Friday, December 31, 2010

Keunikan tempat ini..


Salam,

Kalau anda ke Bandar Kuching antara tempat tarikan utama yang sering dikunjungi oleh pelancong ialah WATERFRONTnya.
Perkara yang menarik di sini ialah bazaar yang terdapat di sepanjang jalan di Waterfront ini. Bot bot traditional yang menyediakan perkhidmatan cruising di sepanjang sungai dan juga untuk menyeberang sungai Sarawak ini.

Kiranya anda penggemar kek lapis Serawak maka anda boleh mendapati ianya di jual di sepanjang kaki lima bazaar oleh peniaga peniaga kecil yang menjadi agennya. Kebanyakkan kek yang dijual di situ diperolehi dari pembuatnya yang tinggal di kampung seberang sungai Sarawak ini. Kalau kek yang dijual dengan harga RM10 sebiji itu kebanyakannya dibuat dari majerin dan sekiranya dijual dengan harga RM 15 dan ke atas, ianya dibuat dengan menggunakan mentega dan rasanya lebih sedap.

Di bazaar bazaar ini juga terdapat banyak cenderahati yang menggambarkan Sarawak. Antaranya pasu Sarawak, tikarnya, kain kain bercorak Pua Kumbu, beg beg mengkuang, buluh, ukiran dan perabut berasas kayu dan sebagainya.


Add ImageKiranya anda ingin merasai masakan yang enak anda boleh berkunjung ke kedai makan dan merasai Mee Kolok atau Laksa Sarawak atau nasi ayam penyek yang memang terkenal di negeri Sarawak ini.

Anda juga tidak akan dikatakan datang ke bandar Kuching kiranya anda tidak membawa pulang lada hitam atau lada putih serta ikan terubuk masin kerana di sinilah tempat pengeluar utamanya.

hehehe..amacam rencana COTI COTI MESIA kat ataih?
.
.
.
la la la..sempat LAGI TUH!!

Jemput makan kek lapis corak PUA KUMBU!!
hehehe..saja tak nak letak gambar lagi..
1 Januari, boleh?

sekian

3 comments:

Wan Sharif said...

MM nampaknya anda telah berjaya dalam mempromosi coti coti mesia...
saya pun rasa teruja nak pergi cruising di sepanjang sungai dan juga untuk menyeberang sungai Sarawak..
Selamat tahun Baru untuk Ashley and yours..

Gurindam Jiwa said...

Kol berapa kek lapis tuh? ;o) Ni baru balik dr Tasik Cempaka, dok round dgn org JAIS, MPKj, AADK, Unit Amal, ISMA, JIM, Masjid & Surau peghati org sambut tahun baru.... & Tasik Cempaka is clean.
Tempat lain group lain, so tak tau lah.

ASH said...

WS,
Selamat tahun baru juga.

GJ,
Bagus buka tahun baru dengan kerja nahi mungkar..
Ni baru ada masa nak tepek kek lapis..