Thursday, December 25, 2008

Melepaskan batuk di tangga..

Salam,

Aku bukan guru bahasa Melayu..maka rasanya taklah selayak mana aku ini untuk menerangkan maksud peribahasa di atas. Tambah tambahan pula bahasa Melayu aku samada waktu SRP ke atau SPM ke, kedua duanya tidak mendapat A1..
Waaaaaa waaaa..
Kesian kat aku... (ataupun padan juga le dengan muka aku sebab ambil mudah dengan Bahasa Melayu)

Tapi yang menariknya tak lama hari itu, aku diterangkan oleh seorang Pengetua bekas Pensyarah Maktab Perguruan (yang sebenarnya dah kerja kat Kementerian.
errr ....apasal dia jadi pengetua kalau dah lama kerja kat Putrajaya??..jawapannya turun pangkat sebab aktif pembangkang!!..Memang BERTUAH....)
Pengetua ni berjiran dengan aku.

Hmmm... entah macamana, suatu hari sewaktu dijemput ke majlis di rumahnya, sembang punya sembang terkeluarlah peribahasa 'Seperti melepaskan batuk di tangga'. Dah nama pun cikgu, tak dapat tidak, dia pun menerangkan kisah sobonarnya asal usul peribahasa ini.

Korang nak dongar tak ni..?? Hah?

Selama ni, mati mati aku ingatkan perkataan 'batuk' dalam peribahasa di atas adalah dari perkataan kata kerja. Yalah... 'batuk' yang bunyi kong!kong!kong! tuuu..atau juga bunyi koh!koh!koh! tengah tengah malam tu sebab minum ais kacang waktu siang. Yang kadang kadang diikuti dengan terkeluarnya kahak hijau seketul berlendir lendir tu..
he he he..

Oh..rupa rupanya sangkaanku meleset sama sekali. Perkataan 'batuk' dalam peribahasa itu tidak ada kena mengena dengan perbuatan batuk yang berbunyi koh!koh!koh! atau keh!keh!keh! itu.

Perkataan 'batuk' di atas rupa rupanya berasal dari perkataan Jawa iaitu'batok'. Dan 'batok' pula di dalam bahasa Jawa membawa maksud gayung atau penceduk air yang diperbuat daripada tempurung dan bertangkai kayu sepanjang satu kaki. 'Batok' ini selalunya diletakkan di sisi sebiji tempayan kecil berisi air yang ada pada bahagian tepi tangga rumah tradisional orang Melayu. Kegunaannya pula ialah untuk menceduk air pembasuh kaki. Sudah menjadi kebiasaan orang melayu dulu membasuh kaki terlebih dahulu sebelum masuk rumah. ( ye benaaaaar!!..rumah nenek aku dulu pun ada menyediakan peralatan ini. KENA BASUH KAKI DULU TAU!!)

Dengan sebab ada di antara mereka yang tidak meletakkan 'batok' ini ke tempat asalnya di sebelah tempayan kerana malas atau pun dalam keadaan tergesa; melepaskannya di sekitar anak anak tangga seterusnya menyusahkan pengguna lain maka terwujudlah satu peribahasa 'Seperti melepaskan batuk di tangga'. Peribahasa ini akhirnya mempunyai maksud 'membuat kerja sambil lewa dan tidak bersungguh sungguh!'

(panjang nye ayat aku..ber putor putor ,berbelit belit..naya cikgu bahasa!!)

he he he..begitulah seadanya...errr..faham anak anak murid semua?

sekian!!

5 comments:

xiiinam751 said...
This comment has been removed by the author.
xiiinam751 said...

Perkataan tu tak boleh dieja dalam bahasa Melayu, kerana hanya lidah Jawa yang dapat menyebutnya dengan tepat. Huruf itu hanya ada pada bahasa Jawa. Susah-susah sangat orang Melayu ganti saja dengan huruf 'T'. Sebab tu bunyinya jadi 'batuk'.

Dalam kamus khazanah perbendaharaan katanya,orang Melayu memang banyak ambil daripada bahasa lain.

'aku bukan guru Bahasa Melayu', kata kau...

Tapi kau tetap orang Melayu kan!!!!

Saya, guru bahasa Melayu berbangsa JAWA!

hidayah said...

Cklah,
Aku berbangsa campuran..ha ha ha..

kakpah said...

o ye ke. Slama ni mati-mati aku ingat orang batuk kong kong kong kat tangga pastu buang kahak merata-rata kat tangga tu. Setengah abad dah aku hidup dalam tipah tertipu rupanya.

hidayah said...

Kpah,bukan tertipu tapi tak kesampaian ilmu..buat cam nerrr..