Thursday, June 24, 2010

Roti kacang pool..

Salam,
Ada kawan yang promote makanan ni...Roti Kacang Pool.
Dia suruh masak untuk sarapan pagi ke atau makan tengahari.
Kekonon boleh le avoid makan nasi.
Ha ha..ku tanya lah resepi. Dia kata guna kacang pool.
Kacang pool? Aku tanya...Macamana rupa kacang pool tu.
Dia kata dalam tin? Ada jual kat kedai..
Aku pun pergi la main...Ke hulu ke hilir belek kacang pool.
TAK DER jual pun..

Maka aku pun simpan la hasrat nak buat mender ni.
Sekali hari ni aku tengok ada pula restoren kat seksyen 4 perkenalkan Roti ni.
Aku tanya la..KACANG POOL tu KACANG APA?

Adik empunya restoren tu jawab dengan selamber.." Ala kak, BAKED BEAN.. masak dengan GROUND BEEF. Boh rempah gitu gini. Makanan ni femes gak kat Johor"

LAAAAAA aku kata dalam hati , " Aparah kawan aku ni...ko kabor je la BAKED BEANNNNNNN!! Idak le aku cari keliling Mydin tu KACANG POOL"


sekian....and NJOYDAFOOD!!

9 comments:

Wan Sharif said...

Ala baru skip lunch sat ni..
ni rasa lapar lah plak tengok gambar tu..
kena gi kat rotiboy ni..
nak cari kacang pool ntah bila nak jumpa

MamaFaMi said...

Hihihi.. .kelakar ada kesian pun ada. Apa-apa pun, semangat tak putus asa tu yang patut dikagumi! Akhirnya, dapat juga makan kacang phool ye!

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Roti kcg pool ni famous kat kg aku Johor. Kenyang giler klu kau mkn yg ori Johor punyer sbb roti potong dia tebal.

Kat sini tipu2, bg roti nipis dan rasa kuah dia cam sardin dlm tin gitu. Aku kena balik Johor baru puas mkn..tarak kalu..out!

ashley said...

wan sharif,
maap sebab gambar itu menganggu minda..

mamafami.
welkam to my blog..yes, finally bersemuka juga dengan kacang pool itu..terus makan dan tak susah susah nak memasaknya

damai,
roti yang digunakan ni roti AROB..kenyang wehh..makan roti ngan telur tu buleh pergi separuhnya..pastu suruh anak anak habiskan..
rasa? manis manis daging gitu + baked bean..
lenkali buleh buat try buat.

AZANI said...

salam puan hidayatun
ada satu gerai di bomba larkin memang famous dgn kacang pool...

kakpah said...

aku pun terkena dulu. melilau cari kacang pool. tak jumpa. cisss...

Wan Sharif said...

La saya bergurau ajer..he..he

tasekM said...

nk kena try gak sekali nih...


.

ashley said...

Azani,
bila la agaknya aku nak sampai ke BOMBA LARKIN tu kannnn..

Kakpah yang belajor kat sekolah di johor pun terkena jugaaa..wakakakkkkaka..
roti pool ni tak der juai kut masa dulu..

wan sharif..
mane ler tahu kan..kut kut terbawak sampai mimpi roti pool

TM,
cuba jangan tak cuba...tapi I tell you...rasanya engkao kena share ngan DARREN!! KENYANG wehh..