Wednesday, December 31, 2008
Asyik tak boleh jer...
'Asyik tak boleh pergi jer..!!'
Itu rungutan aku sewaktu mak dan abah aku MELARANG aku mengikuti rombongan pengawas sekolah untuk sama sama ke Bukit Maxwell ( kini dipanggil Bukit Larut). Waktu itu aku di dalam darjah 6, di penghujung penggal akhir persekolahan. Memang sedih sangat rasa hatiku kerana tidak dapat mengikuti rombongan pengawas sekolah itu. Hampir semua pengawas darjah 6 pergi kecuali aku. Aku menangis seharian..membentak kerana tidak dapat pergi.
Sedih hatiku kerana tidak dapat berseronok dan bergembira bersama kawan kawan yang akan berpisah nanti. Memang terguris benar hatiku kerana aku telah mendapat kejayaan yang cemerlang dalam penilaian darjah limaku dan aku telah pun ditawar ke sekolah berasrama penuh di negeri Perlis.
Bagiku sepatutnya kejayaan aku itu dihadiahkan dengan kebenaran dari abah untuk mengikuti rombongan tersebut.
'AAAhhhh..' terjerit jerit aku menangis. Aku kalau dah menangis memang tak boleh berhenti. Sengaja aku panjang panjangkan sebab geram.
'WAAAA...' raung aku lagi.
'Menangis sampai keluar air mata berdarah pun, abah tak bulork nak bagi pergi. menangis le..menangis..' memang itulah jawapan dari mak aku.
Aku merajuk gilerrr..
Selepas tu aku terdengar dengar juga mak aku pujuk pujuk abah supaya benarkan aku ikut rombongan tu..
' Nak pergi cari HUJAN! Jalan licin! Nak cari nahas! TOKSAH!!'..tamat ler harapan aku untuk ke sana. Hitam kata abah, hitam le jawapannya.
'WAAAAAAA' aku sambung keriau!!
Meradang giler dibuatnya waktu itu. Rasa rasa macam nak koyak jer slip keputusan periksa penilaian darjah lima tanda protes. Dah dapat bagus pun macam tak diiktiraf!!
Kemudian sewaktu pagi hari bas Kok Kia lalu depan rumah aku bawa geng pengawas ke Bukit Maxwell, aku buat perangai lagiii..
'WAAAAAAA..." memang aku nak kenai tibai dengan mak. Ada ada saja perangai buruk aku yang keluar hari tu..tanda protes! Abah memang tak tibai aku. Abah memang BEGITU! Yang jadi tukang ligan aku keliling rumah, bawa rotan..mak! Mak jadi runner, kejar aku. Dan aku memang selalu kena. Sebab mak pelari pecut waktu sekolah. Tak dak can aku nak terlepas.
Seminggu aku bermuram durja. Tambah tambahan pula kawan kawan aku pula sengaja menunjuk nunjukkan gambar gambar yang diambil cantik di atas Bukit Maxwell itu. Gambar gambar kumpulan pengawas kecuali aku yag diambil beramai ramai di atas bukit itu.
Kemudian takkala cuti di akhir tahun 1979 itu, entah bagaimana abah dengan hati murninya telah ajak kami sekeluarga ke Bukit Maxwell.
'Jom kita pi naik..' kata abah pada suatu hari yang begitu indah.
Aku bagaikan tidak percaya. Apa? Abah nak ajak naik jip ke Bukit Maxwell? Bukanke abah gayat? PHOBIA TEMPAT TINGGI??
Oh!! Rupa rupanya abah sayang padaku...walaupun abah bukanlah penggemar tempat tinggi namun untuk memenuhi impianku naik ke atas Bukit Maxwell dan melihat panorama yang begitu indah dari sana, abah bawa kami sekeluarga.
....dan akhirnya aku sampai juga ke kemuncak BUKIT MAXWELL sehingga ke tempat pancaran TV sebab abah ada sedara yag tinggal di kawasan bukit Maxwell dan bekerja di atas sana..
Alangkah....ohhhhh...
Bila seorang ayah melarang..
'Budak budak mandi laut, kau kena supervise', begitulah komen Dr Hamirdin dalam entry aku bertajuk 'Bila mereka gembira'.
Aku tahu itu bukan kata larangan sebaliknya kata kata ingatan..a reminder!
Aku faham juga walaupun Dr bukan ayah aku tetapi dia dianggap sebagai 'AYAHANDA' bagi kami semua di Aulad. Dr adalah suami kepada Kak Pah dan kak Pah adalah sebagai 'BONDA" di Aulad dan sering dipanggil dengan panggilan UMMU.
Bila Dr komen begitu..entah kenapa aku terasa seperti ngilu di dadaku. Komentarnya yang hanya beberapa patah perkataan itu seumpama kata kata yang datang dari ayahanda tercinta aku. Tinggal lagi abah tak pernahlah menyebut perkataan 'kau' dengan aku. Abah akan memanggil aku dengan nama timangan... yang sebenarnya aku tak suka mendengarnya. Tapi bagi abah itulah juga yang dipanggilnya aku ,'Nen'.
'Nen, hangpa kalau dok bawak anak anak pi laut, tengok depa..jaga! Jangan dok ghalit',
itu pesan abah bila dengar saja kami nak pergi bawa anak ke Port Dickson, Lumut, Penang dan sebagainya. Memang abah tahu kami suka berjalan jalan. Apa yag merisaukan abah ialah pada anak anak kami yang ramai tu. ( waktu abah masih ada, anakku dah 7 orang)
' Kalau bawa pi kolam, jangan dok seronok sangat..sekian sekian ..hari tu ada budak mati lemas...sekian sekian tempat kena sedut bawah kolam...sekian sekian waktu..arus deras sungai angkut habis anak depa..', abah akan berkali kali mengingatkan aku dari satu peristiwa kepada satu peristiwa.
Kadang kadang aku rasa abah adalah seorang yang tak adventurous. Tak best!! Apa saja nak buat, kena fikir pasal keselamatan..Tak thrill! Tidak seperti ibuku yang mahu saja bertindak tanpa berfikir dua kali...hah!
Pernah sewaktu kami sekeluarga menyertai rombongan Sek Men Dato' Kamaruddin ke Kuala Lumpur yang di'organize'kan oleh abahku sendiri, kami pergi ke Cable Car di Bukit apa ye ..,,kat KL tu dulu, Bukit Bintang ke?? Eh aku jadi terlupa pulok. Iye ker Bukit Bintang? macam pelik le pulak bunyinya ..whatever the name was..sesapa yang sezaman dengan aku, tolong perbetul.
SEBELUM ADA YANG MENGUTUK AKU SEBAB BAGI FAKTA SALAH KERANA TERLUPA NAMA BUKIT TUUU..
BIOR LE AKU UBAHNYA SENDIRI. ..
EH KAT BUKIT BINTANG, MANA ADA CABLE CAR LER..
TEMPATNYA KAT BUKIT NENAS!!
KAH KAH KAH..PADAN AKU RASA PELIK JER BILA SEBUT BUKIT BINTANG.
LAIN MACAM JER BUNYINYA...YE BUKIT NENAS!!!
Zaman 70'an memang ada cable car tengah tengah KL tu...
Lepas tu, kami semua naik cable car tu. Aku, Yong, Cik Yan, Cik Yah, mak, Ei, cikgu cikgu yang sertai rombongan dan anak anak murid abah KECUALI abah! Tinggallah abah bersama sama drebar bas, Kok Kia dan Ah Sia yang mengantuk sebab bawak bas waktu malam..terlena dalam bas di parkir. Abah lebih rela ditinggalkan di bawah sedangkan kami bersuka ria melihat pemandangan KL dari atas cable car itu. ( Abah kata aaahh..KL..abah dah dok bertahun..tak larat nak tengok!)
Masa kami naik kerusi buaian ( macam buaian kita dok naik berbuai tuuu) memang seram jugak dan kalau dibuatnya terjatuh, siapa pulak nak kutip kami di dalam hutan di bawah sana tu? Kussss....semangat.. alhamdulillah sehingga ditamatkan riwayat perkhidmatan cable car itu , tak pernahlah aku terdengar ada orang dikutip dari hutan di bawah.
Tapi entahlah..sebab aku bukannya rajin nengok berita dan rancangan PERISTIWA zaman zaman ianya ditayangkan di TV hitam putih di rumah aku tu. Kalau kartun Scoo bedoo bedoo tu, aku hafal lah juga waktu siarannya. ha ha ha.
.....eh! apasal pulak kartun 'scoo bedoo bedoo, where are you' ni masuk dalam entry ni pulak. Aku nak cerita lain. Dah melalut, melencong dan melancong ke merata siaran pulak...
DRIFTING la..dah pukul 2:37 am, padan pun meraban tak ketahuan.
Sebenarnya yang aku nak habag, bila seorang ayah, abah, bapak, father, daddy, atau apa jua panggilan yang korang panggil pada makhluk Allah yang berketurunan ADAM ini, melarang sesuatu perkara yang dirasakannya BAHAYA..maka sebenarnya bukan bermakna dia tak sayang atau totally tak izin korang lakukan..tetapi lebih kepada kasih sayangnya kepada korang.
Oleh itu hormatilah larangan ayahanda terhadap sesuatu perkara kerana di situ terdapat bahaya yang teselindung yang hanya dapat dirasakan oleh seseorang ayahanda yang bertanggungjawab...DONGAR TU JANG!!
wassalam.
Tuesday, December 30, 2008
PMR..the truth?
1) Azammuddin 9A
2) Mufiddah 9A
3) Aman 9A
4) Shakimatun 7A
5) Alawiyyah 8A
6) Aisyah 8A
7) Maryam 8A
8) Atiqah 4A
9) Adilah 9A
10) Razif 7A
11) Mukhriz 5A
12) Nailatun 6A
...................................yang di atas tu mungkin anak aku, mungkin juga adik aku, mungkin juga sepupu sepapat aku yang jaaauuuuuuh lebih muda...lebih kurang sebaya dengan anak aku jer..mungkin juga anak anak sedara aku . Yang pasti begitulah keputusan PMR yang deme perolehi! Berapa pun bilangan A mereka, tahniah kerana berjaya menempuhi satu fasa dalam kehidupan. Jangan gundah kiranya tidak berjaya memperolehi apa yang diidamkan dan jangan pula terlalu leka dengan keputusan yang membanggakan..
Masih terlalu jauh lagi biku biku yang perlu ditempuhi..Perjalananmu masih panjang.
salam...tahniah anakku!
To Kuantan with LoVe
Seumpama kembara..kita akan hadir di situ sekejap cuma. Setiap perjalanan ada akhirnya. Namun biarkanlah kehadiran kita memberi makna pada diri..kerana perjalanan tanpa pengisian, ianya sia sia...
Selamat tinggal bandar Kuantan..
Semoga bertemu lagi.
Melihat burung burung lepas bebas..
Waktu di Pantai Balok kelmarin, terlihat olehku sekumpulan burung burung camar yang begitu banyak di atas bongkah batu di tengah laut berhampiran pantai. Rasa aku, bongkah batu itu adalah tempat berehat burung burung ini setelah penat menangkap ikan.
Cantik pemandangannya..Warna bintik bintik putih kecil berlatar belakang warna batu yang gelap dan air laut yang membiru. Aaaahh..ruginya aku tidak dapat merakamkan dengan kamera Nikon s210 aku yang kecil comel ini...Apakan dayaku! Rasanya kalau ada duit lebih, mahu saja aku beli kamera yang lebih baik. Tapi terpaksa kutangguhkan..budget lari bebbb..
Selepas itu takkala aku di bandar Kuantan, minum minum petang bersama suami di pinggir sungai; seekor helang berlegar begitu hampir dengan permukaan air mencari dan menyambar seekor ikan. AAAAHHH!!..terlepas lagi detik detik menakjubkan ini!
Melihat kepada Azza's blog, Kak Hida pun dapat peluang melihat seekor helang menyambar ikan di permukaan air di tengah bandar Kuantan. Indahnya saat itu...
( Kukira seorang blogger dapat merakamkannya secara live..dalam video! Jealous aku)
Aku kagum melihat burung burung berterbangan lepas bebas di angkasa. Si camar terbang berkawan kawan. Si helang terbang menyendiri..gagah membelah angkasa.
Tetapi tiba tiba aku rasa sayu..dalam pada itu ada juga mereka yang mengurung burung burng yang cantik ini di dalam kurungan yang tak sepatutnya. Di kurung dalam sangkar kecil hingga mereka tak berdaya untuk terbang lagi hanya sekadar untuk mendengar nyanyian burung burung ini. Bukankah burung burung ini berhak mendapat kebebasan. Bayangkan burung burung yang tidak bersalah dan berdosa ini dikurung tanpa bicara sekadar untuk menghiburkan kita..Di mana belas kasihan kita pada makhluk kecil ini?
Bayangkan juga kiranya kita dikurung tanpa sebab atau perbicaraan..tidak tahu apa kesalahan..
DIKURUNG SEPERTIMANA MAKHLUK ALLAH YANG MERINTIH INI!
Bukankah itu zalim namanya??
Saturday, December 27, 2008
Bila mereka gembira..
Hujung minggu ini aku mahu melihat mereka gembira. Sebenarnya bukan hujung minggu ini sahaja aku mahu melihat mereka gembira. Aku mahu melihat mereka riang sepanjang hari, sepanjang minggu, sepanjang tahun dan sepanjang detik hidup mereka. Siapa yang tak mahu??
Mereka adalah darah dagingku..yang terhasil dari kasih sayang aku dan suami.
Ya Tuhan..biarlah kegembiraan dan kesyukuran menemani hidup mereka. Jangan biarkan kesedihan menyelubungi jiwa mereka..
Last last, terlolap juooo...
Esoknya, kakak kakak pulok menunjukkan aksi tengah tengah pantai..Melepaskan geram macam Muhammad jugak!!
ha ha ha..
suka korang jer lah ye..
Di samping kakaknya yang paling rapat, Muhammad bergumbira sakan dapat tengok ratusan ketam kecil di dalam tempat tinggal mereka...
Melihat kepulan awan itu..
tetapi apa balasanmu?
pada nikmat dan hikmat yang diberi?
gondolan dek kerakusan
yang tak beradab..
kuantan
27 Disember 2008
Friday, December 26, 2008
Rentetan 'one night ONLY',,
Semasa pergi jalan jalan rendek berdua duan bersama suami, atas belas kasihan suami melihatkan isterinya yang suka terperonyok di Bandar Baru Bangi sahaja, maka di bawanya aku makan di Pavillion,KL.
Aku sememangnya sedia maklum di Pavillion ini, barangannya mahe mahe belaka. Sebiji jam pun harganya.. kussss semangat 20K hingga 100K!! Giler betul lar..Terfikir juga aku, kalau setakat nak tengok jam pukui berapa, had yang pasar malam dok jual sepuluh ringgit tu pun tunjuk jam waktu tu lah. Tak dak la kata kalau pakai jam 20K, hari kita jadi sehari semalam 44 jam. Dok 24 jam juga lah..
Tapi suami aku kata, orang pakai jam 20K tu nak habark kata dia mampu beli....elite punya kelas.....oooohhh ye ke? macam orang yang pakai telekung harga 11K juga kutttt..ada kelas.
Tak gitu?
Kita yang pakai telekung harga 40 ringgit ni kira kelas yang nombor berapa gamaknya..
Oh ye lah..lantak le aku nak dok kelas mana..janji Allah tahu hati aku!
Nak beritahu, kat pavillion ada Food Republic..mak aih macam macam 'negara' ada. Tapi seram sejuk juga aku nak makan menda menda yang aku tak biasa makan ni....ending up aku makan nasi kerabu kat apa tah..kampong something punya 'gerai'...
Err sedap nasi kerabunya tapi awat depa bakark daging keras kematu. Orang kita ni kurang sikit la bab bakar daging!! Jadi tak la dapat aku cuci calat (pinjam word OKOB..tak pa kut nu??) makanan aku tu. Ish! rasa membaziag pulak.
Lepas tu, takkala malam mengunjung, kekanda bawa pula aku jalan jalan round sekali lagi. Waktu ni lah yang aku jadi tak ketahuan hala sikit. Seram sejuk melihat aksi pelbagai manusia dari pelbagai 'negara' yang menjual 'daging' hidup hidup di pinggir jalanan. Tema jualan...err..reflexology! Walaupun jualan sebenar ialah YOU_KNOW_WHAT!
Pun begitu, aku cepat cepat mengajak suami ke destinasi sebenar ..restoren Arab. Teringin nak merasa masakan Arab..kut kut sama macam masakan orang Arab yang biasa aku jamah di Chicago, Jordan dan Mekah. Nasi Arab, daging kambingnya tersorok dalam nasi. Suami aku pula memesan Roti Kebab...
SEDAAAPP!!
Korang tak suka kambing, suka hati korang lah....aku suka!
Inilah restorennya SAHARA! Tup tup..korang tahu siapa yang aku jumpa? Orang yang kasi lebam bijik mata DSAI! Aikk..?? He looks much older than his age, I guess..Dia pun makan makan juga ngan I don't know who..
Okay..lepas tu, dah kenyang..Tunggu apa lagi..chow balik semula ke Hotel kami..err bukan kami punya..Hotel yang bagi voucher free tuuuuuu..
Thursday, December 25, 2008
Melepaskan batuk di tangga..
Aku bukan guru bahasa Melayu..maka rasanya taklah selayak mana aku ini untuk menerangkan maksud peribahasa di atas. Tambah tambahan pula bahasa Melayu aku samada waktu SRP ke atau SPM ke, kedua duanya tidak mendapat A1..
Waaaaaa waaaa..
Kesian kat aku... (ataupun padan juga le dengan muka aku sebab ambil mudah dengan Bahasa Melayu)
Tapi yang menariknya tak lama hari itu, aku diterangkan oleh seorang Pengetua bekas Pensyarah Maktab Perguruan (yang sebenarnya dah kerja kat Kementerian.
errr ....apasal dia jadi pengetua kalau dah lama kerja kat Putrajaya??..jawapannya turun pangkat sebab aktif pembangkang!!..Memang BERTUAH....)
Pengetua ni berjiran dengan aku.
Hmmm... entah macamana, suatu hari sewaktu dijemput ke majlis di rumahnya, sembang punya sembang terkeluarlah peribahasa 'Seperti melepaskan batuk di tangga'. Dah nama pun cikgu, tak dapat tidak, dia pun menerangkan kisah sobonarnya asal usul peribahasa ini.
Korang nak dongar tak ni..?? Hah?
Selama ni, mati mati aku ingatkan perkataan 'batuk' dalam peribahasa di atas adalah dari perkataan kata kerja. Yalah... 'batuk' yang bunyi kong!kong!kong! tuuu..atau juga bunyi koh!koh!koh! tengah tengah malam tu sebab minum ais kacang waktu siang. Yang kadang kadang diikuti dengan terkeluarnya kahak hijau seketul berlendir lendir tu..
he he he..
Oh..rupa rupanya sangkaanku meleset sama sekali. Perkataan 'batuk' dalam peribahasa itu tidak ada kena mengena dengan perbuatan batuk yang berbunyi koh!koh!koh! atau keh!keh!keh! itu.
Perkataan 'batuk' di atas rupa rupanya berasal dari perkataan Jawa iaitu'batok'. Dan 'batok' pula di dalam bahasa Jawa membawa maksud gayung atau penceduk air yang diperbuat daripada tempurung dan bertangkai kayu sepanjang satu kaki. 'Batok' ini selalunya diletakkan di sisi sebiji tempayan kecil berisi air yang ada pada bahagian tepi tangga rumah tradisional orang Melayu. Kegunaannya pula ialah untuk menceduk air pembasuh kaki. Sudah menjadi kebiasaan orang melayu dulu membasuh kaki terlebih dahulu sebelum masuk rumah. ( ye benaaaaar!!..rumah nenek aku dulu pun ada menyediakan peralatan ini. KENA BASUH KAKI DULU TAU!!)
Dengan sebab ada di antara mereka yang tidak meletakkan 'batok' ini ke tempat asalnya di sebelah tempayan kerana malas atau pun dalam keadaan tergesa; melepaskannya di sekitar anak anak tangga seterusnya menyusahkan pengguna lain maka terwujudlah satu peribahasa 'Seperti melepaskan batuk di tangga'. Peribahasa ini akhirnya mempunyai maksud 'membuat kerja sambil lewa dan tidak bersungguh sungguh!'
(panjang nye ayat aku..ber putor putor ,berbelit belit..naya cikgu bahasa!!)
he he he..begitulah seadanya...errr..faham anak anak murid semua?
sekian!!
Monday, December 22, 2008
Kalau kome nak khatankan anak lelaki..
'Kome' dalam tajuk tu sama maksud dengan 'korang' atau 'anda semua'...bahasa orang Perak pada yang tak tahu lagi..
Okay, meh kita sembang sikit pasal tajuk di atas tu. Sembang sembang sebab aku baru jer terbaca blog Brahimnyiur. Dia ada tulis pasal anak dia berkhatan waktu musim cuti sekolah ni.
Hah..bagi yang belum ada anak lelaki..meh kongsi pengalaman. Bagi yang dah ada pun, jom ikut perbincangan ini juga. Bagi yang belum ada, ada adakan lah...InsyaAllah.
Dalam blog cikgu kat atas tu, anaknya berkhatan kira dah besar le..(tak dituliskan umur anaknya berapa) tapi dah boleh bercakap, berlari, bergerak sana sini le. Kiranya apa yang cikgu buat tu sepertimana juga kebanyakan orang Melayu selalu amalkan..Kiranya dah menjadi adat dan kelaziman.
Bagi aku trend yang agak baru mula bertunas dan bercambah; terutamanya di tempat kelahiran bayi yang swasta dan ber'titled' ISLAMIK, kebanyakan bayi lelaki dipelawa untuk dikhatankan ketika mereka berumur sekitar 7 hari. Trend ini sebenarnya bukanlah baru..ia telah diajar oleh Rasulullah dalam Sunnahnya : bab menyambut kelahiran bayi.
Tapi oleh kerana kelaziman dan kebiasaan adat orang Melayu mengkhatankan anak lelaki sekitar umur 9 atau 10 tahun atau mungkin juga terlajak hingga ke 12 tahun maka sunnah yang satu ini seolah olahnya seperti ganjil bin pelik, sepelik dan seganjil melihat lelaki Melayu Islam berserban ke sana ke mari. ( he he he..ada orang berserban ke baca penulisan aku niiiii??)
Kalau kita beritahu orang orang tua yang 'kebanyakan'-(maksud aku ialah orang yang tak tersampai ilmu ini), dan kita pula nak sunatkan anak waktu bayi, selalunya apakah reaksi mereka?
" Ish..kecik kecik dah nak sunatkan..kesian budak"
" Tak pernah dibuat oghang..."
"Nanti ditunjuk ke sana ke mari"
"Orang kata kalau dah sunat, nanti cepat pulak cukup umurnya"....dan seterusnya lah.
Ini sebahagian reaksi..mungkin ada yang lebih hebat lagi.
Bagi aku jawapan kepada reaksi di atas :-
1) Apa nak kesiankan...seloyat kulit jer. Bukan nak seloyat kulit budak tu hidup hidup. Ada bius lerrr..
2) Apa pulak tak pernah dibuat orang. Rasulullah dah buat kat cucunya lamaaaaa dah.
3)Ek elehhhh..kalau tak sunat pun, jenis nakal, ditunjuk merata!
4)Aparah..so what? Buatnye dah cukup umur pun tak dikhatan lagi, tak ke kesian budak tu!! lagi memalu dan mengaibkan..
Oleh kerana aku tak ramai anak lelaki cuma seorang sahaja maka aku tak adalah cerita selain pengalaman dengan anakku yang seorang ini..errr tapi pengalaman dengan adik lelaki adalah. ( tak boleh la nak cerita pasal adik aku tu sebab kalau dia terbaca blog aku ni takut dia MERAJUK ngan aku pulak..he he he)
Sebagai ibu kepada anak lelaki yang SEORANG tu, aku rasa memang teramat mudah mengkhatankan anak ketika masih bayi lagi. Aku dan suami membawa anak ini berkhatan pada usia lebih kurang 20 hari. ( Muhammad mengalami jaundice yang agak teruk masa selepas lahir so doktor suruh hold dulu)
Anak pucat? Tak mahu dikhatan? Melarikan diri?...he he he ...tak !!!Dia tidur jer..
Penjagaan selepas berkhatan? seperti menjaga tali pusat jerrr..
Anak lasak berlari ke sana ke mari? alahai..baby, apa nak risau!
Makan kena pantang, ayam, ikan, telur? Aparah..dia minum susu maknye sahaja. Penuh khasiat cukup untuk memulih segala luka luka dengan cepat.
Adakah sakit ketika mandi?...Tak pun..mandi dan basuhkan seperti juga rawatan tali pusat.
Anak boring? tak dapat bergerak? kena bagi video game? PS 2 PS 3 PS 4?? Hellllooooo...baby kecik nak tekan tekan PS pun tak boleh weHHH!!
Maka dengan itu apa tunggu lagi? Selain anda juga mengikut SUNNAH (itu yang pentingnya) anda juga dapat rehat dan tak pening pening memikirkan perkara yang tak sepatutnya meresahkan anda.
Dan yang paling penting, takkala umur 5 tahun, anda boleh jinakkan dia solat bersama..tidak perlu mendukung najis. Begitu juga bila dia mula belajar Al-Quran..wudhu' dan solatnya tak sangkut!!
Selamat mengkhatankan anakkk...(bukan pak yer)
Memang aku tak menduga..
Dalam ramai ramai anak murid aku ..samada yang aku mengajar tuisyen atau yang aku mengajar mengaji atau juga mengajar tadika, ada juga yang sudi menziarahi aku.
Waktu awal Ramadhan tempohari, aku ditelefon oleh seorang pemuda. Terkejut pulak rasanya..Rupa rupanya pemuda itu adalah salah seorang anak murid yang bertuisyen dengan aku sewaktu di Wangsa Maju dulu sekitar tahun 1991.
Waduh!
Waktu itu anak muda ini baru sahaja di dalam darjah 4. Kini sudah berumur 27 tahun..cepat sungguh masa berlalu.
Hati aku sebagai seorang guru terasa sangat sayu dan terharu.
Nazri, Saiful Nizam dan Irman Syah adalah 3 murid lelaki pertama yang bertuisyen secara langsung dengan aku. Rasa kasih aku masih ada sehingga ke hari ini. Aku mengajar secara sukarela.
Mengajar mereka sepenuh hati sehingga mereka berada di dalam darjah 6 dan menduduki UPSR. Selepas itu dalam tahun 1995, mereka ke sekolah menengah manakala aku pula telah berpindah ke Selayang Perdana dan kemudian ke Bandar Baru Bangi ini.
Selepas itu di Bangi, aku hanya mengajar mengaji manakala tuisyen hanya kepada mereka yang benar benar memerlukan sahaja.
Anak muridku terdiri daripada anak anak jiran sekitar rumahku di Bangi ini. Salah seorangnya ialah Zed. Zed Azriq, anak kak fatimah yang menyewa di sebelah rumahku.
Dengan tak disangka sangka, hari ini pula aku diziarahi oleh Zed Azriq yang telahpun berusia 20 tahun. Dia datang dengan motor besar. Aku tanya motornya tu beli dengan duit ayah ibu ke? Dia jawab guna duit yang dia cari sendiri jual produk kesihatan secara sambilan.
Sewaktu aku mengajarnya mengaji dulu, dia baru di dalam darjah 2. Lucu rasanya mengingatkan keletah Zed sewaktu mengaji Iqra'. Dia berlumba dengan abangnya yang berada di dalam darjah 3 untuk naik Quran. Zed, anak bongsu cepat merajuk tapi kalau mengaji memang rajin dan jarang ponteng. Edy pula lebih bijak jika dibandingkan dengan Zed tetapi liat sikit bab nak datang mengaji ni. Tapi oleh kerana mereka mempunyai kakak kakak yang garang dan bertanggungjawab maka Edy tak dapat tidak, mesti datang mengaji ke rumahku setiap hari! Kalau tidak...report sampai kepada bonda mereka.
Seingat ingat aku murid tuisyenku yang paling tua mungkin telah pun berusia 34 tahun...dan entah berapalah anaknya sekarang.
Dalam ramai ramai tu juga, aku paling ingin menghubungi seorang anak muridku sekaligus teman kecilku yang mungkin telah pun berumur 29 tahun..
Elham Djavid, anak seorang pelajar Iran yang rapat benar denganku dan telah belajar mengaji denganku sewaktu aku menjadi student di Chicago.
Where are you now, Elham..?
Longing to meet you...
gambar klasik...
hah ni lagi satu gambar klasik!
Cikgu cina tu nama dia Mrs tan. Cikgu ni ngajar English masa darjah 4. Dia tak boleh cakap Melayu..English dengan dia memanjang..kena pulak darjah 4 tu dia jadi guru kelas...
aduuuuiiii..
Bayangkan betapa siksanya budak kampung nak bercakap dengan dia.
Tapi dengan dia lah aku belajar banyak poem poem
dan
lagu English kanak kanak yang evergreen
By the way, cari aku juga dalam gambar ini..
makcik aku pula ?Si Nor azian Ibrahim tu?
errr ada sesapa kenai tak depa ni?
Mohd Shah Ramlee, tu yang jadi head boy tu...pergi Izuddin, pastu KIK pastu jadi Ustaz..la kat pendidikan Ipoh kut?
kak Noraizah..head girl, pergi Taayah pastu gi KIK, pastu gi USA
cari kak basmina Balqis. budak taayah gak
Cari juga kak Thalwamaisur..cucu Ustaz bakar bakir.budak taayah gi KIK kemudian pi USM
he he he ni semua geng Prefect tahun 1977..aku waktu tu darjah 4
mana aku?
Tahun ni la aku selalu aje menangis pepagi hari..
cari necktie prefect sambil makcik aku ugut nak tinggalkan aku jalan kaki sorang sorang..
dia pula naik basikal!
ha ha ha...
Eh..siapa tu?
Sunday, December 21, 2008
Sudah ketentuan dari Nya..
Salam,
Hari ni berapa haribulan?
Oh ye..21hb December 2008. 4 hari lagi birthday aku yang ke 41…sekaligus ulangtahun perkahwinan yang ke 19.
Hmm..How do I feel? Feeling yang macamana? Ye lah sedih ke sebab dah semakin dipanjat usia..dengan kata lain dah semakin tua..seronok ke? sebab dah bertambah satu nombor lagi ? ke bagaimana?
Entah lah..aku pun tak tahu. Yang pasti, rasa seram tetap ada. Seseram membaca buku Novel Stephen King ke?
Errr..Novel Stephen King tak de lah seram sangat..
Seseram berada keseorangan dalam gelap? Biasa biasa je kalau berada dalam gelap seorang diri. Pejam mata, engkau tidur je lah..
dah tu?
Rasa seram sejuk ini hanya diri aku sahaja yang dapat mentakrifkannya.
Seram sejuk memikirkan perbuatan lalu yang akan dipamerkan suatu hari nanti di alam lain.
Seram sejuk memikirkan apakah batas waktu yang diberikan pada aku selama ini telah dan dapat digunakan sebaik mungkin.
Seram sejuk memikirkan apakah hitam atau putih warna corak yang bakal aku tempuhi nanti.
Hidup ini terlalu singkat.
Sebelum kita dapat menarik nafas, kita telah pun bertukar menjadi si tua yang dipandang sebelah mata oleh si muda. Kelmarin, kita gagah..berlari ke sana ke mari seumpama si sibuk yang terlupa waktu. Tetapi hari ini, kita mungkin jadi si lemah yang tak berdaya mengatur langkah, menunggu si gagah menumpangkan tenaga dan menghulur simpati.
Adat dunia fana bukankah begitu? Ia satu ketentuan yang tak dapat tidak, terpaksa kita terima.
Kadang kadang aku akan ketawa berdekah dekah melihat iklan iklan Tv yang tak putus putus menawarkan mimpi palsu untuk si tua. Bagi aku, ia sekadar gimik yang mahu melariskan produk.
'Anda mahukan badan yang lansing dan kulit yang tegang',
pooorah kata aku!
'Saya rasa muda, kelihatan muda dan muda semuda mudanya'..ya la tu!
Helloooooo…
engko ambik yang dah memang lawa dan muda buat iklan. Mari sini aku bagi ko nenekk yang dah umur 81 tahun, engko buat muka dia muda dan anggun sebijik macam dia umur 20. Kalau engko boleh tukar, tak da buat plastic surgery , setakat produk engko tu, BUKAN SATU, SEDOZEN aku ambik!!
Haha ha..gelihati melihat manusia membuat penafian.
Takut menghadapi realiti? Hidup kan begitu. Ada pasang surutnya. Ada mula dan hujungnya. Ada awal dan akhirnya..
Jadi? kenapa takut melihat uban telah naik satu satu atas kepala. Rambut telah gugur Seurat demi Seurat dari tempatnya. Kulit telah mengukir segaris demi segaris kedutnya.
Mahu menafikan lagi ketentuan dariNya??
One night ONLY..
Salam,
Perut aku rasa melugai..Entah kenapa..
Mungkin disebabkan waktu sudah menunjukkan pukul 3:15 atau juga mungkin disebabkan nasi Arab yang aku telan di restaurant SAHARA tadi atau juga mungkin disebabkan imbasan imbasan gambaran yang terpapar dalam kotak fikiran aku membayangkan perangai anak anak muda bangsa melayu di kawasan Plaza Low Yat dan sepanjang kawasan Bukit Bintang tadi..
Aku menginap di hotel Istana malam ni..
Apa ke halnya aku di sini?
Tak da apa apa..
Sekadar menginap bersama suami yang mendapat voucher percuma dari bank tempat dia bekerja. Voucher untuk staff!
Vocher percuma yang sepatutnya meraikan hari Ulangtahun yang ke 19 perkahwinan kami. Err..tarikh ulangtahun perkahwinan kami sepatutnya 25hb dis tetapi memikirkan 25hb tu hari Krismas dan kami tak sanggup berada bersama dengan mereka yang mungkin 'separuh sedar' atau lebih kurang sama taraf dengan mereka yang hilang akal maka suami aku ginjakkan tarikh awal sedikit.
Seronok ke??
Errr..kalau dengan scenario yang aku lalui tadi, aku lebih rela terponyok di Bandar baru Bangi. Di rumah aku. Dan dikelilingi dengan keriuhan anak anak…
Anak anak?? Siapa JAGA??? Ada adik aku yang bercuti semester melepak.. Anak sulung aku pun ada, no 2 pun boleh take care..For ONE NIGHT ONLY..
Esok ..err aku maksudkan siang dah nampak matahari sat lagi, aku akan cepat cepat check out dari Hotel ni ..chow balik rumah!
Gambaran yang menyenakkan perut dan memualkan tekak di jalan jalan dan lorong lorong tengah kotaraya ini membuatkan aku tertanya tanya..adakah aku masih di Chicago atau New York atau Washington DC atau juga di lorong lorong sesat semasa aku mengembara di Quebec dan Toronto bersama rakan rakan. Aku seakan jadi keliru menyaksikan ratusan anak muda berbangsa melayu yang telah kehilangan identiti jati diri…
Kalau di Chicago dulu, aku bangga memakai baju kurung dan bertudung walaupun agak asing di tengah tengah ribuan pelajar berkulit hitam dan putih tapi di tengah kota raya Kuala Lumpur, baju kurung adalah baju yang asing, seasing aku di benua Amerika utara.
Rupanya sekarang ini anak anak 'dara' Melayu Kuala Lumpur sudah malu berbaju kurung. Tetapi tidak malu menayangkan selambak bahagian atas tubuh badan dan selambak bahagian bawah badan..
Aaah..Mual..semual aku melihat ikan busuk di bakul bakul sampah kawasan pasar Bandar baru bangi..yang dibuang kerana tiada pembeli!
Ya..benar kata seorang rakan yang telah menulis dalam bukunya 'Virus kehidupan'..Lantaran kota Kuala Lumpur juga terkena virus yang sedikit demi sedikit akan menanarkan dan merobek isi penghuninya.
Namun aku masih tertanya tanya..
Anak siapakah mereka ini? Begitu mudah berpeleser tanpa batasan..
Siapa ibubapa mereka?
Adakah mereka ini anak anak orang tempat aku Bandar baru bangi?
Mungkin..bangi pun tak kurang cerita salah laku anak yang merobek kain hijab airmuka ibubapa..
Aaaaahhhh..lantas hatiku berdarah..terluka yang amat pedih!!
Macam mana nak masuk gambar dari microsoft word ke blog?
Ada gambar ke atau tidak ni???
Macamana?
Try tengok..kalau gagal juga, ada sesiapa boleh tolong?
Aku terus mencuba
Cubaaan…..demi cubaan dari Microsoft word to my blog…
Mawaddah juga terus mencuba tudung kak kak nya..
Monday, December 15, 2008
Mentelaah..
..sebab musabab melesapkan diri..
Jangan rindukan aku pulak sebab dua tiga minggu masuk disember ni aku terpaksa melesapkan diri buat sementara waktu dari berblog. Kerja banyak weh..Almaklum..kerja cikgu Tadika ni kadang kadang mengalahkan kerja cikgu mengajar di universiti..
Sunday, December 14, 2008
run a test
Tuesday, December 02, 2008
Seriously speaking..
Bila baca cikgu Izuddin punya blog mengutarakan kisah tragedi yang menimpa keluarga di Ulu Yam perdana kelmarin memang menyedihkan.
Aku cuma ingin mempersoalkan beberapa tindakan yang dilakukan oleh mereka yang berada dalam bisnes perumahan dan hartanah.
1) Aku tak faham kenapa Tasik sekitar seksyen 3 BBBangi ditimbus dengan sebegitu cepat dan dibina di atasnya dengan rumah rumah teres dan juga semiD. Aku dok BBBangi ni dah hampir 14 tahun. Aku tahu lokasi tasik tu kat mana. Orang luar yang tak tahu history BBBangi mungkin tak sedar..Bekas Budak UKM mungkin tahu...Kuat ke tanah tanih di situ?...hmmm..aku ada doubt sikit ler.
2) Tahukah anda terlalu banyak tanah tanih sekitar kawasan yang dahulunya lombong bijih timah di negeri Perak terutamnya di kawasan Kinta kini tersergam di atasnya kawasan perumahan yang luas!..eh..kalau nampak tanah tanih tu agak berpasir putih jer, dulu lombong le tu...so apa nak hairan kalau anda sering terdengar kejadian jerlus di kawasan perumahan ini!
3) Aku tak faham kenapa orang masih membina rumah mereka kat lereng lereng bukit yang tanahnya jenis tanah merah (yang bagi aku hanya sesuai untuk pertanian). Kadang tu kita tengok pun dah suspek..dan suspen. You don't have to be an engineer to know this! Malaysia ni selalu hujan. Tanahnya pulak bukan jenis batu batan macam kat Jordan sana tu..Kat Jordan sana tu ( aku tengok sebab dah sampai sana) perumahannya memang di atas batu batan bukit bukau..aahhh..memang kuat la! ye lah..memang lah ada foundation tapi kekadang contractor kat Malaysia ni engkau tahu je lah kecilokannya! Banyak yang memang makan duit sumpahan jer!
So aku harap anak anak muda yang baru meninjau ninjau nak beli rumah, korang survey hati hati tanah tanih kawasan perumahan anda..