Wednesday, December 31, 2008

Asyik tak boleh jer...

Salam,
'Asyik tak boleh pergi jer..!!'

Itu rungutan aku sewaktu mak dan abah aku MELARANG aku mengikuti rombongan pengawas sekolah untuk sama sama ke Bukit Maxwell ( kini dipanggil Bukit Larut). Waktu itu aku di dalam darjah 6, di penghujung penggal akhir persekolahan. Memang sedih sangat rasa hatiku kerana tidak dapat mengikuti rombongan pengawas sekolah itu. Hampir semua pengawas darjah 6 pergi kecuali aku. Aku menangis seharian..membentak kerana tidak dapat pergi.

Sedih hatiku kerana tidak dapat berseronok dan bergembira bersama kawan kawan yang akan berpisah nanti. Memang terguris benar hatiku kerana aku telah mendapat kejayaan yang cemerlang dalam penilaian darjah limaku dan aku telah pun ditawar ke sekolah berasrama penuh di negeri Perlis.

Bagiku sepatutnya kejayaan aku itu dihadiahkan dengan kebenaran dari abah untuk mengikuti rombongan tersebut.

'AAAhhhh..' terjerit jerit aku menangis. Aku kalau dah menangis memang tak boleh berhenti. Sengaja aku panjang panjangkan sebab geram.
'WAAAA...' raung aku lagi.

'Menangis sampai keluar air mata berdarah pun, abah tak bulork nak bagi pergi. menangis le..menangis..' memang itulah jawapan dari mak aku.

Aku merajuk gilerrr..

Selepas tu aku terdengar dengar juga mak aku pujuk pujuk abah supaya benarkan aku ikut rombongan tu..

' Nak pergi cari HUJAN! Jalan licin! Nak cari nahas! TOKSAH!!'..tamat ler harapan aku untuk ke sana. Hitam kata abah, hitam le jawapannya.

'WAAAAAAA' aku sambung keriau!!

Meradang giler dibuatnya waktu itu. Rasa rasa macam nak koyak jer slip keputusan periksa penilaian darjah lima tanda protes. Dah dapat bagus pun macam tak diiktiraf!!

Kemudian sewaktu pagi hari bas Kok Kia lalu depan rumah aku bawa geng pengawas ke Bukit Maxwell, aku buat perangai lagiii..

'WAAAAAAA..." memang aku nak kenai tibai dengan mak. Ada ada saja perangai buruk aku yang keluar hari tu..tanda protes! Abah memang tak tibai aku. Abah memang BEGITU! Yang jadi tukang ligan aku keliling rumah, bawa rotan..mak! Mak jadi runner, kejar aku. Dan aku memang selalu kena. Sebab mak pelari pecut waktu sekolah. Tak dak can aku nak terlepas.

Seminggu aku bermuram durja. Tambah tambahan pula kawan kawan aku pula sengaja menunjuk nunjukkan gambar gambar yang diambil cantik di atas Bukit Maxwell itu. Gambar gambar kumpulan pengawas kecuali aku yag diambil beramai ramai di atas bukit itu.

Kemudian takkala cuti di akhir tahun 1979 itu, entah bagaimana abah dengan hati murninya telah ajak kami sekeluarga ke Bukit Maxwell.

'Jom kita pi naik..' kata abah pada suatu hari yang begitu indah.

Aku bagaikan tidak percaya. Apa? Abah nak ajak naik jip ke Bukit Maxwell? Bukanke abah gayat? PHOBIA TEMPAT TINGGI??

Oh!! Rupa rupanya abah sayang padaku...walaupun abah bukanlah penggemar tempat tinggi namun untuk memenuhi impianku naik ke atas Bukit Maxwell dan melihat panorama yang begitu indah dari sana, abah bawa kami sekeluarga.

....dan akhirnya aku sampai juga ke kemuncak BUKIT MAXWELL sehingga ke tempat pancaran TV sebab abah ada sedara yag tinggal di kawasan bukit Maxwell dan bekerja di atas sana..

Alangkah....ohhhhh...

7 comments:

ckLah @xiiinam said...

Eid Milladiyya ya azizi ukhti...

ibundo said...

Selamat tahun baru. Tak dengar ke bunyi berdentam dentum kat luar tu. Bukan main lagi nyambut tahun baru.

Anak-anak hang takdak ka keriau macam hang kalau tak dapat benda yang dihajat. Hehe jenuh hang nak pujuk. Jenuh macam bapak hang nak pujuk hang dulu la. Ngeh..ngeh.. aku dulu baik. Tak macam hang. (tanduk dah tumbuh kat kepala ni)

ASH said...

Cklah,
Syukran jazilan.
awat lewat..tapi tak pa la...belated pun okay..

Ana la adri/ariff ma takallam fil arabiyyah..keh keh keh..kena rujuk adik aku ngan hubby!!

Ma 'azzamti fi hazihis sanah?

Kak pah,
he he he..
tau tak per.

5 'so' bersaudara... said...

mana boleh mcm ni..
Buat blog x bgtau org pun..

GPI said...

Salam kunjung dari GPI SKSV. Semoga apa yg dicoretkan di dalam blog ini bermanfaat buat penulis dan pembacanya.

Berjumpa juga dgn blog yg dicari0cari selama ini. Mana kan tidak? Owner begitu merahsiakan laman blog nya...

Macam mana boleh masuk ke sini? Emm...
"sepandai-pandai tupai melompat.. pandai lagi kuda melompat"

ASH said...

Okay..semua kena blocked!!ha haha

doublea said...

salam my 2nd sister
i pun selalu tak dapat pegi kalau kelas ada prog...
kelakar...ayah marah and jerkah...kukakakahhh...buat tak reti then ada gak dok berdebat nak masuk silat kat uiapj..siap nangis dalam tepon....kakakkaakkaka...ayah takut anaknya ini (yang lebih ketinggian) terpatah tulang...tercedera...'ala kulli hal..alhamdulillah...tak masuk silat..dan selamat daripada sebarang bala bencana...
syukur...kat smkasas...ayah siap tepon PKHEM..supaya jgn benarkan alawiyah pi join jamuan kat air terjun waktu form5...jgn main-main...ayah mempunyai network yang mantap dan lebar..
alhamdulillah 'ala kulli hal... :>>