Thursday, November 27, 2008

Ayam bermacam ayam..

Salam,

Cuti sekolah ni agak panjang. Semalam anak dara aku dari Balik Pulau dah sampai rumah. Dah habis periksa hari Selasa hari tu. Abah dia bersama dua orang adik pergi jemput. Aku? Jaga yang kecik kecik ni je lah kat rumah..Lagipun semua barang barang dia nak kena angkut balik dah..Tak muat pulok karang kalau semua nak pergi!

No more ayam koraih katanya..No more kuah petrol katanya..No more ikan goreng jaket kulit katanya. Wah!! Yang itu yang dia tak tahan sikit kat sekolahnya tu. Lain pulak cerita aku waktu kat sekolah dulu..

Aku ada sejarah aku yang tersendiri dengan sekolah aku tu. Biasa la kan..Kita semua unik!! Tak dak orang lain yang sejibik macam kita kat dunia ni. Betui dak?
Waktu aku kat sekolah dulu, makan tengahari hari Selasa adalah waktu yang dinanti nantikan oleh kebanyakan pelajar sekolah aku.
Apasal?
The menu was the best one!
Iya ke?..Iya la kuutt..

Time time ngantuk dah tengahari waktu ujung ujung kat kelas in 1984, kena pulak time tu adalah waktu MOD MATH;

Topik yang diajor : 'KeBALANGkalian'

Suasana sepi :...'ya, 4 bijik guli melah dan 4 bijik guli putih dimasukkan ke dalam kalung. 1 guli melah diambik dali kalung secala lawak'

'Err..Bila pulok pak lawak pakai kalung ni?'

Yelah.. dah yang mendengar tu separuh sedar dan yang mengajor tu pulok cikgu berbangsa Tionghua bernama Tiah Poh Kua. Okay okay..ampun cikgu beribu ribu ampun. Halalkan segala ilmu mu..

...tetiba dalam situasi begitu, entah bagaimana hidungmu terhidu aroma yang harum mewangi semerbak dan sungguh menyelerakan dari Dewan Makan. Maka, dengan segera mata yang layu kuyu terus terbeliak dan terbelalak, badan yang separuh lesu dan lemah longlai terasa segar dan bugar manakala perut yang sememangnya kosong lantas semakin kuat dangdut dan keroncongnya!

Yeaaahhh..Bayangan ayam goreng berempah menggamit dan melambai dari Dewan Makan. Hmm..sedapnya!!

" Belapakah kebalangkalian 1 guli melah diambil secala lawak dali kalung?'

Ayo pa..berapa rapa pun lah jawapannya. Perut aku dah lapor ni. Loceng bunyi le cepat daaa..Aku dah tak dak minat lagi nak belajo ni. Mood aku dah terbang melayang masuk menjengah dewan makan. Tinggal batang tubuh aku yang masih bersama melihat Tiah mengajor bersungguh sungguh topik kebarangkalian. Hah! kesian cikgu aku ni..kenapa susah susah nak kira? Ambik je lah guli tu.Kira je satu satu. Lantak la guli merah ke, guli putih ke, guli kelabu ke..Apasal nak kira kebarangkalian pulok.
Itu kata benak hati aku..
eh..aku pun tertanya tanya jugak ye sampai hari ni, apasal kita belajo topik kebarangkalian tu ye?

KRIIIINNNNNGGGG!!

Lega rasanya..Loceng dah berbunyi. Terima kasih dan selamat pulang cikgu. Okay.. ketepi ketepi semua, aku nak serbu dewan makan!

Tak dan dan cikgu nak keluag kelas, baik yang pompuan maupun lelaki, yang form five maupun form one hatta kakak dan abang MATRIKS yang diconsidered dah MATURED tu pun...hmm berkejor ke dewan makan. he he he..

Aik? Pintu dewan makan tak buka lagi?
Apasal? OOOO..kak Sayang tak dan nak boh kuah dalca lagi.

Siapa kak Sayang ni?
Alaaa..isteri abang pendek yang baru menikah dengan dia tu. Dua dua ni pekerja dewan makan.

-Abang pendek, nama sebenarnya aku dah lupa. Tapi dia dipanggil begitu sebab dia memang rendah daripada aku dan lebih rendah dari kebanyakan pekerja kat dewan makan tu. In fact, dia pun lebih rendah dari kak Sayang.
-kak Sayang pula? Aaaah..nama dia memang Sayang! bertuah badankan..semua orang pangge dia sayang walaupun dia garang!

"Cek semua tunggu sat noo. Tangan ni dok bersabork. Tak dan nak boh kuah lagi ni. Jangan dok serbu tak dan dan..", kak sayang menyound..especially kepada geng kakak kakak form five yang dah kelaparan dan tak makan saman tu.

"Timah, hang pi la bukak pintu dari dalam. Prefect buleh masuk. Tunggu kak sayang nak bukak pintu, sat ni dia pi bukak yang pintu boys punya dulu..Wei, nanti budak form two balas dendam kat kita"

Geng form two balas dendam?? Err..siapa mereka ni?

Oh ye, nak bagitahu sikit. Susunan meja di dewan makan pada tahun 1984 tu berkeadaan di mana meja kakak form five ini bersebelahan dengan meja adik adik lelaki form two.

Oleh sebab itu, adalah menjadi perkara lumrah bagi adik adik ini menanggung 'penderitaan' untuk mendapati bahawasanya ayam goreng mereka sering ditukargantikan dengan ayam goreng kakak kakak ini.
Adalah menjadi HAK MILIK TAK BERHEMAH bagi kakak kakak ini untuk menukar sesuka hati ayam goreng berempah yang kecil dengan yang lebih BESAG yang sepatutnya dinikmati oleh adik adik form two ini. Dan teramat malanglah mereka ditempatkan bersebelahan dengan geng kakak form five ini!!

'OOOO..Tukag ayam kami ye? Bok mai balik!'

'Nak ke? Dah kena makan. Kalau nak, ambik le..'

Ya Rabbi, Udah ghope budak lima tahun le pulok. Macam Upin dan Ipin jer..Ini budak tingkatan lima ke, budak umug lima tahun ni?

Errrr..badan tingkatan lima, akal 5 tahun! Tak nak beso beso...

he he he he...

psssttt...jangan dah jadi cikgu kepada budak lima tahun pun, akai dok sghopa tu lagi!!

( Cikgooden, hang patut bersyukur tidak bersekolah di sekolah aku. Kalau tidak...)

Oh ye..Dan aku mengambil kesempatan ini juga mengucapkan terima kasih kepada adik adik yang dengan dengan paksa rela 'meredhoi' kenangan tukag ayam ini...Hangpa HALALkan je lah perbuatan kakak kakak tu..( yang termasuk aku sekali sekala..)

Sekian



5 comments:

azza_irah said...

ahahhaa kak dayah wehhh
golak den baco..
wat den teringat balik ikan jeket yg koraih tuhh..pekong mende pon degih..heheee..
adehh...memory..
indah betul bila dikenang kan...

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

aduii..dok sekolah asrama lagu tu la..dulu aku kata sekolah asmara...masa darjah nam...aku cerita kat kawan2..aku nak gi sekolah asmara..pergh!..ha ha ha.

tu tak masuk lagi bab recycle roti kak...pagi srpn roti ngan kaya, or, mentega...ptg satni mesti ada kek roti tu jugak..ha ha ha

xiiinam751 said...

Hang geng kakak2 tu ka? Zalim jugak hang ni ya...ha...ha...ha...

Hamirdin b Ithnin said...

sedap lah.

bukan ayam.

kebalangkalian.

macam kat aulad ada kaleling kontes!

hidayah said...

Azza,
biase le azza..bukan tak tau dok asrama guane..
ikan koraih pun telan, ayam koraih pun telan..bagi akak dulu semua sedap..makan je la..

Cikgooden,
Roti recycle??ha ha ha..
tapi kak Hida rasa kat sekolah kak Hida dulu, makanannya sedap sedap jugak..
Mungkin sebab aku ni jenis tak kisah sangat kut..

CkLah,
sampai hati hang nuuu..
ha ha ha..
tapi budak budak form two tu kira selalu jugak balas dendam kat kami tau!!Fair and square laaa..

Doc,
apo bondo 'kaleling kontes' tu??
poning pala den mikir hah!!