Tuesday, August 24, 2010

Kita masih di bulan Ramadhan..

Salam,

Kita dah masuk fasa kedua bulan Ramadhan. Ada sesiapa dah tinggal puasa? Aku? Belum lagi nampaknya...haha
Jangan eksyen..sebab anytime from now mungkin aku pulak kena main aci nyorok ngan anak anak.

Kaum wanita ni kalau tak boleh puasa tu, buatlah ibadah lain. Masak untuk orang berbuka dan bersahur besar ganjarannya. Kalau tak boleh baca quran..nyanyi zikir pun okay. Selawat pun not bad. Besar pahala. Kalau ada anak kecil sambil dodoikan anak boleh nyanyikan lagi Raihan..Rabbani ..Hijaz ke kan? Jangan nyanyi lagi Deep Purple pulak! haha

Keuntungan aku mengandung anak seramai 9 orang ialah paling tidak dalam hidup sebagai wanita berkahwin ni aku jarang tinggal puasa Ramadhan. Samada di tahun itu aku mengandung atau aku menyusukan anak. Menyusukan anak secara penuh menyebabkan aku tak didatangi darah haidh. Ini adalah salah satu kelebihan penyusuan bayi yang aku perolehi. Ramai juga dari kaum ibu yag mendapat kelebihan ini tapi ada juga yang tidak memperolehinya.

Maka dari tahun 1992-2002 aku puasa penuh semasa Ramadhan. 2003 aku tak puasa sebulan pula disebabkan bersalin anak yang ke7 pada penghujung Syaaban. 2004, 2005, 2006, 2007 dan 2008 puasa aku penuh semula. 2006 mengandungkan anak ke 8. 2007 pula mengandungkan anak ke 9. 2008 masih menyusukan anak ke 9.

Ramai kaum wanita yang mengharapkan supaya mereka dapat puasa dan beribadah khusu sebulan bulan Ramadhan.
Dan kurniaan beribadah di bulan ini sepatutnya digunakan sepenuhnya oleh kaum lelaki walaupun AGAK RAMAI yang tak menghargainya.

Dan kaum wanita pula sama samalah menjaga diri supaya diri anda tidak merosakkan puasa orang lain...ALMAKLUM...
Sembunyikanlah mana mana yang TERSEMBUL itu dengan BETUL BETUL sembunyi.
Segala SEMBULAN yang TERDEDAH BOLEH MEROSAKKAN PAHALA PUASA dan MENJAHANAMKAN IMAN orang lain..
Dan SEWAJIBNYA lah etika MENYEMBUNYIKAN APA APA yang TERSEMBUL itu di teruskan sehingga dalam bulan bulan lain juga...
KAN LEBIH BAGUS BEGITU?

sekian

4 comments:

lupekanje said...

mata acik tesembul...kena sembunyikkan gak ke...? hehe..

salam ramadhan .

ASH said...

Acik,
kena pakai spek itam..haha
salam Ramadhan kembali.

Nizam.Ariff said...

Abis tu kak, kalau org ngandung camner nak 'sembunyikan' yg tersembul?
hahaha

ASH said...

Nizam,
waktu tu ramai yang pakai longgar tapi sekarang ni yang tu pun nak diDEDAHKAN..PESYEN!!kununnya..