Tuesday, December 02, 2008

Seriously speaking..

Salam,
Bila baca cikgu Izuddin punya blog mengutarakan kisah tragedi yang menimpa keluarga di Ulu Yam perdana kelmarin memang menyedihkan.

Aku cuma ingin mempersoalkan beberapa tindakan yang dilakukan oleh mereka yang berada dalam bisnes perumahan dan hartanah.

1) Aku tak faham kenapa Tasik sekitar seksyen 3 BBBangi ditimbus dengan sebegitu cepat dan dibina di atasnya dengan rumah rumah teres dan juga semiD. Aku dok BBBangi ni dah hampir 14 tahun. Aku tahu lokasi tasik tu kat mana. Orang luar yang tak tahu history BBBangi mungkin tak sedar..Bekas Budak UKM mungkin tahu...Kuat ke tanah tanih di situ?...hmmm..aku ada doubt sikit ler.

2) Tahukah anda terlalu banyak tanah tanih sekitar kawasan yang dahulunya lombong bijih timah di negeri Perak terutamnya di kawasan Kinta kini tersergam di atasnya kawasan perumahan yang luas!..eh..kalau nampak tanah tanih tu agak berpasir putih jer, dulu lombong le tu...so apa nak hairan kalau anda sering terdengar kejadian jerlus di kawasan perumahan ini!

3) Aku tak faham kenapa orang masih membina rumah mereka kat lereng lereng bukit yang tanahnya jenis tanah merah (yang bagi aku hanya sesuai untuk pertanian). Kadang tu kita tengok pun dah suspek..dan suspen. You don't have to be an engineer to know this! Malaysia ni selalu hujan. Tanahnya pulak bukan jenis batu batan macam kat Jordan sana tu..Kat Jordan sana tu ( aku tengok sebab dah sampai sana) perumahannya memang di atas batu batan bukit bukau..aahhh..memang kuat la! ye lah..memang lah ada foundation tapi kekadang contractor kat Malaysia ni engkau tahu je lah kecilokannya! Banyak yang memang makan duit sumpahan jer!

So aku harap anak anak muda yang baru meninjau ninjau nak beli rumah, korang survey hati hati tanah tanih kawasan perumahan anda..

3 comments:

azza_irah said...

pandangan yg telus..tahniah cikgu..

xiiinam751 said...

Perjalanan ckLah dari Taiping ke Teluk Intan...disakiti oleh bukit-bukit yang dulunya cantik , tapi kini cacat ditarah, sepanjang Pantai Remis ke Lumut...bukan mata saja sakit...hati juga....

Sesungguhnya, manusia sendiri yang memusnahkan pasak bumi Tuhan...

Ibnurashidi said...

Sebagaimana yang disebutkan..jadikan bala Allah SWT sebagai pengajaran dan pedoman buat umat Islam.

Apapun..Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha juga buat Hidayah dan semua muslimin muslimat seluruh dunia.

Jangan lupa ibadah korban bagi sesiapa yang mampu:D