Tuesday, January 19, 2010

Mangli

Salam,

Kelmarin time aku balik sekolah, si Ebi dari Sinar FM dok mencecer tanya siapa besa dengark perkataan MANGLI. Dia tanya apa makna??
Besa la kan..si Ebi bab dok soal jawab perkataan.

Aku rasa aku baru ja guna perkataan aku tu kat blog. Dua tiga entry yang lepaih kut.

Rasa macam nak call tapi oleh kerana aku takla rajin bab bab nak meng sms atau mengecall siaran radio nih maka aku biagkan saja. Aku tak tau apa yang orang lain jawab sebab aku dengar siaran ni lebih kurang 15 menet saja.

Elok sampai rumah, aku tak RAJIN nak buka dengark mana mana siaran radio dah. 'SIARAN RADIO' cap kepala itam milik aku lebih POWERFUL!!

'Mangli' mengikut definasi aku sendiri bermaksud lali atau dah jemu atau dah muak atau dah biasa sangat atau dah immune.

Contoh ayat : "Aku dah MANGLI mendengar leteran guru sains rumahtanggaku."

ha ha ha ha ha...

Apa kaitan guru SRT dengan perkataan MANGLI???
Sebab waktu slot mata pelajaran ini lah perkataan MANGLI sering kami gunakan.

sekian

6 comments:

Anonymous said...

kita tak belajar sains rumah tangga..
erkkk....sbb itu kah kita tidak suka memasak...
hmmmm....

DrSam said...

kira dah MANGLI dengan radio cap kepala itam lah ni ye :)

ASH said...

lioness,
di kalangan kawan kawan aku akhirnya, ada yang tidak berapa suka memasak walaupun telah berada di kelas SRT selama 3 tahun dan ada juga yang sangat suka memasak dan sangat EXCELL in cooking walaupun tidak berada di dalam kelas SRT!!

Dr Sam,
boleh dikatakan begitu lah..ha ha

CatlinaFly said...

wah lame tak dgr perkataan mangli ni :) dulu vaccination dipanggil pemanglian rasanye skrg dah dipanggil pelalian atau imunisasi ;)

ASH said...

catlina,
kita patut ketengahkan semula perkataan mangli ni kan?
he he

insan marhaen said...

izinkan saya link posting ini ke entri blog saya.