Thursday, December 16, 2010

Montessori - satu bengkel di IIC

Salam,

Okay adik adik, tuan puan, sedara sedari yang dihormati sekelian.
Hari ini lebih baik kita sembang sembang mender yang bermenafaat, berfaedah, berguna yang mungkin dapat di apply kan pada kehidupan kita sehari hari dalam menangani anak anak kecil.

Kalau tak der anak kecil cammaner?
Korang kutip la tips tips ini bagi menangani cucu cucu kecil di masa akan datang.
Kalau anak kecil tak der, cucu pun tak nampak batang hidung lagi?
.
.
.
......ehhhhh banyak tanya pulak!!

APA APA YANG BERMENAFAAT TU SHARE LE DENGAN ORANG YANG ADA ANAK atau CUCU KECIL KECILAN!
HAIYAAAAA!!
ish ish ish..
kan dah kena ngan aku..
oopppss...tak aku tak marah...
KASI gempark.
NGANTUK pepagi ni weh!
.
.
.
Okay jom kita belajor sekejap.


First of all, dari mana asal usul perkataan MONTESSORI? cara nak cakap perkataan tu ialah MONtuhSORE-ee.
Asalnya ialah daripada nama seorang doktor di Itali yang mana dia adalah wanita pertama yang menjadi seorang doktor di sana,Dr Maria Montessori.
Sebenarnya Dr Maria ini ialah seorang engineer tetapi sangat suka akan pelajaran BIO dan SCIENCE lalu dia telah belajar ilmu kedoktoran setelah mendapat degree dalam engineering. Kemudian apabila lulus dalam bidang perubatan ini, dia ditempatkan sebagai pembantu doktor di sebuah hospital bagi kanak kanak TERENCAT AKAL atau kita panggil DOWN SYNDROM.
Di hospital inilah dia membuat kajian dan experiment lalu terhasillah satu kaedah pembelajaran dan suasana untuk kanak kanak ISTIMEWA di mana hasil pembelajarannya sama taraf dengan kanak kanak biasa yang NORMAL.

Kaedah dan suasana pembelajaran yang dibentuk dan dihasilkan ini akhir menjadi KAEDAH MONTESSORI yang digunapakai di kebanyakan child center di Rome seterusnya berkembang ke seluruh dunia.

Okay?

....dan oleh kerana aku dihantar untuk menyertai BENGKEL CARA PEMBELAJARAN ini oleh Boss aku, KAKPAH AULAD, maka dapatlah aku sikit sebanyak ilmu KAEDAH MONTESSORI ini..( aku rasa ilmu yang diperolehi dalam masa sehari itu TERAMATLAH CIPUUUUUTNYA dan kalau nak tambah, kenalah ambik SIJIL yang memakan masa 7 minggu atau degree dalam bidang ini)

Gambar kat bawah ini ialah lecturer aku waktu bengkel SEHARI SUNTUK itu.
Madam Seema Majid, berasal dari Kashmir.
Muka dia sebijik macam kawan aku kat US, si Forough, Iranian woman yang sering tolong aku dulu tuh!

p/s AKU LAPOR...nak gi breakfast jap. Nanti kita sambung ek?!!!





5 comments:

Nizam.Ariff said...

Belajar minum pun best gak ek?

tasekM said...

n3 anak2 ni aku sentap.

ha ha.



.

ASH said...

Aku,
.
.
entry ni tak tamat lagi ni..ada kerja le pulok.
nanti petang sikit aku sambung.

tas,
jangannnnn SENTAP...nanti mana le tau untuk FUTURE CUCUUCUCCUUCCU...
dapat menantu macam aku..
tak berhenti renti BERANAK!!
hahahahhaha

Blog Eazy Izzuddin said...

singgah....
;)

DrSam said...

baguih betul kakpah memperkayakan minda rakan taulan.

Hujung-hujung tahun ni kat ofis pun ramai yang dihinggapi Down syndrome ni...mungkin boleh dapat tip dari Dr Maria kot...