang tangkap leleh. Menangis kesedihan.

ibundo said...

udah udah le tu...
cuma satu peratus je tu yang nuduh hang.

aku tengok orang yang berkenaan dengan senang lenangnya ke hulu kehilir tanpa rasa bersalah...

ASH said...

TM,
aku tak tau menahu yang nama aku naik dengan 'HARUMNYA' di kawasan perumahan tempat aku mengajar sehinggalah seorang mak budak menanya terus terang dengan kami...
HUWAAAAAA....sedihnya aku!

DrSam,
bila VAN putih yang terang benderang di parking sebelah tadika..MAKA mudahlah orang menunding jari menunjuk kepada kereta aku tu...
people talk around tapi tak tanya directly..that's the problem.

Damai,
kalau tak sampai kat aku, aku tak kisah sangat...
ni kisah percakapan kat kedai kedai, sesama mak mak dan di gerai nasi lemak la...
TAK KE NAYA aku!!
Tapi sebenarnya aku dah agak mender ni akan jadi...so aku SABOR je la.

kakpah,
semua orang including cikgu yang terlibat TAK NAK perkara ni terjadi..
semua orang TAK MAHU perkara ni terjadi..
tapi thing happened cuma kalau dah ibu dan bapa anak tersebut redho dengan qada dan qadar Allah, kita rasa lega dan syukur...
TETAPI MALANGNYA ORANG LAIN yang tak de kena mengena dan tak tahu menahu menyampaikan berita yang tak sahih dari mulut ke mulut ke mulut dan alih alih aku yang TERLIBAT!! haihhhh...Subhanallahhhh..
ALANGKAH malangnya diri ini...dan entry ni aku tulis sebagai satu cara untuk berhentikan cerita cerita tak betul itu disensasikan lebih jauhhhhh lagi.

Norazah said...

Ashley, i ada baca juga kat blog kak pah n dlm surat khabar. Sabar ya. Ini memang dugaan. Yg tak tahu suka bercerita tanpa menyelidikinya. Dlm minggu ni , my school jd kes. Sebenarnya ceta mmg berbeza, ttpi telah ditokok tambah. Whatever, the truth will come out.

ASH said...

Norazah,
orang surat khabar pun tulis berita dari percakapan orang ramai..fact yang dinyatakan pun banyak bersimpang jauh.
.
hmmm begini begitu lahh..