Friday, October 31, 2008

Jeng jeng..dah nak konvo!

Salam,

Hari Ahad 2hb ni, bebudak tadika 6 tahun kami dah nak konvo. Bila dah konvo, bermakna dah nak berakhir sessi pengajian tadika tahun ini.

Suka duka, sedih gembira sepanjang 2 tahun belajar di Aulad ni adakah menjadi kenangan bagi anak anak ni?
Setelah mereka besar nanti, dapatkah mereka mengingati semula kenangan sewaktu belajar di sekolah kecil ini?
Terdapat ruangkah dalam memori mereka gambaran guru guru yang mengajar dan mengasuh mereka selama dua tahun ini?

Guru guru seperti aku,kak Ti, kak Pah, Kak Yati dan ramai lagi yang terbongkok bongkok memegang tangan tangan mereka yang pada mulanya kaku bila menulis.
Guru guru seperti kami yang mengajar huruf huruf asas A,B,C..serta bunyinya Aa, beh, ceh, deh..
Terkenangkah anak anak ini?
Guru guru seperti kami yang menjadi penghibur menyanyikan lagu lagu 'twinkle-twinkle little star', 'itsy bitsy spider', 'row row your boat', 'baa baa black sheep' ketika mana sesuai.
Guru guru seperti kami yang mengajar asas ilmu fardhu Ain. Mengajar bacaan al-Fatihah, bacaan dalam solat yang memungkinkan anak anak ini mempraktikkan solat bila saja mereka ke darjah satu.

Harapan kami terlalu besar untuk anak anak ini..
Andaikata memorimu tidak mampu untuk mengingati guru guru awalmu ini, masukkan kami dalam doamu..anak anakku...

wassalam.

3 comments:

Cikgooden ...(Selumbar Emas). said...

anak2 pasti akan ingat hang dan guru2nya yg lain...memori depa cukup kuat...


moga hang diberkati juga.

handas?...ha ha ha. Ikuk lei kok mana pong nak boh makna dia.

xiiinam751, musafir denganMu said...

...melentur buluh biar dari rebungnya...





Terima kasih kepada guru-guru tadika yang paling awal mengajar sholat dan doa-doa kepada anak-anak saya!

hidayah said...

cikgooden,
kadang kadang jumpa anak murid yang dah besag, depa buat buat tak kenai..ada yang menyorok nyorok..

cklah,
kami hanya boleh mengajar..
praktikalnya kena ibubapa yang menegur dan menggalakkan di rumah..