Friday, October 17, 2008

Aku dan abang Acun.

Salam,

Untuk saudara kandung yang lebih tua, aku hanya ada seorang kakak. Aku tak punya abang kandung.

Sewaktu kecil dulu, orang yang aku panggil abang hanya seorang. Dia adalah abang Acun (Shamsul Anuar), abang pupuku-anak Pak Long. Pun begitu, umur abang Acun tak panjang. Abang pupuku yang seorang tu meninggal dunia sewaktu dia di dalam Tingkatan 3. Aku pula sewaktu itu berada di dalam darjah 4. Abang Acun kena ketumbuhan di lehernya. Ketumbuhan itu membesar dari sebesar ibu jari sehinggalah sebesar buah kelapa. Ketumbuhan itu membuatkan dia tak berdaya. Aku masih terbayang bayang abang Acun yang sungguh baik pada kami adik adik pupunya yang bertiga sewaktu itu; kakakku, aku dan adik lelakiku.Di antara kami bertiga, akulah yang paling rapat sekali dengan abang Acun.

Bila aku dah pandai naik basikal, aku akan mengayuh basikalku sewaktu musim cuti sekolah masuk ke dalam Kampung Tua, rumah Pak Long aku yang terletak jauh ke pedalaman kawasan perkampungan sawah padi di Semanggol itu. Waktu itu pula, jalanraya masuk ke perkampungan itu masih tiada. Yang ada hanyalah lorong lorong yang di buat daripada kepingan simen selebar lebih kurang 3 kaki untuk laluan pejalan kaki, basikal ataupun motosikal. Laluan itu hanya boleh lalu satu kenderaan sahaja. Sekiranya terdapat kenderaan motosikal yang membawa seguni padi, maka kenderaan basikal perlu mengalah, berginjak ke tepi belukar atau tepi tepi parit / tali air yang terdapat di kedua dua belah laluan itu. Berbasikal di laluan ini agak mencabar sebabnya tersilap imbangan maka anda akan terjunam masuk ke dalam parit tali air samada di kiri atau kanan lorong.

Tapi perjalanan yang jauh ke pedalaman Kampung Tua itu tidak menjadi masalah buatku. Ianya bagaikan satu adventure bagi kanak kanak yang agak 'tak dok diam' ketika itu. Kadang kadang bila aku ke rumah Pak Long itu, aku akan bermalam semalam dua. Maklumlah, Pak Long tak ramai anak. Hanya dua orang saja anaknya. Kak Mimah yang sulong dan Abang Acun yang bongsu.Sewaktu aku bersekolah rendah, Kak Mimah dah ke Maktab Perguruan Islam, di Kuala Lumpur. Abang Acun pula dah ke sekolah menengah di Izuddin, Ipoh.

Abang Acun memang budak cerdik sewaktu bersekolah rendah. Kalau tak disebabkan Englishnya yang dapat 'D' sewaktu penilaian darjah 5, pastinya dia dah ke sekolah asrama penuh. Tapi Mak Long dan Pak Long tak kisah. Dengan pencapaian 4A 1D dalam penilaian darjah lima, Abang Acun ke sekolah Izuddin Shah di Ipoh. Abang Acun memang mempunyai otak yang bijak. Dia memang suka membaca. Seingat aku, perangai gemar membaca aku sedikit sebanyak adalah atas dorongan dan galakan dari abang Acun juga.

Abang Acun seorang yang pandai mencari wang saku. Dengan wang saku yang diperolehinya dengan menjual buah buahan tanaman sendiri seperti limau manis, buah stag, jeruk cermai, mempelam telog, jambu air dan sebagainya dia tabungkan untuk membeli keperluannya. Dia juga rajin berkebun sayur bersama Mak Long dan Pak Long. Disamping itu juga Abang Acun rajin membela ayam dan itik. Kegemarannnya membela ayam dan itik juga telah berpindah menjadi kegemaran aku selepas kematian abang Acun.

Dengan wang saku yang dikumpulnya, abang Acun akan membeli majalah kanak kanak yang aku gemari sewaktu dulu, Bujal dan Bambino. Dia juga rajin membeli Utusan Kanak Kanak. Setiap bulan dia akan pastikan aku dapat membaca majalah Dewan Pelajar juga. Komik dan majalah majalah ini adalah daya tarikan utama aku untuk berkunjung ke rumah Pak Long dan Mak Long.
Sewaktu musim cuti sekolah perkara yang paling aku suka ialah abang Acun akan bawa aku naik basikal keliling kampung serta terus ke pekan Simpang Empat untuk belanja ais kacang dan laksa.

Tapi itu semua kenangan manis yang telah berlalu pergi. Abang Acun menderita selama 3 bulan. Tiga bulan abang Acun terlantar di pembaringan. Seorang remaja yang mempunyai cita cita besar yang akhirnya dipanggil Pencipta. Aku sering terdengar dengar antara kata kata akhirnya.."Ni dah berapa kali tak pergi solat Jumaat ni...". Aku kagum dengan abang Acun kerana adalah sukar mencari remaja lelaki yang benar benar menjaga solatnya. Dan yang paling mengharukan aku, sewaktu hari kematiannya kawan kawan abang Acun datang satu bas dari sekolah Izuddin, Ipoh.

Semoga Allah merahmati rohmu...Amiin.

4 comments:

Cikgooden said...

sekolah izzuddin shah....adui, sekolah lama aku.
katanya PBsista nak buat agm, dato Zahid hamidi nak rasmi...turunla..buleh kenai2..
eh...hang PBsisTa ker?...alamak..silap keroo..

Unknown said...

Salam Hidayah...

Alfatihah buat arwah.

Nak tanya hang la...Hang ni sama KPP dgn aku ka? First or 2nd batch? nama hang familiar tapi sejak kena bantai dgn kimo byk kali, memory aku dah banyak kaput ni..dok pikiaq lagu mana muka hang ni...sapa weh kwn baik hang dulu ek?

Thank you sebab hang rajin drop by kat blog aku...dan menyemarakkan semangat juang aku yg kekadang nak malap jugak...

semoga dirahmati Allah sentiasa ye Hidayah.

ASH said...

Cikgoo den,
aku sekolah sains Peghelih. My husband sekolah Izuddin dari 1980-1982 sekali ngan Lukman.Lepas tu dia pergi SMAWP..Ramai sedara mara sekolah Taayah and Izuddin tu. My cousin,Kak Mimah tu, Arwah Abang Acun tu, Kak aku, adik aku, makcik aku, pakcik aku, anak anak sedara..
Kalau tak dapat masuk sekolah asrama penuh lain, pakat semua berkumpul kat Taayah ngan Izuddin la..

Raden aka 'datin',
Ya, aku sama KPP ngan hang. Nama hang sebagai 'datin' memang familiar. Aku first batch, IU1.Tapi baik ngan si Rosmah Mat Isa, Fatahiyyah Puteh, sapa lagi nama depa aku tak boleh nak recall..Tapi waktu budak budak 1st batch dah pergi USA, aku tertinggai satu semester. So aku baik ngan depa ni lah. Dok satu rumah ngan Rosmah untuk the last semester kat section 17 part 1 tu.
kat Bangi ni, dok jumpa Rosmah lagi.

Sorry to hear about you. Semoga hang bangun sihat kembali. Kalau hang tak tulis lama, aku naik risau...
Keep writing..aku akan sentiasa ziarah blog hang.InsyaAllah.
Walaupun tak tau nak pi rumah, jengok sendiri tengok hang.

Hmmm Nak boh gambark terkini, segan..boh muka waktu kecik kecik..COMEI sikit!!

smile.

Cikgooden said...

segan apa..aku dulu mula2 segan ya rabbbi. gambaq aku aku boh gambaq katun la..katak la..
sekarang ni aku dah tak heran dah...aku balun ja...lama lama org tahu jigak...takpayah dok sembunyi2
ha ha ha..
husbanda hang aku tak kenaila...aku masuk izzudin tahun 83-85..dia dah pi wilayah dah...mungkin dia batch. ust fadzlan, dan sepupu aku..shahizan hassan.