Salam,
Aku dah decide untuk jual segala mak nenek 'kambing biri2', 'pokok epal', 'pokok limau', 'pagar pagar'..etc etc di FARMVILLE aku.
No more 'perladangan'.
No more 'buka cafe'.
No more 'bela ikan'.
Dulu in real life aku ada bela kucing sekejap. Nama dia CUTIE.
Kucing comei ni aku jumpa terkonteng konteng kat pasar. Mengiau ngiau pada suatu hari di bulan Ramadhan. Halus cekenit sangat lagi dia waktu tu. Mengiau ngiau kejar kaki orang yang lalu lalang kat pasar.
Entah macamana bila time aku nak balik, dia kejar kaki aku.
Aku nak sepak?
ADA KA?????!!
Tolak..dia mai.
Tolak..dia mai.
Tolak..dia mai lagi.
Last last suami aku kata, ambik pi lah.
Suami aku memang suka sangat ngan kucing.
Aku?
Waktu aku kecik kecik dulu, TERSANGAT suka.
Tapi pak aku BUKANlah dari golongan PENCINTA kucing dan dia PANTANG time dia nak makan ada kucing around so NO KUCING was allowed in our house.
Bila suami aku suruh bawak balik kucing, I was so happy.
Cutie aku bawak balik rumah.
Aisyah, anak aku yang sulung became so attached dengan anak kucing itu.
The kitty was so cute. Warna dia putih, oren dan hitam tompok tompok.
But unfortunately, satu hari jiran sebelah rumah aku, tak nampak Cutie.
Time dia nak undur kereta, Cutie lari lari kejar tayar.
BOOOOOPPPP..
Cutie mati TERGELEK dengan mata tersembul keluag.
My heart BLED.
No more BELA KUCING lagi.
Lepas tu, aku bela ikan dalam satu kolam kecil.
Ada enam ekor semuanya.
Ikan carp jepun yang kecil.
Warna oren keemasan 3 ekor. Dan warna merah hitam 3 ekor.
Sekali waktu aku balik kampung, pam telah terhenti kerana dimasuki rumpai. Maka ikan ikan ini melompat keluar mungkin kelemasan.
Bila balik, aku tengok ikan aku bergelimpangan luar kolam.
I was so SAD!!
NO MORE BELA IKAN lagi...
.
.
.
jadi aku rasa aku better stop playing the FB game kan?
Don't want to be sad because of that CARTOON FARM OR CARTOON FISH OR CARTOON FOOD!!
sekian
4 comments:
Assalam mu alaikum wr wbt
Ashley, Saya memang tak minat pun buat kerja macam tu kat laptop. Tapi pelihara yang real saya buat. Banyak kucing kat rumah... ada lapan ekor tujuh putih dan satu tompok hitam putih. Ikan pula ada dua kolam, patin dah besar, talapia, haruan dan lain-lain tunggu nak tangkap aje...
jika ikan atau sayur di fesbuk mati..tak rasa dosa dan gilti tau...
Pak Usop (alberangque),
I thought I might not fall in love with the cartoon fish but unfortunately they were so cute...and when they died, I kind of became devastated...so better STOP playing.
ha ha..
ibusinga,
...walaupun mereka hanya cartoon tapi my heart still sunk seeing ikan ikan itu TIMBUL terbelalak mata..
tak suka!!
betul kata dr singa. yang kat kompeter tak per. janganlah putus asa. putus cinta tak perrr...errr boleh ker?
Post a Comment