Sunday, December 21, 2008

One night ONLY..

Salam,

Perut aku rasa melugai..Entah kenapa..

Mungkin disebabkan waktu sudah menunjukkan pukul 3:15 atau juga mungkin disebabkan nasi Arab yang aku telan di restaurant SAHARA tadi atau juga mungkin disebabkan imbasan imbasan gambaran yang terpapar dalam kotak fikiran aku membayangkan perangai anak anak muda bangsa melayu di kawasan Plaza Low Yat dan sepanjang kawasan Bukit Bintang tadi..


 

Aku menginap di hotel Istana malam ni..

Apa ke halnya aku di sini?

Tak da apa apa..

Sekadar menginap bersama suami yang mendapat voucher percuma dari bank tempat dia bekerja. Voucher untuk staff!

Vocher percuma yang sepatutnya meraikan hari Ulangtahun yang ke 19 perkahwinan kami. Err..tarikh ulangtahun perkahwinan kami sepatutnya 25hb dis tetapi memikirkan 25hb tu hari Krismas dan kami tak sanggup berada bersama dengan mereka yang mungkin 'separuh sedar' atau lebih kurang sama taraf dengan mereka yang hilang akal maka suami aku ginjakkan tarikh awal sedikit.


 

Seronok ke??

Errr..kalau dengan scenario yang aku lalui tadi, aku lebih rela terponyok di Bandar baru Bangi. Di rumah aku. Dan dikelilingi dengan keriuhan anak anak…

Anak anak?? Siapa JAGA??? Ada adik aku yang bercuti semester melepak.. Anak sulung aku pun ada, no 2 pun boleh take care..For ONE NIGHT ONLY..

Esok ..err aku maksudkan siang dah nampak matahari sat lagi, aku akan cepat cepat check out dari Hotel ni ..chow balik rumah!

Gambaran yang menyenakkan perut dan memualkan tekak di jalan jalan dan lorong lorong tengah kotaraya ini membuatkan aku tertanya tanya..adakah aku masih di Chicago atau New York atau Washington DC atau juga di lorong lorong sesat semasa aku mengembara di Quebec dan Toronto bersama rakan rakan. Aku seakan jadi keliru menyaksikan ratusan anak muda berbangsa melayu yang telah kehilangan identiti jati diri…

Kalau di Chicago dulu, aku bangga memakai baju kurung dan bertudung walaupun agak asing di tengah tengah ribuan pelajar berkulit hitam dan putih tapi di tengah kota raya Kuala Lumpur, baju kurung adalah baju yang asing, seasing aku di benua Amerika utara.

Rupanya sekarang ini anak anak 'dara' Melayu Kuala Lumpur sudah malu berbaju kurung. Tetapi tidak malu menayangkan selambak bahagian atas tubuh badan dan selambak bahagian bawah badan..

Aaah..Mual..semual aku melihat ikan busuk di bakul bakul sampah kawasan pasar Bandar baru bangi..yang dibuang kerana tiada pembeli!


 

Ya..benar kata seorang rakan yang telah menulis dalam bukunya 'Virus kehidupan'..Lantaran kota Kuala Lumpur juga terkena virus yang sedikit demi sedikit akan menanarkan dan merobek isi penghuninya.

Namun aku masih tertanya tanya..

Anak siapakah mereka ini? Begitu mudah berpeleser tanpa batasan..

Siapa ibubapa mereka?

Adakah mereka ini anak anak orang tempat aku Bandar baru bangi?

Mungkin..bangi pun tak kurang cerita salah laku anak yang merobek kain hijab airmuka ibubapa..


 

Aaaaahhhh..lantas hatiku berdarah..terluka yang amat pedih!!

5 comments:

kakpah said...

Hang hilang gi honeymoon lah ek.

Anak-anak yang hilang pedoman ni tak semua datang dari ibu bapa yang bermasalah. Ada yang memang dari kecil d asuh dengan nilai-nilai murni tapi bila keluar di sana, bercampur dengan kawan dan terpengaruh dengan persekitaran, sedikit demi sedikit nilai yang diajar ibu bapa terhakis. Kesian ibu bapa itu. Kesian anak itu. Salah SIAPA ini yang tidak boleh membendung gejala yang merobek hati. Tanya ketua negara!!!

Hamirdin b Ithnin said...

1.Kau tulis:perut melugai, wah, bagus perkataan tu.
2. Pastu kau tulis lagi:menyenakkan perut dan memualkan tekak
3. Pastu kau pergi honey moon
4. Pastu kau ada rekod banyak anak
5.Otak aku mikir satu hal je.
6.Tau tak apa dia?

hidayah said...

kak pah,
jangan marah..
saya dah kat bangi ni.

Doc,
jangan nak memikir yang bukan bukan!Tolong ler...

Gurindam Jiwa said...

Tongkat Ali...
Kacip Fatimah...

Just brain storming...

;-)

Happy Anniversary.

hidayah said...

Gj,
Once in a blue mooonnnn...
:)