Salam,
Sebut tahun baru, orang ingat AZAM..yakni kehendak untuk memperbaharui sesuatu bersempena dengan peralihan waktu atau perubahan tempat.
Bila sebut AZAM, aku teringat anak sedara aku, anak kak aku.
Nama dia AZAM!
Dipendekkan dari AZAMUDDIN..
AZAM = bagi aku adalah anak yang baik. Aku pun sayang kat anak sedara aku nih. Pendiam. tak banyak kerenah. Dan paling penting dia nih menjadi buah hati kak aku sebab dia dah bertaraf HAFIZ Quran....ya lah sekolah pun kat Maahad Tahfiz Sains di Kelantan sana tu.
Since aku dah ada anak sedara yang bertaraf Hafiz dan namanya pulak AZAM maka adalah molek benar kiranya aku pun nak kena ada keAZAMan di tahun 2010 ini.( errr patutnya dari MAAL HIJRAH ari tu lagi entry nih!! he he)
Apa agak agaknya AZAM aku, ek?
1) Mungkin kena rajin solat ON TIME?
2) Mungkin kena banyakkan solat sunat?
3) Mungkin kena rajin solat DHUHA?
4) Mungkin kena rajin pastikan anak anak solat dan mengaji?
5) Mungkin kena rajin pastikan anak anak belajar?
6) Mungkin kena rajin solat malam?
7) Mungkin kena rajin solat setiap waktu di surau?
8) Mungkin kena rajin ikuti kelas pengajian?
9) Mungkin kena rajin melihat kelemahan diri?
10)Mungkin kena rapatkan hubungan sesama ahli keluarga..adik beradik?....aku ni la yang paling bermasalah sekali..ya laaa..aku lebih suka menyendiri..ITU AKU!
11) Aku perlu dekat dengan PENCIPTA kerana hanya Dia sahaja yang 'kenal' aku...luar dalam, isi hati, isi perut, isi otak, isi darah, isi daging etc etc..orang lain ????mana ada!
.
.
.
he he..nak senarai lagi panjang?
dah la kutttttt.
sekian
8 comments:
Assalam mu alaikum wt wbt
Belum ada lagi yang mengomen ye...
Dapat tengok pepagi ni bukan ape. Balik dari masjid terus buka laptop jadi jumpalah.
Pertama, tahniah kerana ada anak saudara yang Hafiz.. Ini tentu anak Yong..
Kedua, memang sepatutnya ada azam anak yang hafaz Quraan. Saya pun ada seorang juga yang hafaz Quraan kini sedang mengajar di UIAM Kuantan. Bolehlah melayari laman beliau, http://syathibie.blogspot.com/
memandangkan sekarang ni jam 9.30 a.m. aku pi dhuha dulu ye kak...
:)
.
kita tiru je lah azam akak...
Solat on time tak sama dengan solat in time ye kak..?!
Dan jauh sekali daripada solat off-time... Hahaha
salam hidayatun,
semoga azam azam mu tercapai.
syoknya kalau semua yang ditulis boleh dipenuhi sepenuhnya
Pak usup,
tumpang seronok.
TM,
aku nak cuba la..dapat istiqamah sabtu ahad pun kira dah cukup bagus.
KOG,
meniru yang baik, no hal....
soklan dah BOCOR lama dah.
Nizam,
yang OFF_time tu, kaum HAWA ada juga!!
kaum ADAM toksah mimpi nuuuu.
Azani,
tapi kalau azam tu setakat tinggai NIAT ja, lagu mana?
Anjang,
AZAM had tersenarai ni AZAM sepanjang hayat.he he..
bukan baru pun sebenagnya!
betul ..
hanya DIA sahaja yang kenal kita
suami atau adik beradik
blom tentu "kenal"
Post a Comment