Sunday, January 17, 2010

Fishville..

Salam,

Aku memang ada Fb account.
Aku lebih banyak guna untuk tengok message adik beradik dan sedara mara.
Plus aku berladang di FARMVILLE, buka cafe di CAFE WORLD dan bela ikan di FISHVILLE.

Tapi dah dua hari aku tak dapat masuk Fishville aku.
Aku rasa ikan ikan dalam tank aku yang ada 40 ekor tu mati dah..
waaa waaa waaa!!!

Sayangnyaaaaa...ha ha ha walaupun ikan kartun!!

Muhammad suka tengok ikan ikan itu. Dia pun tolong bagi makan sama.
Kadang kadang, anak yang rajin dok main kat account Facebook aku tu.

Hari ni aku kat Ipoh.

Huda tanya lagi, " Umi, tak boleh masuk lagi tengok ikan ke?'
Aku, " Tak leh"
Huda, " Habis la mati ikan ikan umiiii..." dengan nada sedih.
Muhammad, " Alaaaa..nemo pun mesti mati"

Nemo adalah ikan yang paling disayangi Muhammad.

Sekali Tok Nek depa menyampuk, " Ada bela ikan ka?"

Huda," Ada...tapi kalau tak bagi makan habis la mati"

Toknek," Ha..kena balik cepat la kalau lagu tu"

Huda," Takkkkkk..ikan tu DALAM KOMPUTER UMI"

Toknek yang umurnya 80an....????????? CONFUSED!!


he he he

sekian

11 comments:

alberangque said...

Assalam mu alaikum wr wbt
Itulah gambaran "generation gap". antara perkara yang menyukarkan komunikasi antara generasi lama dan generasi kini. Banyak lagi perkara lain yang menjadi pertentangan anatara generasi ini.

uji6june said...

cian ngan Toknek

ada gak a/c FB
tapi dok men Jewel

DrSam said...

bila dah besar boleh buat bisness impot-ekspot tu agaknya.

Saya ikan kat dalam kolam pun selalu terlupa nak bagi makan...tak sanggup nak bela ikan maya, takut mati kelaparan :)

kakpah said...

bela ikan? bekebun? sama macam dr sam. bunga aku kat lua tu lama dah aku tak taruk baja. Ikan lam kolam tu pun si ros yang bagi makan.

ko tau tak ros bibik aku tu pun ada FB. Caya la...

tasekM said...

hahaha... kesian tau dekat tok nek tu... penin kepala org tua tu...

aku pulak sudah mengdisaktifkan fb aku.

ha ha.



.

GPI SKSV said...

Buat masa ni.. masih belum berminat utk main ikan fishville.. atau farmville...

ashley said...

Pak USop,
benar....

uji6june,
sayang tau ikan ikan tu..kalau tau takleh masuk..baik jual dari mati kelaparan.he he he..(bahasa gameFb)

Dr sam,
ikan maya pun sayang sebab tak sanggup tengok mati terapung!!

kakpah,
ko jangan main main la ngan ros!!!! ha ha ha
itu bibik memang ADVANCED punya!!
berapa ramai friends dia gamaknya..

TM,
aku pun lebih suka blog.

ashley said...

GPI,
elok pun..
dok diam diam lagi bagus sebenornya...ha ha

Nizam.Ariff said...

Ala, goreng je ikan-ikan tu.. kalau dah lama sangat mati, buat ikan kering .. hahaha

ibusinga said...

kita lum terjebak lagi kat menda2 ni lagi..
:)

ashley said...

Nizam,
tak tergamak nak buat ikan kering ngan ikan NEMO!!

ibusinga,
aku pun nak give up dah semua VILLE aku...Tak sanggup menerima 'KEMATIAN'..ngeh ngeh ngeh!