Pagi Ahad 24/01/2010.
Suami kursus lagi. Jam 8.30 dah mula. Dia habis jam 12.00. Pastu kami kena check out dah. Flight 5.35pm.
Aku di waktu itu masih lepak kat bilik hotel...
Nak buat apa ek?
Takkan nak mengadap laptop jer.
INI LANGKAWI la..LANGKAWI!
Ada banyak tempat boleh dilawati. Yang boleh di explore.
Rugi memerap kat bilik.
So jam 9.00 pagi aku siap siap dan turun sarapan. Guna voucher yang diberi. Tibai nasi lemak berlaukkan sotong. Tapi takleh la kenyang kenyang sangat nanti perut buat hal!! ha ha
Lepas tu, aku sms kat suami.
" Nak pergi kat Cable car. Kalau saya berani, saya naik. Kalau tidak, saya merayap kat bawah saja."
Suami balas," Nak pergi naik apa?"
Aku jawab," Naik teksi kelmarin, teksi Zakaria tu"
"Okay, tapi hati hati"
" InsyaAllah "
So, aku pun call teksi Zakaria yang dah kami berdua naik hari Sabtu sebelum tu. Dah janji dengan dia pun, kalau aku nak pergi mana mana just call him. Dia pun tinggal tak jauh dari hotel tempat kami menginap itu.
Lima minit selepas aku menelefonnya maka dia pun sampai.
Tambang teksi dari Kuah ke kawasan kaki Gunung Macincang itu RM30-RM35.
( Kalau isteri kawan suami aku nak pergi maka sudah tentu lebih jimat lagi tapi dia teragak agak jer jadi aku pergi sendirian.)
Lebih kurang setengah jam maka aku sampai di sini. Di sepanjang perjalanan Zakaria menunjukkan aku beberapa tempat yang agak penting di Langkawi seperti tempat membuat minyak gamat, kedai makan yang terkenal kerana kesedapannya dan juga kampung yang dilanda Tsunami pada tahun 2004 dulu.
Dan akhirnya tibalah aku ke tempat yang hendak dituju.
Mula mula aku meninjau ninjau kawasan sekitar di kaki gunung itu.
Memang agak berlainan sekali dengan waktu aku pertama kali sampai di sini dulu.
Kira kira lima tahun yang lalu.
Kini dah ada tasik kecil ala Jepun ni.
Not bad..
Aku ingat nak beli T-shirt pink yang comel itu untuk Mawaddah.
Tapi aku hold dulu sebab takkan nak bawak naik cable car pulak..
he he
Macam berani jer nak naik!!
Ya lah...nak kena tengok tengok juga la kan.
Menarik juga segala kajian yang dibuat terhadap batu batan di Langkawi dan di pulau sekitar.
.
.
Okay..tangkap gambor sket!
Setelah 15 minit aku merayap rayap di pelusuk kedai maka tibalah masanya untuk aku mencuba nasib menaiki CABLE CAR!! MIND YOU..sensorang pulak tu.
Orang tidak lah berapa ramai lagi kerana hari masih awal.
Orang tidak lah berapa ramai lagi kerana hari masih awal.
Cuaca pun baik sekali.
Masa operasi ialah Isnin-Khamis mula 10.00 pagi - err tak ingat la
Jumaat, Sabtu dan Ahad mula 9.30 pagi.
Tambang dewasa 30 hinggit tapi kalau tunjuk IC dapat discount 15 hinggit.
Aku pun melihat lihat dengan siapa aku akan naik.
Okay..nampak ada dua couple naik dalam satu car tu. Maka aku pun menumpang sekali.
Ingat kut orang Malaysia...he he he....
tup tup..
Ibuk ibuk dan bapak bapak dari Indon sana. Mereka ini bekerja di KONSULAT Indonesia di Penang.
Maka aku berbual bual dengan mereka di sepanjang masa naik ke tapak tinjauan itu.
Angin sepoi sepoi bahasa..
Alhamdulillah..tak goyang sangat la.
Ini adalah pemandangan dari tapak pertama.
Ini pula pemandangan dari tapak yang tergantung dan dibuat dari steel itu.
SERAMMMMMMM lah aku.
Rasa gayat dan macam macam yang aku fikirkan.
Nak pergi ke jambatan STEEL ini kena menapak turun. Jauh juga...waktu menuruni tangga tanga tu, kalau ada yang sakit LUTUT, lupakan saja hasrat anda..OKAY!!
Sebab waktu nak naik semula...wuiissshhh TERCUNGAP JUGAK!!
memang berbaloi!
Subhanallah...hebat.
.
.
.
Dan aku rasa otot otot betis dan peha aku semacam jer hari ni..
adeh adeh adeh adeh.
.
Weihaaaiii makcik, ingat umug ko DOPLOH LAGI KER??
ha ha ha ha
.
.
Alhamdulillah, aku selamat pergi dan balik...sampai di hotel semula pukul 12pm. Just nice.
Oh ye..aku tak INGAT nak beli T-SHIRT PINK yang cantik itu untuk Mawaddah sebab time balik tu kaki dah rasa lenguh lenguh dan aku pulak nak berkejar masa untuk sampai ke hotel semula.
Aiseh mennnnnn...gambar kat atas tu lah sebagai kenangan.
sekian
6 comments:
Salam Ashley, amboi bercuti sakan ya? Anak2 tak ikut. Azah pun ada pernah gi Langkawi dulu, tahun 2007. Tak plan pun. Tapi masa tu Temerloh banjir besar, jd dr Penang, kami terus ke Langkawi. Alang2kan. Cuma dapat gi Makam Mahsuri aja. 1 hari kt Langkawi. X dpt tgk tengok tempat lain. Mungkin satu hari lain, kalau ada rezeki dan panjang umur. Banyak borong cokelat n corelle?
Ada gaya-gaya Clifthangger tak?
Lukmanw
Arghhh....rindunya kat Langkawi. Rindu kat Andaman. Semuanya saya rindu... :-(
scary kan...
sangat seram bila tgk kebawah..
Assalam mu alaikum wr wbt
Langkawi... saya mula jejak kaki ke Langkawi tahun 1985, cari pokok yang hidup atas batu kapur. Kan pantai langkawi banyak batu kapur. 1995 dan seterusnya saya ke Langkawi kerana LPM ajak pi..
Dulu 85 kedai ada sederet sahaja di Kuah.. Sek Men ada dua aje.. Jalan ke telaga tujuh baru tengah buat.. Cable Car tak de lagi...
Itu zaman dulu...
Norazah,
kalau anak ikut, mungkin tak merasa nak naik Cable Car nih!!
he he..
Dulu dah biasa datang sekeluarga time awal awal dibuka tapi sebab anak anak masih kecil kecil jadi lupakan ajer hasrat nak naik!!
Lukman,
terlintas juga bayangan cerita CLIFTHANGER tu...sebab tu rasa macam MABUK GAYAT!Tak berani nak dok tepi tepi.
Syirah,
alahai alahai..ha ha
Izat,
seram meram yuuuu..
Pak Usop Alberangque,
Zaman berubah..and so LANGKAWI!!
Post a Comment