Friday, October 31, 2008

Cuba mengingati nama nama mereka..

Salam,

I am just trying to recall my friends' names in primary school. Why? I have no answer for that question. I just don't know why. It is probably that I missed them all so dearly.

1. Sarinah bt Salleh ( la jadi accountant..pak dia bawak teksi jer dulu..jadi GA dalam netball team kami dulu, my best friend)

2. Siti Alawiyah bt Daud ( teringat dia dok kayuh gerek meniti kut permatang, bawak adik jadi pasengger..la jadi lawyer!)

3. Mohd Azmi b Johari ( pak dia dok bela itik..banyak..petang petang dia kena tolong)

4. Mohd Nasir b Hj Shamsuri ( anak tok imam ni dah jadi cikgu..dia ni taiko dulu!)

5. Norhatini bt Shamsuddin ( dengar dengar pun jadi cikgu juga..anak yb kami dulu)

6. Nazri b.. apa aku tak ingat ( dulu dia ni boleh gerak kibas telinga dia..unik! pernah berlakon jadi tukang tikam aku..tajuk cerita MAHSURI..aku jadi heroin, Mahsuri..tapi cakap omputih..lawan antara sekolah sekolah kat Tepeng..he he he..)

7. Jamaluddin b Alias ( dia biasa tumbuk aku dulu..aku report guru besag. dia kena!)

8. Azmi b Zakaria ( dulu kami pangge dia cok keria)

9. Zulkifli b Majid ( besa kena appendiks..kami pakat kesian kat dia)

10. Zulkifli b Omar ( anak tukang besi Semanggoi)

11. Rohani Yusoff ( dulu pi UPM, tak tau mana pi dah..pak kerja kat tapis ayag)

12.Nurulhuda Bt Daud ( anak pekedai runcit kat semanggoi..orang pangge pak dia Ustaz daud..kedai nampak macam selamba jer tapi dari dulu sampai la..tak pernah bungkus..maintain jer..orang respect Us Daud ni sebab pemurah, baik..anak dia pun memang baik sesangat!)

13. Nurhuda Hashim ( dulu pak dia attendant kat pusat kesihatan semanggoi..la??tak tau pi mana.GD dalam netball team..rajin dok jual nasi lemak kat kami dulu, sebungkus 20 sen)

14. Salmah bt Omar ( anak tok ketua ni dulu jadi WA dalam pasukan netball kami)

15. Habsah Abol ( kawan aku ni baik dan jenis yang bersunguh sungguh bila belajag. Pak ngan mak dia memang jenis kuat semangat. Waktu pak dia meninggal, aku ziarah tengok muka pak dia berseri macam tidur..Pak dia meninggal lepas ambik wudhu nak pergi solat Jumaat! Meninggal dalam keadaan berwudhu..masyaAllah!)

16. Mohd Shakir B Sahar ( Dia ni anak Pak Long Sahar..orang kuat Maahad Ihya' El Sharif, cucu kepada Allahyarham Us Bakar Bakir- pengasas Maahad tu. Orangnya hensem..mata brown greyish, kulit putih melepak...kus semangat..Mujurk mak pak aku tak regu kan aku ngan dia..Tak mau la dapat saing kut lerah Semanggoi jer. Mak aku dulu dok sebut sebut nama dia jer...)

17. Jailina Jailani - dia ni tabah sungguh. Pendiam..mak dah tak dak. Pak pula miskin. Datang sekolah jalan kaki 5 batu lebih. selalu datang lambat sebab jalan kaki jauh sangat..dan selalu tertidur dalam kelas sebab keletihan.Tapi dia ni cerdik..aku suka juga tanya tanya khabar dia tapi dia segan dengan aku..jarang bawak duit ke sekolah. Bekal ayag kosong je..antara yang dapat makan 'program makanan panas' tiap tiap hari.

18. Zawiyah Hashim -( anak Pak hashim tukang kebun cum tukang sapu cum tukang masak 'program makanan panas ' sekolah aku. Zawiyah ni very humble tapi belajag memang rajin. Pak dia jenis happy, suka mengusik dan menyakat budak budak. Kalau aku pi rumah dia dulu, Zawiyah mesti besag hati. Dulu rumah dia dok dekat masjid Semanggoi. La ni, tak tau...)

19. Noryati bt Talib- ada dua yati dalam kelas aku..aku dah confius sebab dua dua nama lebih kurang. Pak depa pun nama lebih kurang.Aku rasa yangni dok kawasan bukit semanggoi.

20. Nor hayati bt Abdul Mutalib- yang ni pulak dok kat jalan simpang tiga.

21. Ada seorang kawan aku yang sama tarikh lahir dengan aku. Apa nama dia..aku betul betul tak leh nak ingat...dia ajar aku lukis bunga ros..maafkan aku..

22. Nama ni aku boh kemudian sikit bila aku teringat...Nama dia ni special, macamana aku boleh tertinggai tah...Mohd Dinata bin ( apa ye..aku rasa Yusoff kut) - kami dulu gelar dia KUSWAdinata. Aku rasa makpak dia minat bintang pilem tu. Tapi yang bestnya dia ni minat sungguh tengok DONNY and MARY Osmond Show..Perasan macam Donny Osmond, pastu buat stail rambut pun 'backcomb' macam Donny ..ha ha ha..kelakar! Anak murid aku yang namanya 'Zakwan' reminds me of his stail and looks..Kecil kecil suka nyanyi..


Hmm..lagi sapa ye yang aku boleh recall..Depa ni lah antara yang aku boleh ingat..
Alhamdulillah..

Ketua Murid dan rakan sekolah rendah

Salam,

Dalam entry yang bertajuk 'lagu negeri Perlis', aku ada mentioned nama ex-head boy sekolah rendah aku, Mohd Azmi Johari.
Entah kebetulan atau macam tau tau nama dia kena seru, hari ahad yang lepas my mom called me. Dia pi kenduri rumah mak pak si Azmi ni. Rupa rupanya kenduri doa selamat yang dibuat itu bersempena dengan keberangkatan Azmi suami isteri ke kota Mekah pada hari ini Jumaat 31hb October 2008.

Hmm.. dah nak naik haji dah kawan aku ni....

Sebenagnya , semenjak aku ke Perlis naik sekolah menengah, tak pernah aku jumpa Azmi ni. Hari Ahad kelmarin entah bagaimana, setelah sekian lama, barulah ada rezeki aku bercakap dengan dia.

Rasa macam terharu dan pelik pun ada. Azmi kerja kat TNB Port Dickson. Tak la jauh sangat dari Bangi ni. Kalau panjang umur, balik dia dari Mekah nanti, teringin aku bertemu dia sekeluarga.
Selamat menjadi tetamu Allah, Azmi dan isteri. Semoga mendapat haji yang mabrur. Doakan aku juga dapat menjadi tetamu Allah di suatu masa nanti....
-----------------------------------------------

Waktu sekolah rendah dulu,(Sekolah Kebangsaan Gunong Semanggol), si Azmi ni selalu nak saing dapat no 1 dengan aku..(si pemegang rekod..lawan tetap lawan). Ada seorang lagi kawan aku yang dok bersaing tempat unggul tu. Nama dia Sarinah bt Salleh. Dia ni kawan baik aku juga. Lepas SPM, pi UK ambik accounting, tak silap aku. Dulu dia dok jadi accountant kat Petronas..La ni aku tak tau dia pindah kerja kat tempat mana pulak. Aku dapat email dari dia dulu sebab dia ter'trace' ada nama adik aku kat Petronas. Dia kata bila tengok nama adik aku tu, confirm kenal, sebab nama unik. Semenjak dia pindah tempat kerja, aku dah tak dapat contact dia lagi. Dulu waktu aku dapat trace dia, dia baru mengandungkan anak pertama..aku pula dah tiga orang anak.

Seorang lagi kawan sekolah rendah yang berjaya aku contact dulu ialah Siti Alawiyah Daud. Dia dah jadi lawyer sekarang. Cumanya hubungan semua dah terputus kembali sebab dah pindah tempat kerja dan nombor telephone aku yang dah berubah..hmmmm...

Bila la kami semua dapat berjumpa semula..
(mana nak pi tau..kut kut sesiapa yang terbaca blog aku ni dapat temukan kami semua kembali)

Jeng jeng..dah nak konvo!

Salam,

Hari Ahad 2hb ni, bebudak tadika 6 tahun kami dah nak konvo. Bila dah konvo, bermakna dah nak berakhir sessi pengajian tadika tahun ini.

Suka duka, sedih gembira sepanjang 2 tahun belajar di Aulad ni adakah menjadi kenangan bagi anak anak ni?
Setelah mereka besar nanti, dapatkah mereka mengingati semula kenangan sewaktu belajar di sekolah kecil ini?
Terdapat ruangkah dalam memori mereka gambaran guru guru yang mengajar dan mengasuh mereka selama dua tahun ini?

Guru guru seperti aku,kak Ti, kak Pah, Kak Yati dan ramai lagi yang terbongkok bongkok memegang tangan tangan mereka yang pada mulanya kaku bila menulis.
Guru guru seperti kami yang mengajar huruf huruf asas A,B,C..serta bunyinya Aa, beh, ceh, deh..
Terkenangkah anak anak ini?
Guru guru seperti kami yang menjadi penghibur menyanyikan lagu lagu 'twinkle-twinkle little star', 'itsy bitsy spider', 'row row your boat', 'baa baa black sheep' ketika mana sesuai.
Guru guru seperti kami yang mengajar asas ilmu fardhu Ain. Mengajar bacaan al-Fatihah, bacaan dalam solat yang memungkinkan anak anak ini mempraktikkan solat bila saja mereka ke darjah satu.

Harapan kami terlalu besar untuk anak anak ini..
Andaikata memorimu tidak mampu untuk mengingati guru guru awalmu ini, masukkan kami dalam doamu..anak anakku...

wassalam.

Thursday, October 30, 2008

Kita sentiasa diduga Allah..tabahlah!

Salam,

Kawan sekolah aku hantag email ni. Dia sedang menghadapi 'test'. Tolong doakan dia sekeluarga. Moga anaknya AKMAL (12 tahun) sihat kembali. InsyaAllah.
Jemput baca email dari dia. Dia hantar kat group batch kami.

Assalamualaikum!

Untuk pengetahuan semua, kami sekeluarga termasuk Akmal telahselamat sampai ke rumah pada hari Isnin, 27hb October 2008 (HariDeepavali) jam 9.00 malam.Setelah menempuh pembedahan selama lebih kurang 7 jam, dirawat diICU selama 3 hari dan wad 10 selama 2 hari (jumlah 9 hari diHospital Raja Perempuan Zainab II - HRPZ Kota Bharu Kelantan),akhirnya Akmal selamat dan semakin pulih. Saya mengucapkan syukur kehadrat Allah swt kerana dengan izinnNya,maka Akmal selamat dibedah dan menunjukkan tanda-tanda pembedahan yang berjaya.

Saya dan seluruh ahli keluarga juga bersyukur kerana dikurniakan saudara-mara serta sahabat-sahabat yang begitu prihatin dan mengambil berat tentang perkembangan keselamatan Akmal. Doa serta sokongan moral dari panggilan telefon, SMS dan e-mail kalian semua amat kami sanjungi. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.Semoga hidup kalian semua diberkati Allah hendaknya.

Sepanjang rawatan Akmal di HRPZ, Kelantan berbagaipengalaman telah saya sekeluarga tempuhi. Pengalaman pahit-manis,cemas, sedih, gembira dan bermacam-macam lagi (diserbu pencegahmaksiat pun ada - kalau nak tau cerita kena baca sampai habis ).

Disini, ada beberapa catatan yang dapat saya ingat.
Kalau ada masa, bacalah........... kalau tak delete saja.........

> > Keadaan Akmal selepas pembedahan> Akmal telah mampu berjalan tanpa menggunakan tongkat (walaupunagak senget). Kekuatan gengaman tangan kiri yang dulunya agak lemah,kini semakin kuat. Walaubagaimanapun Akmal tetap perlu memakai alas tengkuk selama 2bulan dan menghadkan pergerakan kepalanya seminimum mungkin selama 2bulan. Syukurlah, Akmal dah boleh tunaikan solat walaupun dengan hanya dengan isyarat kelopak mata.
Alhamdulillah. 28 December 2008 - kami akan ke HRPZ lagi untuk pemeriksaan lanjut.

Fakta-fakta rawatan Akmal
1) Tempoh masa di HRPZ = 9 hari (4 hari di wad Chempaka - Ortho ;3 hari di ICU dan 2 hari di wad 10 - kelas 1)
2) Tempoh masa pembedahan = 7 jam>

Mr Ahmad Sabri Bin Omar - Pakar yang merawat Akmal>
1) Merupakan pakar bedah spinal antara yang terbaik di Malaysia.
2) Sering dijemput untuk melakukan pembedahan spinal di beberapaHospital Kerajaan dan juga swasta.
3) Seorang yang sangat 'humble'.
Beliau sayangkan setiap pesakityang dirawatnya dan juga begitu mengambil berat tentang kebajikanpesakitnya sampai nurse kat wad ortho tu akan memberikan perhatianyang istimewa pada pesakit dibawah kendalian Mr Ahmad.

Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan>
- Layanan 1st Class> - Pernah menang Anugerah Khas Perdana Menteri (Prime MinisterAward)
- Majority Pakar, Doktor dan nurse Islam.> - Kemudahan, kelengkapan dan layanan setanding Hospital Swasta(yang biasa saya experience la)
- Walaupun waktu melawat tamat pukul 8 malam, pukul 10 malam masihlagi ceria

Fakta-fakta menarik>

1) 7 jam paling lama dalam sejarah hidup kami sekeluarga> Hanya bacaan Quran dan solat menjadi peneman sepanjang 7 jam tu> Yang saya pelik, cuma saya sorang saja yang ada dalam bilikmenunggu/surau lelaki walaupun ramai yang dok menengung kat kerusiluar. Kat bilik menunggu/surau perempuan ramai gak yang dok bacaquran, solat dan ada yang tidur. Ramai yang lalu-lalang dok usharsaya dalam bilik tu. Sehari selepas tu baru saya tahu yang 2 harilepas, ada waris yang meninggal dalam bilik menunggu tu sewaktutidur sambil tunggu ahli keluarganya dibedah. Patule......nasib baiksaya tak tau, kalau tidak....kena buat solat hajat kat tempat lainyang jauh dari dewan bedah tuh...

2) Kisah sedih di ICU> - Sebelum ni, my wife pernah kata " Abang ni jarang sungguhmengalirkan air mata walaupun dalam keadaan sedih" tapi kali ni sayayang banyak mengalirkan air mata. Paling tak tahan bila sebaiksahaja dipindahkan dari OT ke ICU, bila my wife usap kepala Akmal,tiba-tiba Akmal terus celikkan-mata. Tak henti-henti sayamengucapkan syukur sambil mengalirkan air mata.

- Pada hari kedua kat ICU (t/hari), Akmal menggunakan bahasa isyarat untuk menyatakan yang dia amat dahaga. Nurse kat ICU tu bagikebenaran titikkan 2/3 titk air zam-zam yang kami bawa untuk hanya basahkan bibirnya yang kering. Maklumlah dah 3 hari tak minum(termasuk sehari sebelum dibedah). Waktu saya basahkan bibir Akmal,airmata saya yang jatuh tu rasanya jauh lebih banyak dari yang Akmal dapat minum sampai saya terpaksa keluar dari ICU masa tu jugak dan mintak my wife titikkan air ke bibir Akmal. - Pada hari kedua jugak kat ICU (petang), 2 helai kertas tisu untuk lap tangan, basah kuyup kerana mengelap airmata Akmal yangmengalir kerana menahan sakit dan dahaga. Dia mintak pen dan kertas untuk berkominikasi dengan kami. Antara soalan yg diatanya/tulis ialah 'La ni pagi, petang ka malam?' ; 'Ayah dan maktidur kat mana semalam?' ; Dah berapa hari Akmal kat sini?' ; 'Bila nurse nak cabut wire-wire kat badan?' dan macam-macam soalan lagi. Saya akan simpan dan 'frame' kan semua soalan tu nanti untuk kenangan.

3) Kisah diserbu Pencegah Maksiat>

Waktu Akmal kat Wad Chempaka dan Wad 10, saya dan wife boleh teman dia sebab dapat bilik individu. Waktu kat ICU, kami terpaksa menyewa rumah tumpangan atau hotel berdekatan. Ramai orang tempatan yang berkampung dengan tikar-bantal kat Hospital tu tapi kami memilih untuk tidur kat rumah tumpangan pasai bawa anak sekali.

Hari pertama (Sutra Inn- RM149) dan kedua Hotel MGU- Majlis GuruUgama -RM70), tak dak masalah. Kebetulan anak sulong yg baru lepas PMR masih bersama kami. Pada hari ketiga, selepas hantar anak bailk Penang dengan bas, kami sewa bilik kat Hotel Anda yang sewanya cuma RM45 semalam. Tiba-tiba pukul 2.00pagi saya dengar orang ketuk pintu berkali-kali. Saya ingat kot ada kebakaran ka apa ka, rupanya ada kat 10 orang depan pintu bagitau yang lepa dari Pencegah Maksiat dan nak periksa bilik. Saya mintak lepa tunggu seminit untuk kejutkan wife yang sedang tidur dan pakai tudung ataupun suruh pegawai perempuan yang masuk kejutkan my wife. Lepa terus mintak tunjuk surat nikah. Waktu tu my wife pun muncul (bertudung) dan kata kami ni mai Kelantan pasai anak kena bedah, mana teringat nak bawak surat nikah. Lepa kata kalau nak duduk hotel kena bawak sekali suratnikah, kalau tidak kena bawak pi explain kat balai. Saya kata,memang saya tak bawak surat nikah.
Bukti yg saya ada cuma gambar kami sekeluarga yang memang saya simpan dalam wallet. Wife kata kalau tak caya, jom ikut kami pi ICU tengok anak yg dok terlantar kat situ. Mungkin pasai tengok kami jawap dengan ikhlas kot, akhirnya dia tanya pegawai-pegawai lain 'Boleh caye ke nie?' dan dia kata OK lah kamicaye.......
Fuh!!!! Terkejut ada, cemas ada, geram pun ada gak.Sepanjang menikah nie, inilah kali pertama kena serbu camtu. Mungkin pasai dok hotel murah kot. Moral of the story, kalau nak sewa hotel,kena sewa yang mahal sikit kot, tak kurang dari RM70 semalam...> > Banyak lagi pengalaman lain tapi rasanya cukup setakat ini sahaja.

TERIMA KASIH SEMUA.

seorang kawan..

Salam,
Beberapa hari yang lalu aku mendapat sms dari kawan baikku.

'Aku tengah baca surat habag METRO. _________ cerai bini dia'.

Aku lantas membalas sms kepada kawan baik aku tu.

'Hmm..buat gena.Tak upaya la'

Kemudian setelah berfikir beberapa kali, aku mengambil semula handphone aku dan meng'sms' pada rakan ' si pengacara TV3 yang suka beraksi pakai dan tanggal spek'.

'Innalillah...' bunyi sms aku tu. Apa lagi yang hendak aku katakan?

'Siapa ni?' jawapan dari sms itu.

' Akulah, Hidayatun. Kawan hang waktu sekelas TOEFL dulu'

Tiada jawapan...

Tuesday, October 28, 2008

Di penghujung Syawal ini..

Salam,

Ish open house lagi? Dah hujung hujung Syawal dah ni.
Eh..Sakan beraya budak budak ni.

Oh ye..hari Sabtu kelmarin, rumah aku kena serbu ngan budak budak form three kelas anak anak aku.

Maka tumbang la dua ekor ayam. Satu masuk dalam oven dibakar menjadi ayam panggang bermadu lemon, bersos cili masam masam manis. Satu lagi menjadi ayam goreng bersalut tepung. Dikuti seterusnya oleh kuetiaw goreng sebanyak 4 bungkus naik ke kuali. Berikutnya adalah mee goreng sebanyak 3 bungkus. Nasi ditanak seperiuk. Timun dan tomato bertukar menjadi salad Arab.( menu ni senang sebab kat USA dulu aku dah main campak campak ngan mak mak Arab kat sana). Dadih telah siap siaga pada malamnya sebanyak 50 bekas..Kek coklat telah ditempah bersempena dengan birthday Huda 24th Oktober, Jumaat tu. Dua bungkus nugget pula untuk standby. Air?? Cocktail buah buahan yang dibuat pada mulanya tersangat laris hinggakan bertukar menjadi air sarsi..he he he..

mana ke tidak..dekat 50 orang teenagers..KECEMAS gak aku ni..tapi alhamdulillah semua okay akhirnya! GAMBARnya mana? Macam biasa la...server buat perangai..

Sunday, October 26, 2008

How do I manage them?

Salam,

Ramai kengkawan aku hairan macaman aku boleh cope ngan anak anak yang ramai. Macamana aku bagi makan pakai, urus segala galanya.
Well, sebenagnya aku pun tak dak jawapan yang tepat. Yang pasti Allah permudahkan segala urusan aku.

Kalau aku kata aku pandai manage, aku bukanlah ibu mithali yang terbaik..hangpa tak tau betapa kelam kabutnya aku pepagi, tengahari dan malam..Always on the move around the house, tu pun aku rasa tak cukup kaki tangan. Sometimes, I do wish I have 8 hands like the octopus..ha ha ha..

Okay, kalau semasa aku jadi fulltime housewife, aku rasa masa aku banyak terluang. So senang sikit menjaga rumah tangga dan isinya. Tapi la ni dah jadi cikgu tadika sekerat hari, kira bertambahlah sikit tanggungjawab di luar dan berkurang sikit masa yang di'spend'kan dalam rumah.

Waktu aku hanya ada seorang anak di Wangsa Maju dulu, aku mengajar juga, jadi cikgu tuisyen kat budak budak darjah 4, 5, 6 serta form three and form five. Anak anak murid datang rumah belajar. Tapi aku tak ambik ramai budak. Budak darjah 4, 3 orang, budak darjah 5, tiga orang, budak darjah 6, tiga orang pada satu satu sessi mengajar. Budak f3 and f5 adik beradik datang dari Selayang setiap pagi Ahad, anak anak kawan suami aku. Setiap malam Isnin dan Khamis pula aku mengajar di surau. Kelas fardhu Ain ini, anak anak murid lebih kurang 25 orang satu kelas. Aku mengajar untuk mengisi masa lapang dan menolong anak anak jiran yang kebanyakannya terdiri dari anak anak tentera yang kerja di kem Wardieburn tu.

Bila anak anak aku bertambah menjadi 3 orang dan rumah sewa di Wangsa Maju tu dah menjadi semakin sempit, aku pindah ke rumah sendiri di Bangi ini. Di sini, aku isikan masa petang dan malamku dengan mengajar anak anak jiran mengaji Al-quran pula. Ada lapan orang semuanya. Termasuk seorang bibik yang menumpang belajar sekali.

Bila anak anak aku dah bertambah menjadi 6, 7 orang, aku tidak boleh lagi mengajar anak orang lain. Tumpuan aku kini kepada anak sendiri. Daripada mengaji, belajar, membacakan buku buku cerita dan sebagainya, aku tumpukan untuk anak anak sendiri. Itupun aku rasa cukup challenging sebab anak anak yang kecil selalu mengganggu kosentrasi anak anak yang lebih besar untuk belajar. Kemudian setelah anak aku yang no 1 masuk sekolah menengah, maka aku mula menghantar anak anak aku belajar tuisyen di luar kerana aku tak dapat nak mengajar untuk semua mata pelajaran. Aku hanya boleh mengajar Matematik dan English sahaja. Kalau ada soalan yang anak anak aku kurang faham, aku sekadar menjadi tempat rujukan. Ada juga anak anak jiran keliling yang ingin belajar dengan aku tapi aku tak sanggup mengajar kerana anak sudah ramai dan aku tiada masa yang senggang lagi terutamanya di waktu malam.

Bila anak anak aku dah semakin membesar, kerja kerja basic di rumah contohnya basuh kain, lipat kain, seterika baju, kemas bilik dan sebagainya mula diambil alih oleh anak anakku. Masing masing urus bilik, pakaian, tempat tidur sendiri. Memang tidak sesempurna mana tapi at least ianya meringankan kerja aku. Leteran sekali dua itu lumrah...Penjagaan adik adik yang kecil pun di kongsi bersama sama. Ada yang tolong mandikan, buatkan susu, main bersama sama. Yang besar, menjaga yang kecil. Paling tidak, dapat bermain bersama adik pun sudah cukup meringankan kerja aku kerana kalau tidak, anak yang kecil akan mengganggu tugasku terutamanya ketika aku di dapur.

Ada ramai yang bertanya bagaimana pula ketika dalam pantang? Dari anak no 2 hingga anak no 6, aku ditemani oleh nenda mertuaku yang tinggal bersama sebulan dua ketika aku dalam pantang; Tok Manis, yang pernah diceritakan sebelum ini. Setelah suami mak mertua aku meninggal, Tok Manis balik menemani anaknya di Ipoh sehinggalah sekarang. Dia tidak boleh lagi ke mana mana kerana sudah agak uzur. Dari kelahiran anak anak n0 7 hingga anak no 9, pandai pandai lah aku jaga diri sendiri. Sebab itulah, hari ketiga selepas melahirkan anak, aku dah keletang keletung kat dapur. Hari ke 15 aku dah ke market, drive sendiri, cari lauk pauk.

BUAT CAM NA...

sekianlah sedikit caca merba dari aku dalam tajuk..'how do I manage them'

Friday, October 24, 2008

Nak kena layan ' World Series " ni gak..

Salam,

Hangpa jangan kata apa kat aku nuuu..Aku nak kena tinjau perkembangan sukan yang suami aku tak suka ni. Sukan ni aku suka.

Baseball!

Hangpa tak tau cara ka atau tak suka ka...toksah dok hingark.
Waktu form three, aku termasuk senarai dalam pasukan perempuan sekolah..
so ketepi ketepi..
Ada nostalgik sikit ni..
Kat Chicago pulak, dok depan stadium Chicago White Sox..Dengark bunyi firework, pun dah dapat hilang ketagih baling bola...

Minta maap nuu..chek nak tengok baseball 'World Series'.
Jangan marah!

Thursday, October 23, 2008

Terkenang seorang kawan..

Salam,

Waktu aku dalam tingkatan satu dan dua kat sekolah Sains Peghelih dulu, ada seorang kawan dari Sabah yang rapat dengan aku. Orangnya cukup pemalu. Suara dia kalau bercakap susah nak di dengari sebab terlampau perlahan. Aku pun kadang kadang naik rimas sebab bercakap dengan dia macam orang berbisik. Kalau kat kelas susah benar lah nak dengark suara. Kadang kadang orang yang hingar bingar macam aku ni, naik heran macamana kawan aku yang seorang ni boleh hidup tanpa bercakap dan kalau bercakap pula terlampau perlahan.

Dulu ni, cikgu cikgu kat kelas aku selalu kata dia ni bisu. Kesian kat dia...Tambah tambah cikgu Matematik aku yang garang tu. Kawan Sabahan aku tu tak bisu cuma dia terlampau pemalu. Kalau dengan orang yang dia tak kenali, dia tak akan bercakap. Kalau dengan budak lelaki, lagi la..jauh panggang dari api. Dia tak akan buka mulut. Kalau kena sapa dengan budak lelaki, dia akan tunduk merekot dan akan blushing habis. Tapi si Baiti (nama kawan aku ni) rapat juga dengan aku terutamanya sewaktu kami di dalam tingkatan dua.

Dalam bisik bisik dia tu, rupa rupanya si Baiti ni suka menyanyi. Cumanya disebabkan pelat dan loghat Sabah dia yang agak pekat, Baiti jadi rendah diri untuk bersembang sembang dengan orang yang dia tak biasa. Tapi bila mai tang menyanyi, kawan aku ni berminat juga. Kadang kadang aku dan dia akan cari senikata lagu yang kami berdua tahu dan kami sama sama akan menyanyi, tak kiralah samada sumbang mambang atau tidak. Antara lagu omputih yang Baiti ni suka nyanyi dulu ialah For Your Eyes Only, lagu tema Filem Jebon..oooppss, James Bond. Hah! Tak sangka aku dan dia boleh menyanyikan lagu ni walaupun sumbang mambang dan dalam keadaan berbisik bisik.

Si peminat seni lagu ini dalam diam rupa rupanya suka mendengar aku mengaji juga. Selalu juga dia mengekori aku ke kelas mengaji yang diadakan oleh persatuan Agama Islam sekolah untuk pelajar Tingkatan 1 dan 2 pada pagi Jumaat. Dia selalu mengekori aku untuk mendengar aku mengaji . Kawan aku ni bukanlah beragama Islam jadi kadang kadang aku pun naik hairan juga.

Setelah sekelian lama, akhirnya dengan tak disangka sangka kawan pencinta seni ini melafazkan kalimah syahadah. Terkejut aku! Tak sangka rupa rupanya Allah telah mengkurniakan hidayah melalui kecintaannya pada senilagu Al-Quran. Selepas dia melafazkan syahadah, kawan aku ini terus sama sama mengikuti kelas mengaji al-Quran setiap pagi Jumaat. Kali ini dia tidak sekadar lagi menjadi pendengar sebaliknya menjadi penuntut yang sama sama belajar membaca Al Quran. Alhamdulillah..

Bila terkenangkan dirinya, aku berharap dia masih kekal dalam Islam kerana dia pernah memberitahu aku bahwasanya bukan dia seorang dalam keluarganya yang memeluk Islam. Kakak dan abangnya turut masuk Islam..

wallahualam.

p/s Kami terpisah kerana Baiti tidak lagi dapat menyambung pelajarannya di Sains Peghelih. Sewaktu dalam tingkatan 3, dia dihantar oleh kementerian ke sekolah harian berasrama di Sg Petani.

Depa dok tanya blog aku

Salam,

Waktu aku sibuk sibuk ambik gambar kat kampung time balik raya tempohari, adik lelaki aku yang kerja kat Petronas tu sibuk menanyakan anak anak aku address laman blog aku. Aku buat derk jer..Saja aku malas nak habag.

Biag depa jumpa sendiri, bagi thrill sikit..

Sebenagnya aku ada banyak gambark yang aku teringin nak post sebab aku memang suka photosnapping tapi main ngan celcom berokban ni memang slow habis lepas tu dia buat luuupppp pi tak dak server..mangkuk ayun sungguh!WOOII aku bayark woii..kata 68 hinngit sebulan..kena bayark RM 71.15 tambahan cukai!

DESYUM sekali kat orang CELCOM Berukkkkban..nasib hangpa la..

Wednesday, October 22, 2008

Dah bertukag gambark kat header..

Salam,
Segan nak boh lama lama gambar sekeluaga kat header tu..jadi aku tukag gambark. Takdan nak tunggu seminggu..harap maklum.

Gambark yang aku boh sekarang ialah gambark yang aku ambik waktu menginap kat Bukit Merah Lake Town..Time raya kedua..

amatur..

Tuesday, October 21, 2008

Indahkah Malam Pertama Kita?

Salam,

Aku dapat ni tru email..Husband aku yang forward. Aku rasa ramai kut dah dapat artikel ni tapi aku still nak boh dalam blog aku. As a reminder untuk diri aku sendiri..

Indahnya malam pertama kita . Satu hal sebagai bahan r enungan Kita... Tuk merenungkan indahnya malam pertama. Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata. Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa. Justru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut

Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara. Hari itu...mempelai sangat dimanjakan. Mandipun...harus dimandika. Seluruh badan Kita terbuka.... Tak ada sehelai benangpun menutupinya. . Tak ada sedikitpun rasa malu... Seluruh badan digosok dan dibersihkan. Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan. Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih... Itulah sosok Kita.... Itulah jasad Kita waktu itu.

Setelah dimandikan.., Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putih . Kain itu ...jarang orang memakainya.. Karena bermerk sangat terkenal bernama Kafan Wewangian ditaburkan kebaju Kita... Bagian kepala..,badan. .., dan kaki diikatkan Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita

Keranda pelaminan... langsung disiapkan. Pengantin bersanding sendirian... Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga. Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul Kita diiringi langkah gontai seluruh keluarga. Serta rasa haru para handai taulan. Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir. Akad nikahnya bacaan talkin.... Berwalikan liang lahat.. Saksi-saksinya nisan-nisan.. yang telah tiba duluan. Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan. Dan akhirnya.... tiba masa pengantin.. Menunggu dan ditinggal sendirian, Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan. Malam pertama yang indah atau meresahkan.. Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah. Di kamar bertilamkan tanah.. Dan ketika 7 langkah telah pergi.... Sang Malaikat lalu bertanya. Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur... Ataukah Kita kan memperoleh Siksa Kubur..... Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....

Apakah tidur lena kita bagaikan pengantin di malam pertama atau tersiksa resah yang tak berkesudahan untuk selama lamanya...

wallahualam..

Friday, October 17, 2008

Aku dan abang Acun.

Salam,

Untuk saudara kandung yang lebih tua, aku hanya ada seorang kakak. Aku tak punya abang kandung.

Sewaktu kecil dulu, orang yang aku panggil abang hanya seorang. Dia adalah abang Acun (Shamsul Anuar), abang pupuku-anak Pak Long. Pun begitu, umur abang Acun tak panjang. Abang pupuku yang seorang tu meninggal dunia sewaktu dia di dalam Tingkatan 3. Aku pula sewaktu itu berada di dalam darjah 4. Abang Acun kena ketumbuhan di lehernya. Ketumbuhan itu membesar dari sebesar ibu jari sehinggalah sebesar buah kelapa. Ketumbuhan itu membuatkan dia tak berdaya. Aku masih terbayang bayang abang Acun yang sungguh baik pada kami adik adik pupunya yang bertiga sewaktu itu; kakakku, aku dan adik lelakiku.Di antara kami bertiga, akulah yang paling rapat sekali dengan abang Acun.

Bila aku dah pandai naik basikal, aku akan mengayuh basikalku sewaktu musim cuti sekolah masuk ke dalam Kampung Tua, rumah Pak Long aku yang terletak jauh ke pedalaman kawasan perkampungan sawah padi di Semanggol itu. Waktu itu pula, jalanraya masuk ke perkampungan itu masih tiada. Yang ada hanyalah lorong lorong yang di buat daripada kepingan simen selebar lebih kurang 3 kaki untuk laluan pejalan kaki, basikal ataupun motosikal. Laluan itu hanya boleh lalu satu kenderaan sahaja. Sekiranya terdapat kenderaan motosikal yang membawa seguni padi, maka kenderaan basikal perlu mengalah, berginjak ke tepi belukar atau tepi tepi parit / tali air yang terdapat di kedua dua belah laluan itu. Berbasikal di laluan ini agak mencabar sebabnya tersilap imbangan maka anda akan terjunam masuk ke dalam parit tali air samada di kiri atau kanan lorong.

Tapi perjalanan yang jauh ke pedalaman Kampung Tua itu tidak menjadi masalah buatku. Ianya bagaikan satu adventure bagi kanak kanak yang agak 'tak dok diam' ketika itu. Kadang kadang bila aku ke rumah Pak Long itu, aku akan bermalam semalam dua. Maklumlah, Pak Long tak ramai anak. Hanya dua orang saja anaknya. Kak Mimah yang sulong dan Abang Acun yang bongsu.Sewaktu aku bersekolah rendah, Kak Mimah dah ke Maktab Perguruan Islam, di Kuala Lumpur. Abang Acun pula dah ke sekolah menengah di Izuddin, Ipoh.

Abang Acun memang budak cerdik sewaktu bersekolah rendah. Kalau tak disebabkan Englishnya yang dapat 'D' sewaktu penilaian darjah 5, pastinya dia dah ke sekolah asrama penuh. Tapi Mak Long dan Pak Long tak kisah. Dengan pencapaian 4A 1D dalam penilaian darjah lima, Abang Acun ke sekolah Izuddin Shah di Ipoh. Abang Acun memang mempunyai otak yang bijak. Dia memang suka membaca. Seingat aku, perangai gemar membaca aku sedikit sebanyak adalah atas dorongan dan galakan dari abang Acun juga.

Abang Acun seorang yang pandai mencari wang saku. Dengan wang saku yang diperolehinya dengan menjual buah buahan tanaman sendiri seperti limau manis, buah stag, jeruk cermai, mempelam telog, jambu air dan sebagainya dia tabungkan untuk membeli keperluannya. Dia juga rajin berkebun sayur bersama Mak Long dan Pak Long. Disamping itu juga Abang Acun rajin membela ayam dan itik. Kegemarannnya membela ayam dan itik juga telah berpindah menjadi kegemaran aku selepas kematian abang Acun.

Dengan wang saku yang dikumpulnya, abang Acun akan membeli majalah kanak kanak yang aku gemari sewaktu dulu, Bujal dan Bambino. Dia juga rajin membeli Utusan Kanak Kanak. Setiap bulan dia akan pastikan aku dapat membaca majalah Dewan Pelajar juga. Komik dan majalah majalah ini adalah daya tarikan utama aku untuk berkunjung ke rumah Pak Long dan Mak Long.
Sewaktu musim cuti sekolah perkara yang paling aku suka ialah abang Acun akan bawa aku naik basikal keliling kampung serta terus ke pekan Simpang Empat untuk belanja ais kacang dan laksa.

Tapi itu semua kenangan manis yang telah berlalu pergi. Abang Acun menderita selama 3 bulan. Tiga bulan abang Acun terlantar di pembaringan. Seorang remaja yang mempunyai cita cita besar yang akhirnya dipanggil Pencipta. Aku sering terdengar dengar antara kata kata akhirnya.."Ni dah berapa kali tak pergi solat Jumaat ni...". Aku kagum dengan abang Acun kerana adalah sukar mencari remaja lelaki yang benar benar menjaga solatnya. Dan yang paling mengharukan aku, sewaktu hari kematiannya kawan kawan abang Acun datang satu bas dari sekolah Izuddin, Ipoh.

Semoga Allah merahmati rohmu...Amiin.

Filem Hidustan??..Tolong ler..

Salam,

Aku adalah antara rakyat Malaysia yang tak minat cerita Hidustan. Aku tak tau pasai apa..Gamaknya aku ni jenis kuat cemburu kut. Aku cemburu sebab pelakon pelakon Hindustan tu lawa lawa belaka..Tu kalau yang actress nya lah. Dan kalau actornya pulak mestilah hensem hensem belaka. (hensem sangat ke??)
Entahlah..Aku tak cair sikit pun nengok rupa paras lelaki macam Shah rukh khan tu..atau juga Salman Khan.

Dari sewaktu remaja lagi, aku memang letih kalau tengok cerita Hindustan. Minta maaf..Jalan cerita meleret leret. Nyanyi melarat larat..Nangis pula macam hujan lebat kat Taiping. Baju pelakon nya..ahhh toksah cerita la..tapinyer ending predictable! Kalau tak dak tumbuk tumbuk bunyi desyum desyum, bukan cerita Hindustan. Kalau tak dak ragas keretapi, lari sana lari sini bukan cerita Hindustan. Kalau tak dak bergolek sana, berguling sini, itu pun bukan cerita Hindustan. Sebab ending predictable, aku jadi tak minat nak tonton cerita macam ni. Tak dak unsur suspense langsung. Hero, heroin sekadar menghidang muka dan badan depa untuk tontonan..Itu jer yang menjadi daya tarikan orang. Aku rasa la. Aaahh..tadak apa la..

Pun begitu, yang lawaknya ada pula peminat setia yang kemaruk cinta gila ngan cerita Hindustan boleh bagi gelaran Dato pada pelakon Hindustan. Berjasa benarkah si pelakon tu??..

mak aih...ish ish ish..

kat malaysia gamaknya la ni, nak dapat gelaran Dato' kena guling guling, golek golek, buka buka baju, tayang dada macam hero Hindustan kut... Kut la??

Tsk Tsk tsk...awat teruk sangat?

Wednesday, October 15, 2008

Imbuhan 'ter'

Salam,

Salah satu daripada makna imbuhan 'ter' membawa maksud perbuatan yang tidak disengajakan.

Contoh ayat : Kambing Along tertelan biji durian.
Lagi contoh ayat : Air oren tertumpah di atas meja.
Dan lagi satu contoh ayat : Hidayah termakan sekeping coklat sedangkan dia berpuasa.

Eh! Contoh ayat yang last sekali tu bukan sekadar contoh tau. Ianya benar benar berlaku. Waktu dok berpuasa enam di bulan Syawal ni, kadang kadang kejadian 'ter' macam tu pun mungkin akan berulang semula. Tapi yang pasti, semua itu REJEKI, bukan?

Kejadian termakan sekeping coklat sewaktu sedang berpuasa Ramadhan ini berlaku sewaktu aku menuntut di luar negara. Kebetulan, aku ni memang penggemar sejenis coklat bar. Nama coklat ni 'Barnone'; produk Hershey. Rasa coklat ni tak la manis sangat sebab banyak susu. Coklat yang mempunyai kekacang dan wafer ini sangat aku sukai. Harganya sewaktu itu sekitar USD 0.60 cent sahaja.( more or less..aku tak ingat tapi memang tak sampai 1 dolar)

Suatu malam di bulan puasa, selepas habis terawih, aku pun pergi ke 7 eleven di kampus aku tu untuk menghilangkan kemaruk, nak makan 'barnone' ini. Memang tebiat buruk aku yang gemar mengunyah coklat sewaktu study ini, tak dapat aku hilangkan sampai sekarang. (bahaya ni..sebab keturunan sebelah ayah aku semuanya kena diabetes...) Lagi tekun aku study, lagi banyak lah coklat yang aku akan makan. Apasal tak tahu...

Maka, pada malam itu, setelah 'barnone' dibeli, aku pun membawa diri study di computer lab sambil mengunyah ngunyah 'barnone' sedikit demi sedikit. Sewaktu itu aku memakai light jacket yang sesuai dengan musim (winter dah nak ke spring). Setelah separuh 'barnone' aku makan, maka aku bungkuskannya kembali dan masukkannya ke dalam poket light jacket musim 'spring' aku tu sebagai bekalan kononnya bila balik rumah nak sambung study lagi. Nak tahu apa jadi selepas itu?

Ha ha..

Keesokkan harinya, pepagi lagi, sewaktu di dalam kelas engine, aku terasa mengantuk dan agak lapar. Of coz la..bulan puasa. Tapi kalau nengok kan persekitaran, kita tak rasa macam bulan puasa. Sebabnya, mat salleh, minah salleh, pak itam, mak itam dan rakan rakan vietnam, China, India, dan students foreigner yang nonmuslim makan minum macam biasa. In fact, ada sorang mat Salleh kawan sekelas aku ni bawa secawan kopi yang harum mewangi masuk minum dalam kelas pepagi hari lagi. Dan aku ni pula, entah macamana terseluk tangan masuk dalam poket light jacket aku..

AHA! Ada separuh coklat aku yang masih tidak dimakan lagi. Oleh kerana perut aku terasa lapar dan aku pula tak teringat langsung yang aku sedang berpuasa, maka aku selamba dek jer makan semua coklat itu sampai habis. Tak de pula rakan keliling yang nak menegur sebab semuanya nonmuslim..

Bilakah masanya aku tersedar yang aku makan sedangkan aku berpuasa?

Time aku balik rumah, zohor...

Coklat pun dah belayar masuk perut sedap dah...buat macamana..
ITU LAH REJEKI namanya..




Rumah tertutup!

Salam,

Orang lain sibuk buat rumah terbuka weekend lepas. Aku pula buat 'rumah tertutup'. Sebab musababnya ialah aku kena tarik urat kat bahu ngan tengkok. Gamaknya dok study hard sangat..Tension..

Eh! Siapa yang nak ambik periksa ni? Aku ke atau anak??

Lagipun aku tak mau ada gangguan, kacau bilau, bising bising time anak aku dok berasap ( walaupun tak dak kemiyan yang kena bakar ) time dekat dekat exam.
Pun begitu masih ada juga adik beradik sukut sakat suami aku yang datang berkunjung pada malam Ahad lalu..Kesian jugak la kat anak aku tu. Adik ipar aku ni ada dua orang anak jer..Tapi mencak main ngan anak anak aku yang tak ambik periksa dari pukul 8pm sampai pukul 10pm..

BERASAP JUGAK le si anak no 2 aku tu..SABOR je le Maryam ye..

Anak aku yang no 2 ni juga tak pergi berkunjung ke mana mana weekend lepas. Aku memang larang dia pergi dan dia juga tak akan pergi. Takut takut juga nanti ,ada hidangan rumah terbuka yang dah tak sesuai dimakan. Manalah tahu...buat nye cirit birit pula..kacau jer!
So aku prefer dia dok rumah, makan nasi panas ala kadar jer. Kalau telur goreng mata pun, jadilah, asalkan tak sakit perut.

Dan weekend nak mai ni, hah! anak aku yang PMR ni dah kira merdeka, walaupun adik adik dia pula akan menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun minggu depan ni.

Anak no 2 cakap, dia nak round habis habisan weekend ini..
Hmmm..nak pergi mana agaknya tu?

By the way, malam Sabtu nak mai ni, 18hb Oktober ni, penduduk pinggiran Assobah buat keraian hariraya. Aku pula diWAJIBkan memasak mee goreng 3 bungkus sebagai potluck dari keluarga kami. Hidangan 'potluck' ini dah menjadi rutin saban tahun..Tinggal lagi yang menentukan 'siapa masak apa' tu, adalah dibawah penentuan dari AJK. Best gak dapat jumpa jumpa jiran tetangga macam ni. Paling kurang dapat le bermaaf maafan kalau ada terguris hati sesama jiran tetangga.

Al maklum..kitakan manusia biasa belaka..

Friday, October 10, 2008

Lagu Negeri Perlis..



Salam,

Sebelum entry ni, aku dah bok keluag senikata lagu sekolah. Ni nak habag mai, waktu perhimpunan Hari Ahad (dulu Perlis sekolah dari hari Ahad sampai Khamis..Jumaat dan Sabtu cuti--entah mangkuk ayun mana pi tukag buat Jumaat hari sekolah tah!) kat sekolah aku, kami juga kena nyanyi lagu negeri Peghelih.

Aku asal Perak. Anak Perak..tapi lagu negeri Perak aku tak tau!!He he..
Aku juga dah dok Selangor hampir 13 tahun..lagu negeri Selangor???Jangan tanya!

Kat sekolah rendah, kami nyanyi lagu Negaraku saja..tarak iringan piano piano aih...Yang bagus tentang sekolah rendah aku kat Semanggol tu, kami ada baca doa sebelum belajag lebih kurang macam yang aku dok ajark anak anak tadika aku ni tiap tiap pagi berhimpun. Tapi doa tu selalunya dibacakan oleh Ketua Murid. Masa aku darjah 6, Ketua Murid, kawan aku tu nama dia Mohd Azmi b Johari.( dia ni pi UK lepas SPM- aku rasa dah jadi engineer dah kut, wallahu alam)

Mana aku pi ni...nostalgik melalut..Oh ya, lagu negeri Peghelih!

Trrrr...rrr rrrr
(patutnya drum marching band jer sesuai ngan lagu ni sebab slow habis..)

" Aminnnnnn.....Aminnnn Ya Rabbal Jalil,
Doa...Hamba....Yang sangat zalil...
Tinggikan daulat serta 'adil....
Kekal, perintah...Jamalullaill...."

dah habis dah...takat tu jer lagu ni, serangkap jer!

Kembara di bumi asing..

Salam,



Sebelum entry ni, aku pernah menceritakan tentang situasi aku sewaktu pertama kali beraya di perantauan. Entry kali ni pulak aku nak ceritakan tentang kembara aku ke bumi asing yang bernama USA.



Sebelum ni jugak, aku ada menceritakan tentang kunjungan raya aku ke tempat yang bernama Evansville, Indiana. Tempat itu adalah tempat kawan sekolah lama aku berkelana mencari ilmu. Aku sewaktu di USA, tinggal di kota Metropolitan, Chicago, Illinois. Chicago ini dikenali dengan nama jolokan atau nicknamed "Windy City". Apasal dapat nama tu? Sebab Chicago memang BER Angin. Bandaraya ini terletak betul betul di tepi Tasik Michigan. Oleh sebab itu, Tasik Michigan yang melaut ini banyak mempengaruhi angin, suhu dan keadaan cuaca bandaraya ini.



Waktu aku belajar geografi masa form 5, aku selalu berangan nak pi ke Tasik Michigan ni. Aku dok berangan nak pi tempat yang ada salji..Konon konon nak pi buat ais kepal kat tengah salji tu. Buat ais kepal taruh sirap dan hirup air kepal tu macam zaman kanak kanak aku. Aku memang tak sangka, Allah punya kuasa, dikabulkan angan angan aku tu..Ish memang aku tak sangka. Ingat kut dok angan angan macam Mat Jenin saja...



Tapi aku tak pula laksanakan angan angan untuk membuat gumpalan ais kepal dan taruh sirap ! Setakat main ngan kengkawan serumah, jakun dan peghak ngan salji buat perang, baling snowballs..



-----------------------------------------------------------

Tak silap aku, keberangkatan aku ke bumi Amerika ialah pada akhir bulan Disember 1987. Masa tu masih winter. Aku dinasihatkan untuk membawa kot tebal dari Malaysia lagi sebab Chicago mungkin bersalji waktu itu. Dan memang sahlah sebaik sahaja aku tiba dari St Louis seorang diri, aku diraikan oleh keputihan mutiara salji yang turun di Chicago.



Rumah waktu aku mula mula tinggal ialah 240 W33rd St. Bila sebut 33rd st di bandar Chicago, orang akan tau kedudukannya memang 2 blok saja dari 35th st. 35th street pula adalah permulaan trademark area bagi kediaman bangsa kulit hitam atau blacks atau African American..

Selepas 35th downward atau towards SOUTH..area ini didiami oleh mostly 99.9 percent African American.



Rumah aku ke arah west sikit, betul betul berhadapan dengan Chicago White Sox punya stadium. Apa pula Chicago White Sox ni? CWS ni adalah pasukan baseball Chicago dalam American League. Hah..kalau nak tahu CWS, kenalah ambil tahu pasal baseball games kat USA.

Demikianlah sedikit sebanyak permulaan cerita aku dalam tajuk kembara di bumi asing ini. Harapan aku agar aku rajin rajin menulis lagi supaya tajuk ini ada kesinambungannya...

Wassalam.



Lagu sekolah aku..

Salam..

Ada 3 buah sekolah yang aku telah pergi dan dikehendaki memakai pakaian seragam.

1) Sekolah Kebangsaan Batu Gajah, Perak.
(1974-May 1975)
2)Sekolah Kebangsaan Gunong Semanggol, Perak
( 1975-1979)
3)Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis
(1980-1984)

Aku juga belajar di Maahad Ihya' El-Syariff, Gunong Semanggol, tetapi sekolah tu tak mengkehendaki aku memakai pakaian seragam kerana kelas yang dibuka untuk anak anak sekolah rendah sewaktu itu adalah kelas Fardhu Ain.

Aku juga telah melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi sehingga ke luar negara tapi perkataan pakaian seragam langsung tak wujud di 'sekolah' aku tu..

Entah macamana teringat pula aku pada lagu sekolah aku..Lagu sekolah menengah, of coz. Sekolah rendah pula? Seingat aku tiada lagu sekolah..errr tak seperti di sekolah rendah anak anak aku sekarang.

Nak tahu senikata lagu sekolah aku?

....ter ter..teng teng..teneng neng..( tak, tak, ini bukan senikatanya..ini intro piano yang selalunya dimainkan oleh Puan Lucy sewaktu perhimpunan di Dewan Sri Pulai)

" Kami penuntut semua. Berbagai turunan bangsa..
Datang dari rata rata, bumi Malaysia tercinta.

Prinsip Rukun Negara, menjadi pegangan kami..
Berkat tekun usha jaya, Rukun Sains Teknologi.

Maju SMTSP !( students lelaki)
Harum SMTSP ! (students pompuan)
Selama lamanya..(both)

Kamikan berjanji (students lelaki)
Tekun dan berusha (students pompuan)
Moga berjaya..(both)

Prinsip Rukun Negara, menjadi pegangan kami
Berkat tekun usha jaya, Teguh semangat berbakti!!

Apasal pulak teringat kat lagu sekolah ni? Mungkin selepas ini entry aku akan banyak menceritakan kisah kisah di sekolah aku..



Wednesday, October 08, 2008

Kalau la toilet tu boleh bercakap..


Salam,

Bila entry Orang kecil Orang Besar cerita dan komen pasal toilet yang nak di bina kat London (sempena OLIMPIK 2012) sana tak akan mengadap Kiblat maka teringat aku sebuah cerpen yang aku pernah baca entah kat magazine mana dan tak tahu siapa pengarangnya; hanya tajuknya saja aku ingat; VILLA CINTA.

Cerita pendek ini mengisah seorang anak yang dah berjawatan tinggi, berkereta mewah, berduit, membina sebuah rumah besar baru di atas bukit. Kemudian dia menjemput ayahnya, seorang tua yang tidak punya apa apa untuk tinggal bersama di rumahnya; VILLA CINTA. Ceritanya ringkas tetapi menarik dengan berkesudahan ayahnya cepat cepat meminta di hantar semula ke kampung,( tak jadi tinggal bersama anak kerana tak sanggup nak bertinggung membuang air besar mengadap kiblat) kerana VILLA CINTA yang gah dibina oleh anaknya itu mempunyai tandas betul betul menghala kiblat.

Cerita ini mempunyai iktibarnya: Bila ada duit, buat rumah besau besau, jangan buat rumah yang toiletnya mengakibatkan penggunanya terpaksa menghadap kiblat bila berhajat !

Itu ADAB dan tata susila kat tandas! Jangan tak tahu..

----------------------------------------------------------------

Itu satu hal la..
Errr..ada yang tengah makan makan ke sambil baca my entry ni?
Maaf le ye..cerita pasal toilet pulak!

Hal yang lain pulak, bila dah ada tandas, pastikan tandas itu digunakan dengan betul dan tahu pulak nak mencuci dan membersihkannya kerana kebanyakan tandas samada awam, ofis atau hakmilik sendiri kat rumah, bukanlah exclusively, kita sorang yang gunakan..

Ni nak cerita sikit pasal sekolah lama aku dulu punya tandas.

-----------------------------------------------------------------

Kalau kawan kawan aku baca entry ni, yang dok kat sekolah Sains Peghelih dari tahun 1980-1984 mesti agree punyalah dengan aku punya komen ni.
Sekolah aku dulu punya toilet, kalau boleh bercakap, dia dah menjerit melalak minta tolong dibaiki, dicuci, dibersih, dibubuh clorox segelen dua!
Punya kotog, bau dia dari jauh dah ketahuan dah..

Tak kira toilet kat kawasan kelas ka, kat hostel girls ka..(hostel boys pun aku rasa sama jer..)
Apa punya habit tak tau..
Dah la students..(mungkin termasuk aku la..dah aku terpalit masuk senarai students kat situ gak..) kurang jaga kebersihan, management sekolah pula tak ambik hirau sangat mana mana toilet yang dah rosak, lingkup, jahanam ..

Girls punya toilet kat kawasan kelas, menyedihkan. Kami kalau lepas P.E dulu selalu curi curi masuk hostel walaupun dilarang..sebabnya nak salin pakaian kat toilet di kawasan kelas..errr geli kaki nak masuk.
Lantai licin, berdanog, sinki pecah ..air dok keluag sana sini..toilet satu habog pun tak boleh digunakan..Mostly tersumbat!UWEEKK...

Mula mula aku masuk sekolah tu, aku menangis bukan sebab apa..bukan sebab rindu kat mak ayah ke apa..dak aih..sebab toilet punya pasal.

Ayag dah la selalu tak dak..Tingkat atas sekali ayag tak naik. 2nd floor pun tak boleh sebab pressure tak membolehkan air sampai..Students dok berpusu pusu kat toilet tingkas satu ngan bawah sekali.
Kut semua toilet bersih, comel takpa gak..Ini kalau satu row tu ada 10 toilet..paling kurang 4 atau 5 tersumbat!!Najis melimpah atau terapung!!AAAAHHH...

Aku bab toilet macam ni memang paling aku ngeri! Jadi macam phobia pulak..
Sampai la sekarang..

------------------------------------------------------------

Tu belum cakap pasai toilet kat masjid masjid atau surau lagi tu..
Tension bangat kalau pi masjid lawa lawa, tup tup bila nak berhajat dan berwuduk, toilet se ngeri toilet sekolah aku dulu...

Syukur alhamdulillah, toilet surau Assobah tak seperti gambaran kengerian toilet sekolah lama aku..

Bagus juga dapat To' Siak dari Melaka ni..PRIHATIN!!..

( sikit hari aku nak round masjid kat Melaka pula...kalau kat Kelantan, Trengganu, Kedah, Perak tu aku sedia maklum le jugak..certain masjid , nampak gah..tapi toilet!!AAAAAAHHHHHH.....rasa dikutuk?..fakta!)






Tuesday, October 07, 2008

Upin dan Ipin

Salam,

Tahniah diucapkan pada mereka yang produce rancangan ni. Aku tak tahu kenapa....anak anak kecil di Aulad akan sunyi senyap bila pasang VCD cerita UPIN dan IPIN ni.

Bagi aku, jalan cerita UPIN dan IPIN ni menarik. Mantap.Bersahaja.Sesuai untuk tontonan kanak kanak.

Well..It is a hit!!

Yang bestnya, balik raya pun jadi hit la cerita UPIN dan IPIN ni among my anak sedara. Dari sebesar 17 tahun ( sebab anak sedara aku yang besar sekali umur 17) hinggalah sekecil kecilnya..errrr eh! yang kecil sekali so far anak aku..1 tahun 3 bulan.

Siapa buat ye cerita ni??

Tahun depan kena buat lagi la..tapi yang tak bestnya, aku tak pernah tengok time dekat buka puasa tu..
SIBUK kat DAPUR daaa...

tambah tambah setakat 5 minit jer siarannya.Asyik terlepas lah..
Well..tahniah sekali lagi diucapkan pada tukang buat...