Thursday, August 12, 2010

You all buat macam mana? SERI MUKA

Salam,

My hubby panggil kuih ni Seri Muka.
Ada orang panggil dengan nama lain...PULUT SEKAYA?
Ada orang kata seri muka dengan pulut sekaya adalah dua kuih yang berlainan.
Ada orang kata pula sebab cara buatnya agak berbeza.
Itu lah kelainannya..(GAMAKNYA la)




Aku tak tau la you all buat cara macam mana. Ada yang masak pulut dan kepalanya serentak?!!
Err..aku tak tau cara tu.
Aku buat asing asing.

Bok mai sini... aku habark cara aku.

My Recipe

Bahan :
Beras pulut more or less dua cawan.
Santan more or less 2 hinggit ( hehehe..ukuran yang jual kat pasar)
Gula 1 senduk setengah
Telur 2 biji
10 helai daun pandan yang dihancurkan, diambil air perahannya untuk warna, bau dan rasa.
Tepung...main agak agak jer.. ( ini resepi orang ASIA..cara nenek turunkan ilmu pada cucu)

Caranya :

1) Basuh beras pulut dan kukus bersama air dan santan serta garam dalam lengat. Hmm banyak mana air dan santan pun main agak agak ja..hehehe
2) Meanwhile, buat kepalanya.
3) Campurkan telur dan gula..godak sedikit..masukkan santan..godak dan gaul. Campurkan perahan daun pandan.
4) Masukkan tepung untuk jadikan bancuhan yang comei. Macamanakah bancuhan yang dikatakan comei itu??? Kena mai BERGURU dengan aku..hahaha..TAPISKAN!
5) Bancuhan ini kemudiannya ditenggek dan dikacau sebentar atas api...sebelum dituangkan ke atas pulut.
6) CHUPPP... jap jap!! Sebelum tu pastikan pulut telah agak agak masak serta ditekan mampat dan disamaratakan permukaannya.
7) Api periuk kukus hendaklah dikecilkan supaya permukaannya cantik dan tidak berlubang lubang macam permukaan bulan.
8) Biarkan sebentar kuih ini sebelum ianya boleh dipotong.

sekian

7 comments:

aza ni said...
This comment has been removed by the author.
aza ni said...

salam pn hidayatun
sempena bazar ramadhan boleh cuba niaga ni....antara kuih yg dicari selain dari tepung pelita,abuk abuk
tepung gomak,kuih lopez(nama belakang jennifer dari sini gamaknya...

Dr Singa said...

puan hidayatun. :)
saya tunjuk ...
dan
hulur 2 ringgit....

Wan Sharif said...

Kalau you guna gula nira kelapa..
yang warna cokelat tu..
then ada orang panggil pulut sekaya..
di Gganu di panggil tok haji serban..
alah rasa lapar lah pulak he, he..

kucingorengemok said...

seri muka mak ngah kita hijau dia lembik² lagi, lain buatnya kot (of cos i tak tau macam mana!) hihihi

tasekM said...

opah aku buat yg atas tu goyang2 sikit... perghhh.... tak menahan sungguh.

tapi aku tak pi belajaq pun kat dia.

aku mmg pemalas.

ha ha.




.

ASH said...

azani,
untuk santapan keluarga dan beri jiran sahaja...
tak sesuai untuk jualan.

drsinga,
kalau berjiran, boleh hulur sepiring

wan sharif,
ooo..gitu..nanti saya buat yang werena coklat tu pulak

KOG,
ni pun lembik juga selepas angkat dari periuk. after 3 hours..dia jadi macam ni untuk senang dipotong. kalau akak nak lembik lagi kena boh tepung sikit sahaja.

TM,
ko ni laaa..seri muka pun nak bagi seksi!! wei POSA!