Friday, October 10, 2008

Kembara di bumi asing..

Salam,



Sebelum entry ni, aku pernah menceritakan tentang situasi aku sewaktu pertama kali beraya di perantauan. Entry kali ni pulak aku nak ceritakan tentang kembara aku ke bumi asing yang bernama USA.



Sebelum ni jugak, aku ada menceritakan tentang kunjungan raya aku ke tempat yang bernama Evansville, Indiana. Tempat itu adalah tempat kawan sekolah lama aku berkelana mencari ilmu. Aku sewaktu di USA, tinggal di kota Metropolitan, Chicago, Illinois. Chicago ini dikenali dengan nama jolokan atau nicknamed "Windy City". Apasal dapat nama tu? Sebab Chicago memang BER Angin. Bandaraya ini terletak betul betul di tepi Tasik Michigan. Oleh sebab itu, Tasik Michigan yang melaut ini banyak mempengaruhi angin, suhu dan keadaan cuaca bandaraya ini.



Waktu aku belajar geografi masa form 5, aku selalu berangan nak pi ke Tasik Michigan ni. Aku dok berangan nak pi tempat yang ada salji..Konon konon nak pi buat ais kepal kat tengah salji tu. Buat ais kepal taruh sirap dan hirup air kepal tu macam zaman kanak kanak aku. Aku memang tak sangka, Allah punya kuasa, dikabulkan angan angan aku tu..Ish memang aku tak sangka. Ingat kut dok angan angan macam Mat Jenin saja...



Tapi aku tak pula laksanakan angan angan untuk membuat gumpalan ais kepal dan taruh sirap ! Setakat main ngan kengkawan serumah, jakun dan peghak ngan salji buat perang, baling snowballs..



-----------------------------------------------------------

Tak silap aku, keberangkatan aku ke bumi Amerika ialah pada akhir bulan Disember 1987. Masa tu masih winter. Aku dinasihatkan untuk membawa kot tebal dari Malaysia lagi sebab Chicago mungkin bersalji waktu itu. Dan memang sahlah sebaik sahaja aku tiba dari St Louis seorang diri, aku diraikan oleh keputihan mutiara salji yang turun di Chicago.



Rumah waktu aku mula mula tinggal ialah 240 W33rd St. Bila sebut 33rd st di bandar Chicago, orang akan tau kedudukannya memang 2 blok saja dari 35th st. 35th street pula adalah permulaan trademark area bagi kediaman bangsa kulit hitam atau blacks atau African American..

Selepas 35th downward atau towards SOUTH..area ini didiami oleh mostly 99.9 percent African American.



Rumah aku ke arah west sikit, betul betul berhadapan dengan Chicago White Sox punya stadium. Apa pula Chicago White Sox ni? CWS ni adalah pasukan baseball Chicago dalam American League. Hah..kalau nak tahu CWS, kenalah ambil tahu pasal baseball games kat USA.

Demikianlah sedikit sebanyak permulaan cerita aku dalam tajuk kembara di bumi asing ini. Harapan aku agar aku rajin rajin menulis lagi supaya tajuk ini ada kesinambungannya...

Wassalam.



No comments: