Monday, December 22, 2008

Memang aku tak menduga..

Salam,

Dalam ramai ramai anak murid aku ..samada yang aku mengajar tuisyen atau yang aku mengajar mengaji atau juga mengajar tadika, ada juga yang sudi menziarahi aku.



Waktu awal Ramadhan tempohari, aku ditelefon oleh seorang pemuda. Terkejut pulak rasanya..Rupa rupanya pemuda itu adalah salah seorang anak murid yang bertuisyen dengan aku sewaktu di Wangsa Maju dulu sekitar tahun 1991.

Waduh!

Waktu itu anak muda ini baru sahaja di dalam darjah 4. Kini sudah berumur 27 tahun..cepat sungguh masa berlalu.

Hati aku sebagai seorang guru terasa sangat sayu dan terharu.



Nazri, Saiful Nizam dan Irman Syah adalah 3 murid lelaki pertama yang bertuisyen secara langsung dengan aku. Rasa kasih aku masih ada sehingga ke hari ini. Aku mengajar secara sukarela.

Mengajar mereka sepenuh hati sehingga mereka berada di dalam darjah 6 dan menduduki UPSR. Selepas itu dalam tahun 1995, mereka ke sekolah menengah manakala aku pula telah berpindah ke Selayang Perdana dan kemudian ke Bandar Baru Bangi ini.



Selepas itu di Bangi, aku hanya mengajar mengaji manakala tuisyen hanya kepada mereka yang benar benar memerlukan sahaja.



Anak muridku terdiri daripada anak anak jiran sekitar rumahku di Bangi ini. Salah seorangnya ialah Zed. Zed Azriq, anak kak fatimah yang menyewa di sebelah rumahku.



Dengan tak disangka sangka, hari ini pula aku diziarahi oleh Zed Azriq yang telahpun berusia 20 tahun. Dia datang dengan motor besar. Aku tanya motornya tu beli dengan duit ayah ibu ke? Dia jawab guna duit yang dia cari sendiri jual produk kesihatan secara sambilan.



Sewaktu aku mengajarnya mengaji dulu, dia baru di dalam darjah 2. Lucu rasanya mengingatkan keletah Zed sewaktu mengaji Iqra'. Dia berlumba dengan abangnya yang berada di dalam darjah 3 untuk naik Quran. Zed, anak bongsu cepat merajuk tapi kalau mengaji memang rajin dan jarang ponteng. Edy pula lebih bijak jika dibandingkan dengan Zed tetapi liat sikit bab nak datang mengaji ni. Tapi oleh kerana mereka mempunyai kakak kakak yang garang dan bertanggungjawab maka Edy tak dapat tidak, mesti datang mengaji ke rumahku setiap hari! Kalau tidak...report sampai kepada bonda mereka.



Seingat ingat aku murid tuisyenku yang paling tua mungkin telah pun berusia 34 tahun...dan entah berapalah anaknya sekarang.



Dalam ramai ramai tu juga, aku paling ingin menghubungi seorang anak muridku sekaligus teman kecilku yang mungkin telah pun berumur 29 tahun..
Elham Djavid, anak seorang pelajar Iran yang rapat benar denganku dan telah belajar mengaji denganku sewaktu aku menjadi student di Chicago.

Where are you now, Elham..?
Longing to meet you...

3 comments:

Hamirdin b Ithnin said...

Elham tau cakap melayu ke?

arsaili said...

salam....sebab itu lah mengajar ini satu profession yg mulia

hidayah said...

Doc,
Dia tau cakap oghang putih ngan Parsi. Tapi banyak juga words bahasa melayu yang dia faham sebab bahasa melayu kita ni kan banyak meminjam bahasa orang..

Arsaili..
ye benaaarr..Thank you.