Wednesday, January 27, 2010

I believe I can fly..

Salam,

Dulu dulu masa aku kecil aku selalu berangan untuk naik kapal terbang. Aku nak naik kapalterbang untuk pergi jauh. Pergi luar negara. Tengok negara luar. Tengok negara orang. Bukannya disebabkan aku bosan dengan tanah tumpah darahku.
Tak..tapi saja aku nak keluar. Nak keluar melihat sesuatu yang berlainan dengan apa yang aku telah selalu lihat.

Dulu juga aku selalu berkeinginan untuk pergi jauh jauh. Jauh seberang dunia. Jauh dari sesuatu yang sering menyakitkan aku. Aku ingin lari dari semua itu.

JAUH JAUH TERBANG TINGGI....tidak disakiti atau dinistai.
sekian

9 comments:

Insyirah said...

Saya pun teringin nak gi tengok kat tempat org lain. Peluang dah ada...tapi tak boleh juga nak pergi. Haihhh...~~ Terpaksalah bersabar dulu menunggu masa. Huhu.

ibusinga said...

dulu2 kita cita2 nak jadik pilot seh....
smile kak!!
murung je...

kakpah said...

aku sekarang phobia naik kapal terbang.
kalau aku disakiti atau dinistai, biarle aku duduk memerap dalam rumah je ngeh..ngeh..

AZANI said...

salam puan hidayatun
maaf, saya nak komplen,nak buat aduan, blog puan banyak kali menyingkirkan saya bila saya cuba masuki,suruh saya tukar identiti....google blogspot nak kena ni...yang geramnya bila dari dashboard boleh baca sebahagian entri dari all bog updates column....itu yang buat terliork...

AZANI said...

salam kali setrusnya puan hidayatun
ok pulqk kali ini,dah 3 4 kali lompat masuk keluar, takda masalah..thanks.

AZANI said...

salam puan hidayatun
kali ini baru ok pembacaan saya.
terbang ke manapun puan , pulang balik bawa minda yang segar, jiwa yang tenang, hati yang gembira dan tubuh yang sihat..

ashley said...

insyirah,
who knows.. someday you gonna round satu dunia..maybe?
keep hoping.

ibusinga,
last last ko berdua duan ngan pen PILOT!! ha ha..sain menyain approve ubat.
murung tandanya aku manusia biasa..

kakpah,
aku kena kuar jenjalann..

azani,
jangan bimbang..
aku memang kunci blog aku seharian kelmarin..
lepaskan TENSION!
kejap jer..

ini aku bukak la balik..

DrSam said...

kalau burung, terbang setinggi mana sekalipun, bila senja mendatang pulanglah ia ke sarang.

ashley said...

Dr sam,
tapi ada gak burung yang migrate..kan?
kalau tidak, selsema burung hanya di HONG KONG jerrr.
ha ha