
Ada kalanya tanpa airmata.. 
Ada kalanya sekadar sebak.. 
Ada kalanya teresak dan tersendu sendu... 
Tangisan adalah nyanyian yang sama 
Biar tua atau muda atau anak kecil yang disusui 
Ianya ratapan hati 
musababnya berbeza 
kepiluan, kesedihan dan hiba rasa 
dari kelukaan yang mungkin mendalam 
jadi fahamilah 
ketawa adakalanya ingin melindungi 
sebuah tangisan yang hiba 
ketenangan juga kerana kesabaran 
gelodak hati yang membara 
mungkin 
adakalaya sukar untuk dimengerti 
kerana setiap hati berbeza 
yang tidak bisa disuluh dengan mata kasar 
tapi getarannya tetap ada 
mampukan sebuah pujukan 
mampukah sebuah kemaafan 
menerobos sebuah dinding yang pilu? 
....sukar?? 
dinding asalan tanah 
manusia juga asalannya 
bukan besi khursani 
bahkan tetap dapat dicair 
bukan timah tembaga 
bahkan dpat dilebur 
asalan tanah kita ini mudah dibentuk.. 
percayalah, yakinilah.. 
sekian..
 
3 comments:
senyuman pengubat duka. sha mmg yakin tentang itu;)
berblog juga sebagai satu pelarian menghindari duka nestapa. lara di hati tak sapa yang tahu... hehe..
cheryna,
smileeee..
kakpah,
potong stim betui laaaa..hahhaha
Post a Comment