Friday, October 31, 2008

Cuba mengingati nama nama mereka..

Salam,

I am just trying to recall my friends' names in primary school. Why? I have no answer for that question. I just don't know why. It is probably that I missed them all so dearly.

1. Sarinah bt Salleh ( la jadi accountant..pak dia bawak teksi jer dulu..jadi GA dalam netball team kami dulu, my best friend)

2. Siti Alawiyah bt Daud ( teringat dia dok kayuh gerek meniti kut permatang, bawak adik jadi pasengger..la jadi lawyer!)

3. Mohd Azmi b Johari ( pak dia dok bela itik..banyak..petang petang dia kena tolong)

4. Mohd Nasir b Hj Shamsuri ( anak tok imam ni dah jadi cikgu..dia ni taiko dulu!)

5. Norhatini bt Shamsuddin ( dengar dengar pun jadi cikgu juga..anak yb kami dulu)

6. Nazri b.. apa aku tak ingat ( dulu dia ni boleh gerak kibas telinga dia..unik! pernah berlakon jadi tukang tikam aku..tajuk cerita MAHSURI..aku jadi heroin, Mahsuri..tapi cakap omputih..lawan antara sekolah sekolah kat Tepeng..he he he..)

7. Jamaluddin b Alias ( dia biasa tumbuk aku dulu..aku report guru besag. dia kena!)

8. Azmi b Zakaria ( dulu kami pangge dia cok keria)

9. Zulkifli b Majid ( besa kena appendiks..kami pakat kesian kat dia)

10. Zulkifli b Omar ( anak tukang besi Semanggoi)

11. Rohani Yusoff ( dulu pi UPM, tak tau mana pi dah..pak kerja kat tapis ayag)

12.Nurulhuda Bt Daud ( anak pekedai runcit kat semanggoi..orang pangge pak dia Ustaz daud..kedai nampak macam selamba jer tapi dari dulu sampai la..tak pernah bungkus..maintain jer..orang respect Us Daud ni sebab pemurah, baik..anak dia pun memang baik sesangat!)

13. Nurhuda Hashim ( dulu pak dia attendant kat pusat kesihatan semanggoi..la??tak tau pi mana.GD dalam netball team..rajin dok jual nasi lemak kat kami dulu, sebungkus 20 sen)

14. Salmah bt Omar ( anak tok ketua ni dulu jadi WA dalam pasukan netball kami)

15. Habsah Abol ( kawan aku ni baik dan jenis yang bersunguh sungguh bila belajag. Pak ngan mak dia memang jenis kuat semangat. Waktu pak dia meninggal, aku ziarah tengok muka pak dia berseri macam tidur..Pak dia meninggal lepas ambik wudhu nak pergi solat Jumaat! Meninggal dalam keadaan berwudhu..masyaAllah!)

16. Mohd Shakir B Sahar ( Dia ni anak Pak Long Sahar..orang kuat Maahad Ihya' El Sharif, cucu kepada Allahyarham Us Bakar Bakir- pengasas Maahad tu. Orangnya hensem..mata brown greyish, kulit putih melepak...kus semangat..Mujurk mak pak aku tak regu kan aku ngan dia..Tak mau la dapat saing kut lerah Semanggoi jer. Mak aku dulu dok sebut sebut nama dia jer...)

17. Jailina Jailani - dia ni tabah sungguh. Pendiam..mak dah tak dak. Pak pula miskin. Datang sekolah jalan kaki 5 batu lebih. selalu datang lambat sebab jalan kaki jauh sangat..dan selalu tertidur dalam kelas sebab keletihan.Tapi dia ni cerdik..aku suka juga tanya tanya khabar dia tapi dia segan dengan aku..jarang bawak duit ke sekolah. Bekal ayag kosong je..antara yang dapat makan 'program makanan panas' tiap tiap hari.

18. Zawiyah Hashim -( anak Pak hashim tukang kebun cum tukang sapu cum tukang masak 'program makanan panas ' sekolah aku. Zawiyah ni very humble tapi belajag memang rajin. Pak dia jenis happy, suka mengusik dan menyakat budak budak. Kalau aku pi rumah dia dulu, Zawiyah mesti besag hati. Dulu rumah dia dok dekat masjid Semanggoi. La ni, tak tau...)

19. Noryati bt Talib- ada dua yati dalam kelas aku..aku dah confius sebab dua dua nama lebih kurang. Pak depa pun nama lebih kurang.Aku rasa yangni dok kawasan bukit semanggoi.

20. Nor hayati bt Abdul Mutalib- yang ni pulak dok kat jalan simpang tiga.

21. Ada seorang kawan aku yang sama tarikh lahir dengan aku. Apa nama dia..aku betul betul tak leh nak ingat...dia ajar aku lukis bunga ros..maafkan aku..

22. Nama ni aku boh kemudian sikit bila aku teringat...Nama dia ni special, macamana aku boleh tertinggai tah...Mohd Dinata bin ( apa ye..aku rasa Yusoff kut) - kami dulu gelar dia KUSWAdinata. Aku rasa makpak dia minat bintang pilem tu. Tapi yang bestnya dia ni minat sungguh tengok DONNY and MARY Osmond Show..Perasan macam Donny Osmond, pastu buat stail rambut pun 'backcomb' macam Donny ..ha ha ha..kelakar! Anak murid aku yang namanya 'Zakwan' reminds me of his stail and looks..Kecil kecil suka nyanyi..


Hmm..lagi sapa ye yang aku boleh recall..Depa ni lah antara yang aku boleh ingat..
Alhamdulillah..

11 comments:

LATIFAH HANIM said...

mak datuk ai.. baguih otak hang ingat sume nama. siap dengan nama bapak lagi.

hidayah said...

Best student sekolah rendah time tu..he he he

Cikgooden ...(Selumbar Emas). said...

maaf, aku tak kenai...he he he.



teringat jalan nak pi semanggoi dari cangkat larah. mesti lalu satu gua kecik tepi jalan. depa selalu 'taok' duit situ. Ada pulak sorang mari kutip....depa buat apa kat situ hah? bayaq niat ka?..

xiiinam751 said...

Hang orang Tepeng ka?

Habsah Abol tu kawan ckLah masa di Sekolah Taayah! Memang tekun orangnya.Jadi ustazah rasanya lepas keluar dari MPI.Sarinah Salleh tu...macam pernah dengar...bapak dia bawa teksikan!

ckLah berkawan juga dengan cucu Ustaz Bakar Bakir tu..

Mak ckLah bekas penuntut Ehya...

xiiinam751 said...

Sambung ya...
Kakak Shakir tu nama apa entah, senior cikLah di Taayah dulu,memang antara best student. Lepas tu sepupu dia Basmina Balkis binti...Baharudin kot.Senior ckLah juga.

Gurindam Jiwa said...

"Jamaluddin b Alias" tu yang selalu dok nyanyi lagu patriotik kat radio tu ke?

Muhiiiiibah, muhiiiiibah....

Ne garaki tasudah Mer deka,
Aaaaa manmak mur baaaaahagia...

;-)

hidayah said...

CkLah,
Laaaa ish ish ish...Cklah ni..tertinggai keretapi gak ka..

Saya orang SEMANGGOI la..

Ck lah sekolah Taayah juga ka??

Nama kakak Shakir tu, Thalwamaisur.
Habsah Abol memang sekolah Taayah.Satu kelas ngan saya sekolah rendah.

Kak Basmina la ni dok Pahang, kawin ngan orang Pahang.
Cklah mesti kenai ngan mak sedara saya, Kak Nor Azian Hj Ibrahim..kawan kak Basmina Balqis tuu..geng Taayah gak tu...

Daannnn mesti kenai kakak saya,
ni malas nak habark sikit ni..kakak saya dah jadi doktor..
sekolah Taayah juga dulu..kawan kak Thalwamaisur gak la..

Sarinah Salleh..ye pak dia drebar teksi tapi dia sekolah convent Taiping kut dulu..tak tau Cklah kenai lagu mana..Mungkin Convent punya alumni kut..ke sebab pi Ukay ke???

G.Jiwa;

Rasanya Jamaluddin Alias ex schoolmate tu, tak dak kena mengena ngan yang dok nyanyi tu..
Nama jer sama kuutt..

Tak tau la pulak kut bakat dia keluag bila dah besag. Kat sekolah dulu, Jamaluddin ni jenis nak taboh orang jer...darah panas..

xiiinam751 said...

Ya...ya...ya...kami panggil kak Salwa...geng pengawas dan Volleyball ckLah...

Kak mina tu pernah jadi kakak angkat main-main...dia guna nama Meenachi dan ckLah guna nama Tambi...dekat setahun baru tahu siapa orangnya..

kak Azian...ingat..ingat...putih-putih...pengawas garang...he...he...he..

Sarinah anak pemandu teksi tu...silap oranglah...bintinya lain. Orang Alor Pongsu...

Sapa kakak hang?

hidayah said...

Cklah,
My elder sister..orang pangge Kak Jiha.
Pandai cakap China. After SRP pi sekolah SMAWP.La jadi Doktor kat Bota..

xiiinam751 said...

Dah agak dah...dia ada bertanding dalam Pilihan Raya Umum 12....comel orangnya dan petah ya amat!

hidayah said...

jeng jeng..
sebab tu malas nak habark..