Wednesday, December 31, 2008

Bila seorang ayah melarang..

Salam..

'Budak budak mandi laut, kau kena supervise', begitulah komen Dr Hamirdin dalam entry aku bertajuk 'Bila mereka gembira'.



Aku tahu itu bukan kata larangan sebaliknya kata kata ingatan..a reminder!

Aku faham juga walaupun Dr bukan ayah aku tetapi dia dianggap sebagai 'AYAHANDA' bagi kami semua di Aulad. Dr adalah suami kepada Kak Pah dan kak Pah adalah sebagai 'BONDA" di Aulad dan sering dipanggil dengan panggilan UMMU.



Bila Dr komen begitu..entah kenapa aku terasa seperti ngilu di dadaku. Komentarnya yang hanya beberapa patah perkataan itu seumpama kata kata yang datang dari ayahanda tercinta aku. Tinggal lagi abah tak pernahlah menyebut perkataan 'kau' dengan aku. Abah akan memanggil aku dengan nama timangan... yang sebenarnya aku tak suka mendengarnya. Tapi bagi abah itulah juga yang dipanggilnya aku ,'Nen'.



'Nen, hangpa kalau dok bawak anak anak pi laut, tengok depa..jaga! Jangan dok ghalit',



itu pesan abah bila dengar saja kami nak pergi bawa anak ke Port Dickson, Lumut, Penang dan sebagainya. Memang abah tahu kami suka berjalan jalan. Apa yag merisaukan abah ialah pada anak anak kami yang ramai tu. ( waktu abah masih ada, anakku dah 7 orang)



' Kalau bawa pi kolam, jangan dok seronok sangat..sekian sekian ..hari tu ada budak mati lemas...sekian sekian tempat kena sedut bawah kolam...sekian sekian waktu..arus deras sungai angkut habis anak depa..', abah akan berkali kali mengingatkan aku dari satu peristiwa kepada satu peristiwa.



Kadang kadang aku rasa abah adalah seorang yang tak adventurous. Tak best!! Apa saja nak buat, kena fikir pasal keselamatan..Tak thrill! Tidak seperti ibuku yang mahu saja bertindak tanpa berfikir dua kali...hah!



Pernah sewaktu kami sekeluarga menyertai rombongan Sek Men Dato' Kamaruddin ke Kuala Lumpur yang di'organize'kan oleh abahku sendiri, kami pergi ke Cable Car di Bukit apa ye ..,,kat KL tu dulu, Bukit Bintang ke?? Eh aku jadi terlupa pulok. Iye ker Bukit Bintang? macam pelik le pulak bunyinya ..whatever the name was..sesapa yang sezaman dengan aku, tolong perbetul.

SEBELUM ADA YANG MENGUTUK AKU SEBAB BAGI FAKTA SALAH KERANA TERLUPA NAMA BUKIT TUUU..
BIOR LE AKU UBAHNYA SENDIRI. ..
EH KAT BUKIT BINTANG, MANA ADA CABLE CAR LER..
TEMPATNYA KAT BUKIT NENAS!!
KAH KAH KAH..PADAN AKU RASA PELIK JER BILA SEBUT BUKIT BINTANG.
LAIN MACAM JER BUNYINYA...YE
BUKIT NENAS!!!

Zaman 70'an memang ada cable car tengah tengah KL tu...



Lepas tu, kami semua naik cable car tu. Aku, Yong, Cik Yan, Cik Yah, mak, Ei, cikgu cikgu yang sertai rombongan dan anak anak murid abah KECUALI abah! Tinggallah abah bersama sama drebar bas, Kok Kia dan Ah Sia yang mengantuk sebab bawak bas waktu malam..terlena dalam bas di parkir. Abah lebih rela ditinggalkan di bawah sedangkan kami bersuka ria melihat pemandangan KL dari atas cable car itu. ( Abah kata aaahh..KL..abah dah dok bertahun..tak larat nak tengok!)



Masa kami naik kerusi buaian ( macam buaian kita dok naik berbuai tuuu) memang seram jugak dan kalau dibuatnya terjatuh, siapa pulak nak kutip kami di dalam hutan di bawah sana tu? Kussss....semangat.. alhamdulillah sehingga ditamatkan riwayat perkhidmatan cable car itu , tak pernahlah aku terdengar ada orang dikutip dari hutan di bawah.



Tapi entahlah..sebab aku bukannya rajin nengok berita dan rancangan PERISTIWA zaman zaman ianya ditayangkan di TV hitam putih di rumah aku tu. Kalau kartun Scoo bedoo bedoo tu, aku hafal lah juga waktu siarannya. ha ha ha.



.....eh! apasal pulak kartun 'scoo bedoo bedoo, where are you' ni masuk dalam entry ni pulak. Aku nak cerita lain. Dah melalut, melencong dan melancong ke merata siaran pulak...



DRIFTING la..dah pukul 2:37 am, padan pun meraban tak ketahuan.



Sebenarnya yang aku nak habag, bila seorang ayah, abah, bapak, father, daddy, atau apa jua panggilan yang korang panggil pada makhluk Allah yang berketurunan ADAM ini, melarang sesuatu perkara yang dirasakannya BAHAYA..maka sebenarnya bukan bermakna dia tak sayang atau totally tak izin korang lakukan..tetapi lebih kepada kasih sayangnya kepada korang.



Oleh itu hormatilah larangan ayahanda terhadap sesuatu perkara kerana di situ terdapat bahaya yang teselindung yang hanya dapat dirasakan oleh seseorang ayahanda yang bertanggungjawab...DONGAR TU JANG!!



wassalam.

7 comments:

azza_irah said...

waaa..akak sempat naik cable car tgh KL tahun 70an ke..sy penah dgr dari abah psl cable car tuh...

cite psl abah..tringat sgt zaman skolah2 dulu abah anta g skolah naik honda lampu bulat..ermm..rindu sgt2 ngn kenangan dulu..

hidayah said...

Dua kali gi rombongan KL, dua kali aku naik...best!
Ya lah. Itu antara attraction kat Kay Ell waktu tu.

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

"hang jgn dok bejaga larut-larut malam, satni hang meraban", pesan ayah pada aku. ha ha ha...suka tidoq lewat hang ni kak hida...

dulu aku suka tgk cerita katun Flinstones..ha ha ha.

lukmanw@gmail.com said...

"Rombongan Sek Dato Kamaruddin" - SDK mana ni? SDK kpg Cikgooden ke? Sekolah kat situ ke dulu?

Lukmanw

hidayah said...

Cikgooden,
aku time ni lah baru dapat melahirkan ilham tanpa diganggu oleh 'keramaian' anak anak aku tu..hang kena faham.

Lukman,
Ishhhh...Sek Men Dato' Kamaruddin tu, sekolah tempat ABAH aku mengajor. Ye, terletak di BATU KURAU, Perak...tempat cikgooden. Sebab tu hangpa tak boleh cilok sangat ngan aku. Aku faham jugak la slang PATANI!!

xiiinam751 said...

Nen....
Nak nenen...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
LARIIIIIIIIKKK!!!

hidayah said...

Cklah...hang nak kena!!
ha ha ha..
tapi itulah sebab utama aku dipanggil cam tu...!!
ha ha ha!!

tahu tak perr..