Salam,
Seseorang sedang nazak.
Kemudian dalam sedan dan sendu.
Dia pergi....
.
.
.
Kemudian dia yang pergi tadi bangun.
Bercerita tentang kisah alam sana.
Bercerita tentang roh dan jasadnya yang berpisah.
Bagaimana tentang susahnya keadaan itu.
.
.
Aku gayat...
Aku lihat tadi dia nazak. Lesu dan kaku.
Dia dimandikan.
.
.
.
Kemudian dia bangun dan bercerita.
Tapi dia muda.
Tidak tua seperti waktu nazak itu.
Tubuh badannya seolah berumur 30 an.
Dan dia berjalan...sasa..lantas berlalu.
Lengkap berkaki.
.
.
Dia ayahku!!
.
.
DUSSHHH..terbangun tidur jam 4.15 am pagi ini.
.
.
ooooohhhh..
ayah dah pergi 4 tahun lalu.
Al fatihah.
sekian
8 comments:
alfatihah untuk arwah. orang kata kalau dia datang dalam mimpi kita cantik, berseri.. menandakan dia baik2 saja di alam sana. insyaAllah..
terima kasih kerana mengingkat kami tarikh ini... hampir terlupa...
salam hidayatun,
Al Fatihah unuk arwah.
Yang pergi tak kembali... kata arwah Asri...
Yang tinggal ni masih tunggu bas ekspress yang seterusnya...tak tau bila sampai...
kakpah,
tapi aku tetap takut...dalam mimpi tu aku tanya dia " Bukan ke abah dah mati?"...zupppp pastu tu aku jaga!!
GPI,
aku pun hampir terlupa kalau bukan kerana mimpi pagi tadi.
azani,
hmmm..apakah maksud mimpiku?
Nizam,
ko selalu mimpi kan? agak agak boleh tafsirkan???
kita semua masih menunggu untuk "pergi"... alfatihah buat arwah!
hari tu aku mimpi darren accident. sedar dr mimpi terus aku peluk dia.
.
alfatihah buat arwah.
Post a Comment