Saturday, September 13, 2008

cerita kat Mekah lak..

Salam,

Ini pula adalah cerita yang berlaku kat Mekah yang seakan akan sama ngan cerita makcik jual tapai tadi..cerita ni berlaku pada diriku dan suami.

Aku dan suami pergi ke Mekah buat umrah dalam tahun 2001. Itulah sekali..setakat ini. Haji belum lagi..Entah bila agaknya.. wallahualam..InsyaAllah semoga sempatlah dalam hayatku ini untuk menunaikan rukun Islam yang ke lima itu. Hopefully, biarlah aku pergi di saat aku masih muda dan kuat lagi..

Okay berbalik kepada kisah waktu buat Umrah ini...

Aku mengandungkan anak yang ke..hmmm berapa hmm.. enam waktu tu..Si Raudhah yang kini dah darjah satu. Aku pergi menunaikan umrah bersama dengan suami dan Tok Manis ( nendanya suami aku).

Sewaktu di Mekah, hotel yang kami diami itu terletak di bahagian atas sedikit dari bukit Marwah. Di belakang kawasan deretan kedai emas di kawasan Bukit Marwah.
Berhampiran kedai emas itu juga terdapat kedai menjual roti canai dan teh tarik ala mamak dan juga kedai sup soto bakso kepunyaan orang Endon yang dah lama menetap di kota Mekah.

Di atas daripada kawasan bukit Marwah ini juga terdapat puluhan/ratusan kedai kedai ala bazaar yang menjual berbagai jenis barangan..pakaian, sejaddah, mainan, makanan, alatan keperluan harian dan bermacam macam lagi benda yang datang dari seluruh pelusuk dunia.

Setiap waktu solat kami berdua akan melalui deretan kedai kedai ini. Dan kiranya mataku bersilau melihat banyaknya emas di deretan kedai kedai emas, maka suami aku bertanya padaku..

" Nak ke?"..
dan aku seperti biasa menjawab, " takyah..berabih duit jer.."
walaupun dalam hati aku berkata, " kalau bagi pun, apa salahnya..he he he"

okaylah..dipendekkan cerita..

Sewaktu penghujung hari hari kami di Mekah, barulah terasa hatiku ini untuk membeli pakaian buat anak anak yang kami tinggalkan di rumah nenda mereka di kampungku. Maka suamiku mengajak untuk pergi pada suatu hari selepas solat Asar. Nenda suamiku juga berpesan menyuruh kami berdua belikan sejaddah sehelai dua, tudung sehelai dua untuk di hadiahkan kepada jiran dan saudara maranya.

Jadi selesai sahaja solat Asar, maka kamipun menyusuri deretan kedai dan bazaar yang begitu mengelirukan untuk kami berdua. Aku takut juga sesat di dalam deretan kedai yang begitu banyak itu.

"Hajjah, hajjah, murah murah..sini sini..mari mari.." kata peniaga peniaga Arab, India, Pakistan, Myammar, Afghan yang nampak sahaja kelibat potential customers dari Malaysia...

Eh!sapa kata orang Arab tak tahu cakap Melayu?
Orang yang kata orang Arab Mekah tak tahu cakap Melayu tu, orang yang tak sampai Mekah lagi...kut la..

Dua minggu kami dok kat Mekah dan Madinah, sembang ngan orang Arab yang meniaga.. boleh jer cakap Melayu..Ala, cakap Melayu sekadar pasar la...okay le tu..

Entah macamana kaki kami ni berjalan keluar dan masuk kekedai seolah olah mencari sesuatu barangan. Satu menda pun kami tak beli lagi. Puluhan kedai yang kami lalui tiada satu pun yang kami singgah dan beli..

Aku terdetik juga dalam hati sewaktu itu, suami aku ni apasal.Selalunya dia yang cepat cepat nak beli dan balik. Aku dah tak larat nak berjalan lagi dah..maklumlah aku mengandung enam bulan waktu itu. Rimas aku berjalan jalan dalam deretan kedai yang dipenuhi pelbagai barangan. Dan barangannya pula hampir sama semuanya. Jubah, tudung, sejaddah, kurma, rempah ratus, kismis, minyak zaitun, kacang kacang, etc etc etc..

Hinggalah kaki kami ini berhenti di satu kedai kecil yang tersorok dari laluan utama. Entah bagaimana aku meminta suami aku duduk melepas lelah sebentar..Dan kesempatan itu juga telah menarik seorang peniaga berketurunan Myammar yang boleh bertutur bahasa melayu dengan agak baik.

"Jemput tengok tengok barang Hajjah.. ada jubah ada tudung, ada sejaddah."

Maka suami aku pun meminta keluarkan jubah jubah untuk anak anak. Dibelikannya beberapa helai. Diminta juga dikeluarkan tudung. Dibelikannya beberapa helai. Begitu juga sejaddah...Maka kesemuanya hampir RM 300 dihabiskan di kedai itu sahaja.

"Alhamdulillah" kata peniaga itu.
"Syukran, saya tak dapat jual apa apa hari ini melainkan haji juga orang pertama yang beli di kedai saya. saya sudah solat hajjat waktu zohor tadi tapi tarak siapa datang. Waktu habis solat asar tadi saya doa..Allah kabulkan doa saya" katanya lagi..

"Alhamdulillah..syukran" katanya berkali kali..

terkejut kami mendengarnya...rupa rupanya kami adalah pelanggan pertamanya untuk hari itu. Selepas waktu asar. Bayangkan ..kedainya yang terpencil dan tersorok dari laluan utama itu kami singgahi adalah dek kerana doanya yang tak putus putus selepas solat zohor dan asar...

begitulah doa dan rezeki seorang hamba...

walllahulam..

No comments: