Friday, October 10, 2008

Lagu Negeri Perlis..



Salam,

Sebelum entry ni, aku dah bok keluag senikata lagu sekolah. Ni nak habag mai, waktu perhimpunan Hari Ahad (dulu Perlis sekolah dari hari Ahad sampai Khamis..Jumaat dan Sabtu cuti--entah mangkuk ayun mana pi tukag buat Jumaat hari sekolah tah!) kat sekolah aku, kami juga kena nyanyi lagu negeri Peghelih.

Aku asal Perak. Anak Perak..tapi lagu negeri Perak aku tak tau!!He he..
Aku juga dah dok Selangor hampir 13 tahun..lagu negeri Selangor???Jangan tanya!

Kat sekolah rendah, kami nyanyi lagu Negaraku saja..tarak iringan piano piano aih...Yang bagus tentang sekolah rendah aku kat Semanggol tu, kami ada baca doa sebelum belajag lebih kurang macam yang aku dok ajark anak anak tadika aku ni tiap tiap pagi berhimpun. Tapi doa tu selalunya dibacakan oleh Ketua Murid. Masa aku darjah 6, Ketua Murid, kawan aku tu nama dia Mohd Azmi b Johari.( dia ni pi UK lepas SPM- aku rasa dah jadi engineer dah kut, wallahu alam)

Mana aku pi ni...nostalgik melalut..Oh ya, lagu negeri Peghelih!

Trrrr...rrr rrrr
(patutnya drum marching band jer sesuai ngan lagu ni sebab slow habis..)

" Aminnnnnn.....Aminnnn Ya Rabbal Jalil,
Doa...Hamba....Yang sangat zalil...
Tinggikan daulat serta 'adil....
Kekal, perintah...Jamalullaill...."

dah habis dah...takat tu jer lagu ni, serangkap jer!

1 comment:

perfectwater75 said...

Salam!

untuk makluman puan, sebenarnya versi asal lagu Perlis ini panjang dan kl nk nyanyi dah confirm berbelit...sbb tu depa bg pendek sikit supaya ramai2 boleh ingat...

thx!