Salam,
Mengenangkan peristiwa pagi semalam, aku gelak sensorang.
Jadi cikgu tadika nih macam gini la..
Ada ada saja benda yang menarik untuk aku ingati.
As usual setiap tahun ada ada saja seorang dua anak yang akan buat PE'EL bila masuk sekolah.
Kalau mengajar sekolah rendah, sekarang ni agak kurang sekali nak tengok budak budak meraung.
Sekolah menengah?? Korang ada tengok budak sekolah menengah meraung raung nak balik dan taknak pergi sekolah?
Yang tak nak pergi sekolah tu TETAP ada tapi caranya tak der le meraung raung kan?
Kut ada yang meraung raung samada kena SAMPUK atau kena HISTERIA lah tu.
Tapi kat TADIKA ni kalau terdengar budak MERAUNG RAUNG pada minggu pertama ianya bukanlah satu keganjilan.
Malah, kami yang mengajar di tadika ini sudah mangli kerana saban tahun sehari dua yang pertama, perkara inilah yang kami akan hadapi.
Minggu pertama adalah minggu LOLONGAN!
Selalunya bila masuk minggu ke dua, kebanyakan anak anak telah dapat mengadaptasi alam persekolahan yang baru bagi mereka. Kalau adapun mungkin seorang dua yang TERLALU attach dengan perkara atau benda benda di rumah mereka.
Tahun ini aku tak menghadapi masalah besar dengan murid murid lima tahunku. Alhamdulillah.
Anak muridku ada 18 orang tahun ini. 11 darinya anak perempuan dan hanya 7 sahaja yang lelaki. Aku tidak menghadapi masalah dengan anak anak perempuan yang kesemuanya boleh dikatakan dari jenis yang SUKA untuk datang ke sekolah.
7 anak lelaki pula..hmmm
1) Seorang pelajar lama yang agak hyper. Tidak boleh duduk diam. Berbadan TOUGH. Aku kena ada EXTRA mata untuk mengawasinya
2) Seorang pelajar yang agak MURUNG. Tak suka datang sekolah dan needs encouragement untuk membuat setiap kerja.
3) Seorang pelajar yang takut takut. Sifat ini macam dah menjadi turun temurun pada adik beradiknya sebab sebelum nih dua abangnya pun pernah bersekolah di sini dan mempunyai sifat yang hampir serupa.
4) Seorang pelajar yang rajin ponteng. Dua minggu dah sekolah. Tapi dia baru datang 3 hari. Haiyaaaaa..
jadi hanya 3 dari 7 anak lelaki ini yang senang di handle. But...itulah cabarannya jadi cikgu tadika nih kan?
Aku bernasib baik pada tahun ini kerana hampir kesemua anak anak muridku dapat memegang pensel dengan baik. ALHAMDULILLAH...lega!!!
Kalau dapat yang dari jenis 'JARI LEMBIK', aduiiiiii...sakit gak belakang sebab dok kena tunduk tolong pegangkan tangan dan jari mereka.
Tahun ini tahun yang menarik untuk kak Tie, yang mengajar 6 tahun.
Anak anak muridnya pelbagai.
Yang lebih menarik ialah anak murid 6 tahun yang baru.
Yang sewaktu 5 tahun tidak pernah bersekolah dan tidak mahu datang ke sekolah walaupun sudah 6 tahun.
Salah seorang darinya yang MERAUNG RAUNG semalam..
haruuuuu..
Mak dia yang surirumah rajin pulak menunggu.
Sekolah dah berjalan dua minggu maka kami suruh maknya balik tinggalkan anaknya.
Apa lagi mengamuk TURUN MINYAK dia semalam. Dikejar dan ditumbuknya aku.
BEDEBAB..BEDEBUK..
Nak digigitnya tangan aku.. ( Oleh kerana aku dah biasa kena gigit tangan ngan budak tadika nih maka this time around aku dah tahu cara nak elakkan KOKAKAN dari mereka...)
TARIK TUDUNG..RONTA RONTA..TENDANG TENDANG
NGAMUK bagi nak ghak anak nih.
Tak cukup aku maka kak Tie pulak yang dikejarnya..
ha ha ha berlari lari kejar keliling.
Helllllooo cikgu nih ada TAE KWAN DO, okay!!
Tapi takkan aku nak TAE KWAN DO kan anak murid TADIKA ni pulak kan..
ha ha ha
..dah dipujuk pujuk tak mahu juga maka semalam aku TERPAKSA keluarkan skill LAKONAN aku.
Aku pun buat buat TURUN MINYAK macam dia juga.
SEMBULKAN bijik mata aku...buat buat garang sikit.
HAMBOOIIIIH..
dia jer nak mengmuk, ingat cikgu tak buleh?
Try me..
.
.
.
ha ha ha
Yang kelakarnya anak murid yang ronta ronta dan naik minyak tadi TERUS pulih jadi baik.
Senyap..
hah!
.
.
.
Ko nak AUTA jer kan????
Cikgu pun AUTA ko balik!
amacam?
sekian
9 comments:
kalau anak sendiri memang dh kena besit ye kak..?
he he.
.
Tm,
ha ha ha..
hehehe...
ko upah jer eskrem kasi budak2 tu diam kak
kahkahkah... anak aku ada sorang asek melalak je bila mak dia letak dia kat kelas. Sibaik mak jenis yang taknak layan sangat perangai anak. letak dan tinggal.
Lepas tu elok je..
Siap kejap2 hilang pergi cari biskut kat dapur lagi ...ahak..
tali pinggang kaler apa cikgu???
kita ada gak tali pinggang...
tali pinggang besi yang cangkuk2 tu...
Assalam mu alaikum wr wbt
Budak sekolah menengah ada juga yang meraung selain kena sampuk atau histeria. Ini yang pernah aku jumpala...Bila disoal siasat, murid ini putus cinta....
Masa tu tahun 80'an mana ada kaunselor di sekolah lagi.. Aku guru Bimbingan Kerjaya aje.. Oleh itu akulah yang jalankan tugas seperti kaunselor. Kaunselor tentang cinta..
Bukan murid sahaja tau... Cikgu pun ada juga tetapi taklah pulak meraung atau melalak.. Teresak-esak aja..
Tahun 1978 dulu ada seorang guru melalak dalam bilik guru sekolah saya sebab tak dapat tukar balik negeri.... Sekian...TK
salam hidayatun,
kalau julang macam gusti lepastu buat pile driver boleh kot,tapi kat atas tilam...
Jah,
budak tengah naik Minyak cam gitu tak boleh bagi apa apa..dia campak jer. Tak pasai eskrim tersepuk kat tanah..rugi sekupang dua!
Kakpah,
lepas melalak lalak tu elok pulak dia buat kerja.
ibusinga,
setakat nak elak tendang dan tumbuk tu boleh le sikit sikit..
kasi pecah papan dah tak berapa larat dah..ha ha ha
Pak Usop,
ha ha ha..nama pun manusia.
kan terdapat kepelbagaian emosi?!
azani,
kang aku naik turun mahkamah tak pasai pasai pulak..
MASUK MUKA DEPAN AKHBAR..
tak sanggup I nak jadi in-famous!
Post a Comment