Wednesday, October 15, 2008

Imbuhan 'ter'

Salam,

Salah satu daripada makna imbuhan 'ter' membawa maksud perbuatan yang tidak disengajakan.

Contoh ayat : Kambing Along tertelan biji durian.
Lagi contoh ayat : Air oren tertumpah di atas meja.
Dan lagi satu contoh ayat : Hidayah termakan sekeping coklat sedangkan dia berpuasa.

Eh! Contoh ayat yang last sekali tu bukan sekadar contoh tau. Ianya benar benar berlaku. Waktu dok berpuasa enam di bulan Syawal ni, kadang kadang kejadian 'ter' macam tu pun mungkin akan berulang semula. Tapi yang pasti, semua itu REJEKI, bukan?

Kejadian termakan sekeping coklat sewaktu sedang berpuasa Ramadhan ini berlaku sewaktu aku menuntut di luar negara. Kebetulan, aku ni memang penggemar sejenis coklat bar. Nama coklat ni 'Barnone'; produk Hershey. Rasa coklat ni tak la manis sangat sebab banyak susu. Coklat yang mempunyai kekacang dan wafer ini sangat aku sukai. Harganya sewaktu itu sekitar USD 0.60 cent sahaja.( more or less..aku tak ingat tapi memang tak sampai 1 dolar)

Suatu malam di bulan puasa, selepas habis terawih, aku pun pergi ke 7 eleven di kampus aku tu untuk menghilangkan kemaruk, nak makan 'barnone' ini. Memang tebiat buruk aku yang gemar mengunyah coklat sewaktu study ini, tak dapat aku hilangkan sampai sekarang. (bahaya ni..sebab keturunan sebelah ayah aku semuanya kena diabetes...) Lagi tekun aku study, lagi banyak lah coklat yang aku akan makan. Apasal tak tahu...

Maka, pada malam itu, setelah 'barnone' dibeli, aku pun membawa diri study di computer lab sambil mengunyah ngunyah 'barnone' sedikit demi sedikit. Sewaktu itu aku memakai light jacket yang sesuai dengan musim (winter dah nak ke spring). Setelah separuh 'barnone' aku makan, maka aku bungkuskannya kembali dan masukkannya ke dalam poket light jacket musim 'spring' aku tu sebagai bekalan kononnya bila balik rumah nak sambung study lagi. Nak tahu apa jadi selepas itu?

Ha ha..

Keesokkan harinya, pepagi lagi, sewaktu di dalam kelas engine, aku terasa mengantuk dan agak lapar. Of coz la..bulan puasa. Tapi kalau nengok kan persekitaran, kita tak rasa macam bulan puasa. Sebabnya, mat salleh, minah salleh, pak itam, mak itam dan rakan rakan vietnam, China, India, dan students foreigner yang nonmuslim makan minum macam biasa. In fact, ada sorang mat Salleh kawan sekelas aku ni bawa secawan kopi yang harum mewangi masuk minum dalam kelas pepagi hari lagi. Dan aku ni pula, entah macamana terseluk tangan masuk dalam poket light jacket aku..

AHA! Ada separuh coklat aku yang masih tidak dimakan lagi. Oleh kerana perut aku terasa lapar dan aku pula tak teringat langsung yang aku sedang berpuasa, maka aku selamba dek jer makan semua coklat itu sampai habis. Tak de pula rakan keliling yang nak menegur sebab semuanya nonmuslim..

Bilakah masanya aku tersedar yang aku makan sedangkan aku berpuasa?

Time aku balik rumah, zohor...

Coklat pun dah belayar masuk perut sedap dah...buat macamana..
ITU LAH REJEKI namanya..




No comments: