Wednesday, September 24, 2008

Libang libong..

Cerita yang aku nak sampaikan kat hangpa semua adalah sebuah cerita rekaan semata mata tapi mungkin pernah dilalui oleh hangpa juga..

Di dalam sebuah kampung ada sebuah rumah yang didiami oleh seorang makcik dan keluarganya. Makcik ni namanya Makcik Piah. Makcik Piah sangat terkenal di seluruh kampungnya. Bukan terkenal kerana kecantikkannya sebab dia bukanlah lawa mana pun, bukan juga terkenal sebab kebecokan mulutnya sebab makcik ni agak tak ramah, bukan bukan bukan..... akan tetapi makcik ini terkenal dek kerana kebakhilannya..kira macam kelaku Hj Bakhil dalam cerita P Ramlee lah gamaknya..

Makcik Piah ini sungguh berhati hati dengan hartanya. Setiap sen yang dibelanjakannya akan dicatitkan dalam buku kecil yang sering dibawanya ke sana dan ke mari. Aku kata setiap sen makna kata sekupang ka, dua kupang ke, kalau dia beli apa apa pasti dia catit..Kira baguih juga makcik ni sebab dia boleh jadi meticulous accountant tau..
Buku kecilnya itu sentiasa berada disisinya saban waktu.

Makcik Piah ini kerjanya taklah begitu susah, kerjanya hanyalah menjual kelapa. Dia mempunyai ladang kelapa yang agak luas kira kira 3 ekar. Kiranya jadi towkey jual kelapa la..Ada kelapa tua yang dijualnya untuk santan. Ada juga kelapa muda yang dijualnya untuk air kelapa.

Tetapi apa yang buat dia terkenal ialah perangainya yang susah nak berlebih kurang. Kalau dengan duitnya susah sangat nak dilebihkan sikit pada pekerjanya. Kalau pekerjanya bekerja lebih masa mengutip buah buah kelapanya, gaji yang diberikan tetap sama.

Kadangkala pekerjanya merungut juga..keringat peluh mengalir keluar..letih penat tak dihargai..Buah buah kelapa yang berlebihan tak terjual juga, tak diberikan walau sedikit pun pada sesiapa sebaliknya katanya hendak dibuat benih..Kepada pekerjanya juga tak diberikan..memang albakhil bt kedekut benarlah si Makcik Piah ni.

Makcik Piah tak mempunyai ramai anak tetapi mempunyai agak ramai cucu. Tetapi anak anak makcik Piah yang bertiga itu pun sudah masak benar akan perangai makcik Piah. Cucu cucunya pun sudah maklum benar dengan perangainya yang amat berkira.

Pada satu hari raya, Makcik Piah pernah memasak dua ketul nasi impit dan sejemput kuah kacang untuk dini'matinya seorang diri. Dia tak peduli untuk memasak atau menjamu anak anak dan cucu cucunya. Pada hari raya makcik Piah lebih senang menutup pintu dan mematikan diri seorang diri dari kunjungi oleh anak anak jiran kelilingnya.

"Menyusahkan.."katanya.
"Budak budak ni nak duit raya ja..Bukan nak mai makan.Habis duit aku nanti.."katanya lagi.

Anak anak dan cucu cucu Makcik Piah juga tidak senang dengan perangai sombong lagi kedekut Makcik Piah ini tapi alangkah malangnya mereka terpaksa menghadapi kerenah ibu mereka sendiri.

Entah macamana nak dijadikan cerita..suatu hari Makcik Piah jatuh sakit. Sakitnya pula menyebabkan dia terpaksa dibawa ke hospital. Maka melolong lolong lah Makcik Piah ni tak nak dihantar ke rumah sakit.

" Aku tak nak mati kat hospital. Aku tak nak pergi hospital..Menyusahkan aku..Siapa nak jaga rumah aku.." jerit makcik Piah pada anak anaknya.

Setelah puas dipujuk oleh anak anaknya maka mereka mengambil keputusan untuk menjaga Makcik Piah sendiri. Tetapi makcik Piah terpaksalah mengikut salah seorang dari mereka ke rumah anaknya.

Walaupun bersungut, makcik Piah akhirnya bersetuju untuk dijaga buat sementara waktu di salah sebuah rumah anaknya.
Maka dikemaskan barang barangnya sehingga pelik benar anak anaknya melihat diri Makcik Piah. Dikemasnya barang barangnya seolah olah nak diangkut semua harta benda yang berada di rumahnya itu ke rumah anaknya.
Maka ditanya oleh anaknya,

"Mak ni nak pindah terus ke atau nak dok sat jer kat rumah kami?"
"Aku nak dok 3 hari ja.." jawab makcik Piah.
"Habis tu, awat yang mak berkemas semua barang mak macam nak pindah semuanya sekali?" tanya anaknya lagi.
"Aku takut sat lagi ada pencuri ka sapa ka ambik barang aku..Ni semua ada harga belaka ni.."

Terdiam anak makcik Piah..

"Mak toksah la dok angkut semua barang barang tu..Takkan talam, pinggang mangkuk pun mak nak angkut..Nak letak kat mana kat rumah saya tu..Mak berkemas baju sudah lah."

Setelah puas memujuk makcik Piah maka dibawalah serba sedikit bajunya tetapi puaslah anak anaknya mendengar rungutan dan bebelan makcik Piah yang sayangkan hartanya itu.

Tibalah saat anak anaknya mengangkut barangan ke dalam kereta pula. Ada satu beg makcik Piah beratnya mengalahkan membawa ketulan batu. Berdeih deih anaknya mengangkat beg yang kecil tapi berat. Rasa macam nak putuih urat belakangnya.

"Apa dalam beg mak tu bang.Berat sangat nampaknya.." tanya si isteri.
"Entahlah..Nanti abang tengok"

Maka dibukalah beg yang berat itu oleh anak makcik Piah tadi. Maka terkejutlah dua suami isteri itu melihatkan apa yang terkandung di dalam beg itu tadi. Didapati oleh kedua duanya, beg itu sarat dipenuhi dengan duit syiling yang berbagai. dari syiling satu sen hinggalah ke syiling RM 1....

Hmmmm....

soalan saya " Adakah anda pun begitu jua?"...



2 comments:

Cikgooden ...(Selumbar Emas). said...

aku tak beduit macam makcik piah...kalau ada, mungkin aku juga sepertinya.Syukur, tuhan tak jadikan aku kaya raya...Cukup mana yang ada.

hidayah said...

Hmm...kaya tak salah...
al bakhilun tu yang tak patut..

Allah Maha Kaya tapi Allah juga Maha Pemurah...

Sabda Rasullullah yang bermaksud
" Tidak masuk syurga orang orang yang bakhil."