Friday, December 24, 2010

Kalau abah masih ada..

Salam,

Hari ni berapa hari bulan?
24hb disember kan?

Kalau abahku masih ada lagi, maka hari ni sepatutnya birthday dia dalam tahun Masihi.
errr..kalau abah masih ada, umurnya berapa ek?
1936 dilahirkan...hmmmm 74 tahun?
Uishhh..tapi Allah hanya beri dia setakat 69tahun +16 hari sahaja untuk hidup di dunia ni.
Wahh..so kawan sekelas dia, Ustaz Ahmad Awang sekarang ni dah 74 tahun la..
Eh, betui ke aku kira ni?
hahahahahha
Kira umur pun dah tak reti ka..
CUTI SEKOLAH LAMA SANGAT le tu kan!!!
ngeh ngeh ngeh
.
.
.
Birthday mak hampir ngan tarikh birthday my sister.
Manakala birthday abah pula hampir dengan mine.

Tapi abah dah tak ada lagi.
9 hb Januari nanti genaplah 5 tahun abah tidak bersama sama kami.

Kadang kadang terasa juga.
Especially bila balik kampung.
Keriuhan suaranya itu sudah tiada lagi.
.
.
Itulah sebabnya rasa malas jer nak balik.
So sunyi.
Mak pula dah ada pakcik, his new husband.
Mak mungkin tak sunyi lagi..tapi aku terasa macam tak best bila abah dah tak der.
.
.
Pakcik memang okay.
Dia macam ayah ayah yang lain juga.
Kalau anak anak balik, macam biasa la.
Mesti pastikan ada jamuan makanan untuk menyambut kepulangan anak.
.
.
tapi tetap tak sama dengan ayahanda tercinta..
.
.
memang la tak patut kan?
That's what I feel.
.
.
Well..tak leh cakap lebih lebih..
nanti aku kena luku kepala pula.
.
.
hehehehe..

itu saja luahan rasa.

Eh, apasal pepagi cakap pasal abah ni?

Sebab hari ni sepatutnya birthday dia plus tadi dapat sms berita tentang seorang kawan yang nak kena potong kaki.
GENGREN. DIABETES.
.
.
.
sekian

4 comments:

Gurindam Jiwa said...

Semua yang hidup akan pergi. Kita ni pun belum tentu lagi, entah² tak sempat habis tulis komen ni. Apa pun kita bernasib baik, ada orang lain yg tak pernah jumpah abah sendiri.

ASH said...

GJ,
betul...macam Rasulullah sendiri yang dilahirkan sebagai anak yatim.

Nizam.Ariff said...

Bapak aku dah 3 tahun tak ada...

Dr Singa said...

besday awak pun dah dekat kannnnnnnn....
:)