Salam,
Semalam sebelum Jumaat sekira kira pukul 12.30 tengahari, aku dan suami bergegas ke Keramat AU3.
Bonda seorang sahabat lama suami telah pergi ke Rahmatullah pada pagi Jumaat kira kira jam 2.30 pagi.
Makcik ni pun aku memang biasa sangat sebab kami pernah tinggal di kejiranan yang sama di Wangsa Maju dulu.
Aku bagaikan terbayang bayang wajahnya dan anak anaknya yang ramai.
Semasa aku melahirkan dua orang anak ku yakni Maryam dan Husna, aku tinggal di Wangsa Maju. Aku pernah menyatakan keresahanku menjaga anak anak kecil aku yang bertiga sewaktu itu. Tapi makcik ni selalu menyabarkan aku.
" Tak perr ...bior bersusah susah dahulu" katanya.
" Bersenang senang kemudian," sambungnya lagi.
" Makcik dulu dalam pantang biasa makan nasi dengan ikan bilis mentah. Nak goreng pun tak sempat sebab anak ramai. Memang banyak karenah.."
Ya...tapi dalam ramai ramai tu ada juga yang telah menjadi Hafiz Al-Quran. Beruntung benar rasanya.
Dan semalam selepas solat Jumaat yang diimamkan sendiri oleh anaknya, jenazahnya pun disembahyangkan...juga diimamkan oleh anaknya yang Hafiz itu.
Aduh...Bertuah rasanya...dan semoga Makcik Zaitun tenang dalam pembaringannya, InsyaAllah.
sekian
4 comments:
aku gak yg anak sorang. kesian kt aku kak...
.
Al fatihah buat Makcik Zaitun itu.
TM,
kalau anak ramai tapi tak der sorang pun ke arah nak jadi hafiz atau hafizah..lagi rasa RUGIIIII..sesangat!!
lupakanjer,
sama sama sedekah al Fatihah
Post a Comment