Monday, September 29, 2008

Beraya di perantauan..



Salam,

Aku besa beraya kat obersi 3 tahun. Waktu tu aku belajag kat sana. Posa kat sana kalau musim panas memang letih..(bebudak sana kata la). Tapi waktu aku dok kat sana, tak silap aku, bulan posa mostly waktu spring. Musim bunga..jadi tak la letih sangat aku puasa. Siang tak la panas sangat. Cuaca elok elok jer..

Dalam tahun pertama aku di sana, 1988, aku pi beraya ke rumah kawan sekolah lama aku kat Evansville, di Indiana. Entah berapa jauh dari Chicago..aku tak ingat. Tapi sebaik saja habis semester spring 1988 tu, dah dekat dekat nak raya. Kebetulan cuti pulak. Aku terus saja naik bas Greyhound sorang diri ala ala balik kampung turun ke Indiana.

Seronok juga dapat naik bas ala ala balik kampung. Tapi yang tak best nya, tiap kali bas tu berhenti singgah makan, aku dok telan ayag liog sebab masih berpuasa. Sampai pakcik omputih drebar bas tu heran tengok aku tak makan makan atau minum sepanjang perjalanan. Asyik mengholoh tidog jer. Bila dia tanya; "Why don't you eat something?" or "Don't you want to have something to eat"..aku senggih jer..
Aku jawab; "I am fasting".. tapi entah kenapa Pakcik ni masih tak faham faham, setiap kali berhenti, dia masih tanya aku nak minum ke tidak. Rupanya concerned juga pakcik Omputih ni. Jangan la dok kata omputih ni semuanya tak elok. Ada yang akhlak dan keperihatinan mereka lebih baik dari kita orang orang Melayu.

Oh ya..sebab apa pakcik drebar ni asyik tanya aku nak minum ke tidak, atau nak makan ke tidak...sebabnya aku dok belakang drebar waktu naik bas tu so dia tau aku tak turun makan melainkan pi toilet buang air ngan ambik wudu' solat atas bas..

Naik bas ke Evansville tu agak lama juga. Bas pulak tak dibawa laju macam bas express kat Malaysia ni. 9 jam aku tersadai dalam bas. Boring nak mampuih..Takdak tv. Takdak radio. Bas pulak singgah merata cherok. Lagu tu la bas depa ambik penumpang. Singgah merata..Aku sampai di Evansville dekat dekat nak waktu bukak posa. Pegrhhh..Kematu rasa pungkog dok lama sangat dalam bas. Boring sebab tak dak teman nak sembang. Yang ada cuma pakcik drebar bas tu jer sekali sekala.

Mujurk kawan aku dah masak sedap sedap bila saja aku sampai..Tengok dah ada nasi ayam, kawan aku masak. Ada juga puding jagung..Wah..apa lagi, masuk waktu buka posa jer, aku tibai sakan.

Aku sempat berpuasa 2 hari kat rumah kawan aku tu. Lepas tu kami beraya. Kakak kakak serumah kawan aku tu siap buat kuih muih dan kek untuk sambut raya. Aku tak ingat ada ketupat nasi atau tidak. Rendang ada atau tidak tak penting..Tapi kami bersolat raya di satu rumah. Semua budak Melayu berkumpul di situ untuk solat raya. Lepas solat, kami beraya. Kunjung sana, kunjung sini. Kira round semua rumah students.

Wah..masing masing buat juadah hebat hebat. Yang Kelantan dengan nasi kerabunya..Yang Johor, dengan laksa johornya..yang Penang dengan laksa penangnya..siap ada yang buat sate lagi.

Macamana dapat bahan?? Dan macamana depa buat??..mengikut kreativiti masing masing la..Dah nama pun di perantauan. Pandai pandai la buat. Sedap atau tidak, belakang kira..Semuanya students. Tak sedap pun kami tibai. Kalau sedap, tambah lebih sikit. Bukan senang nak dapat makan macam ni. Sekali sekala jer.

Memanglah tak boleh dibandingkan dengan masakan ibu di kampung. Tapi apakan daya. Dah merantau mencari ilmu..Begitulah seadanya..


Dan itulah kisah tahun pertama aku beraya di perantauan.



7 comments:

HAJJAH LATIFAH HANIM BINTI HAJI MUIN said...

Kakpah merasa beraya dua tahun di Penn State. Masa tu summer. Mula puasa pukul tiga pagi, berbuka pukul sepuluh malam. Dah kira kebuloq abih dah.

hidayah said...

he he..kira macam upin dan ipin la kut...

Cikgooden ...(Selumbar Emas). said...

baghu rasa nak komen..ha ha ha!

syok ha...baca cerita kak.

tahun depan..insyaAllah, mungkin saya dok bangi jugak...

hidayah said...

Dearest cikgooden, hang sambung belajag ka kat bangi? selamat datang..kut sambung belajag..belajag rajin rajin...tengok baju you all sekeluarga macam sedondon je ngan kami sekeluarga tahun ni..

lukmanw@gmail.com said...

Ini tips kalau nak elak terpegang anjing di oversea. Jgn cakap tak boleh pegang (haram) anjing yg depa bawa berjalan atau naik bas/train/etc sbb hukum. Mesti depa marah! Buat-buat nak bersin dan excuse kata alergic, mesti depa sungguh-sungguh minta maaf dan bawa anjing depa pi jauh-jauh.

Kena pandai "auta" sikit dgn Mat Salleh ini pasai hukum-hakam.

Lukman

hidayah said...

Kat Chicago dulu tak pernah terserempak lak ngan orang bawa anjing naik train..Mungkin jarang jarang la depa nak bawa anjing naik T. Tapi kalau kat Park ( saya dok kat depan Hyde Park (Stadium Baseball-Chicago White sox) punya taman..memang letih jumpa anjing especially time summer...

Cikgooden ...(Selumbar Emas). said...

sambung blajaq haaa...