Monday, December 22, 2008

gambar klasik...

Salam,
korang pandai tak dalam mengagak yang mana satu aku..
ye lah sebelum aku dewasa..
begitulah rupa aku..
agak agaknye yang mana satu dari anak anak 'comel' dan agak seksi ini aku ye?


nama cikgu cikgu tu pulak..
hmmmm...

Cikgu China tu Mrs Chua. Dia tak ajar aku tapi mengajar adik lelaki aku.

Cikgu pompuan melayu baju putih tu nama dia cikgu Zainon. Ajar aku english waktu darjah 5. Speaking berabok. Tak bagi can kami cakap melayu langsung waktu english..tergagap gagap kami cakap orang putih waktu tu.. kadang kadang kami cakap yes yes yes jer..

yang aku ingat, dialah buat script masa pertandingan berlakon cerita Mahsuri (cakap orang putih)kat Convent Taiping masa aku darjah 6

berbuih mulut aku menghafalnya.

ha ha ha...terima kasih cikgu..

walaupun terasa macam kena dera waktu tu!


Cikgu lelaki yang sorang tu? Nama dia cikgu Shamsuddin. Umur dia dah 72 sekarang. Aku jumpa dia time dia datang kenduri adik aku tahun lepas.
Dia datang sambil nak jumpa bekas anak muridnya,
aku dan mak sedara aku si Nor Azian Hj Ibrahim tuuu..
Kepala aku ni dia pernah luku dengan keras!
Eh! best student kena luku?!!
Gara gara aku menyebok bagitahu jawapan kat kawan aku yang menggigil tak tahu jawab matematik..dengan aku aku sekali kena LUKU!
aku keriau bagai nak ghak!!GERAMMM..
Sorang lagi cikgu sebelah cikgu Samsudin ialah cikgu Shamsiah. Cikgu ni ngajar aku waktu darjah 3 dan 4. Aku sayang sangat kat dia sebab dia selalu encourage aku to do the best!!
Dia pula sebaya ngan mak aku..very motherly..


hah ni lagi satu gambar klasik!
Cikgu cina tu nama dia Mrs tan. Cikgu ni ngajar English masa darjah 4. Dia tak boleh cakap Melayu..English dengan dia memanjang..kena pulak darjah 4 tu dia jadi guru kelas...
aduuuuiiii..
Bayangkan betapa siksanya budak kampung nak bercakap dengan dia.
Tapi dengan dia lah aku belajar banyak poem poem
dan
lagu English kanak kanak yang evergreen


By the way, cari aku juga dalam gambar ini..
makcik aku pula ?Si Nor azian Ibrahim tu?

errr ada sesapa kenai tak depa ni?
Mohd Shah Ramlee, tu yang jadi head boy tu...pergi Izuddin, pastu KIK pastu jadi Ustaz..la kat pendidikan Ipoh kut?
kak Noraizah..head girl, pergi Taayah pastu gi KIK, pastu gi USA
cari kak basmina Balqis. budak taayah gak
Cari juga kak Thalwamaisur..cucu Ustaz bakar bakir.budak taayah gi KIK kemudian pi USM
he he he ni semua geng Prefect tahun 1977..aku waktu tu darjah 4
mana aku?

Tahun ni la aku selalu aje menangis pepagi hari..
cari necktie prefect sambil makcik aku ugut nak tinggalkan aku jalan kaki sorang sorang..
dia pula naik basikal!
ha ha ha...




2 comments:

Gurindam Jiwa said...

Tali leher tu dok lepas kat luar nooo?

hidayah said...

Stail dolu dolu kat sekolah aku macam tu..Lagi pun nak menunjuk nunjukkan batch yang ada kat tali lehiag tu.Budak lain yang NORMALtak dak pakai batch. Prefect jerrrr..Kiranya ekslusip le tu...EKSYEN!!
:)