Monday, August 23, 2010

Ikut rasa binasa, ikut hati mati..

Salam,

Aku nak nasihat menasihati lah dalam entry kali ni..Ya aku tau..aku ni bukanlah baik sangat nak menasihat orang lain tapi aku nak cuba sampaikan apa yang aku dapat sikit sikit. Ilmu kena kongsikan? Kalau tak dikongsi, rugi pulak. Simpan pun bukan dapat apa..
MENDAP lagi ada laa sebab lupa habis.

Ini berbalik kepada soal mati yang aku sebut dalam entry sebelum ni.
Sekarang ni di kalangan orang MELAYU MALAYSIA cukup ramai yang mati sia sia. Kalau mati pergi berjuang ke Palestine ke, syahid berjuang menentang ZIONIS dan sekutunya..ada juga PAEDAH..BESOR ganjaran. Masuk syurga FREEE FREEE!
Ini tidak..MATI KATAK!
Silap haribulan straight menuju NERAKA JAHANNAM.

APA CERITANYA PULAK?!!

Cukup ramai dari kalangan orang Melayu yang namanya ISLAM ni yang dah SERONOK ambik nyawa sendiri.
APA?!!
WHAT?!!

Kalau dulu mungkin kita dengar bangsa sekian sekian yang bukan Islam lompat depan keretapi..suruh keretapi gelek kasi mati sebab gaduh laki bini. Ada juga yang telan racun tikus, racun rumpai etc untuk mengGOLkan diri sendiri. Ada yang gantung diri. Ada yang slid urat nadi di tangan. Ada yang masuk dalam kereta kasi penuh asap dari exhaust dan sebagainya. Dah bunuh diri satu hal la..SEBAB MUSABBAB pula banyak yang tak boleh diterima..

Kelmarin sewaktu kuliah Subuh, Ustaz yang bagi ceramah itu bagitau bahawasanya ada seorang isteri muda di Jerantut berbangsa Melayu mati bunuh diri.
Sebab musababnya HANYALAH kerana suaminya tak nak belikan set PINGGAN MANGKUK yang ada enam biji setiap satu tu. Mangkuk 6 biji. Cawan 6 biji. Piring 6 biji. Pinggan 6 biji...etc etc la..
Katanya waktu pi supermarket, isteri muda ni nak kan set pinggan mangkuk tu. Suami tak nak beli. Balik rumah pertengkaran kecil membawa kepada pergaduhan besar. Dan sewaktu suami keluar dari rumah, isteri merajuk lantas menelan racun tikus....
LAAAAAAAAAAA ISHHHHH!!

WEI!!! Awat jadi lagu nih? Umur isteri baru 26 tahun. Anak baru sorang. Kecik lagi pulak tu!! Umur 4 bulan.

Kengkawan, sedara mara, para suami, para isteri yang dok baca blog aku ni.
AMBIK LAH IKTIBAR..
Jangan dok ikut rasa...BINASA!
Jangan dok ikut hati.. MATI!

Kita masih berada dalam bulan Ramadhan. Jangan dok start berkelahi, merajuk, berebut, bertengkag nak CHUP BALIK RUMAH MAK SAPA DULU!!
Mak mak pun jangan dok sibuk berebut suruh anak balik rumah depa dulu.
JANJI ANAK BALIK, SUDAH..
Ni tidak....
Suami berkeras nak balik rumah mak dia!
Isteri pun berkeras nak balik rumah mak dia!
Alih alih tak balik mana mana...
BERKELAI mender yang remeh temeh.
Titik bengik...
YANG TAK SEPATUTNYA jadi PERANG BESAR!!

Rugi kira kira dok BERTENGKAR PADA PERKARA YANG KECIL!!
PAHALA TAK DAPAT. DOSA JA BERTAMBAH!!
.
.
.
dan harap harap jangan ada keluar berita sampai BUNUH DIRI pulak..SUDAH!

HORMATLAH SIKIT PADA BULAN RAMADHAN weiiii..
Tahun depan bukannya CONFIRM nak jumpa lagi.


sekian

9 comments:

tasekM said...

hang bagi nasihat garang kak no... he he.

sungguh ka sbb set pinggan mangkuk bunuh diri...? ish... kesian kak no..


.

Ismail Fitry said...

Kesian...
Bukan kesiankan sebab dia mati tapi kesiankan cara dia mati. Lagi kesian bila membayangkan perjalanan dia kat akhirat nanti...

ASH said...

TM,
aku garang ka?
haha..baguih juga kalau bunyi macam garang...
.
.
bab bunuh diri tu Ustaz tu yang habark. Kalau dia bohong, maka bohong lah cerita ni..tapi aku rasa dia tak bohong sebab dia tengah puasa..
ORANG PUASA takleh bohong kan? BATAL POSA!

Ismail Fitry,
welkam to my blog..
tu la pasaiii...
ILMU AGAMA kat dada orang sekarang nih lagu mana nu?

Dr Singa said...

minum paraquat gerenti koik..
slow painful death..
ramai...
melayu pun ramai...
masa kerja spital dulu tu..

ASH said...

Drsinga,
mayat mayat Melayu yang bunuh diri tu nak disolatkan juga ka?
Ishhhh..

aza ni said...

salam hidayatun
apalah puncanya mudah sangat ambil nyawa sendiri....kan ke dilarang dan ditegah agama...

kucingorengemok said...

tip hari ini: berkahwinlah dengan orang sekampung untuk mengelakkan persengketaan di hujung ramadhan, heheh

yang pasal pinggan tu macam betul la kak, macam pernah baca kat metro dulu

anjang said...

memang betul tu dulu jarang melayu mati katak macam ni... la ni kadar membunuh diri di kalangan melayu semakin meningkat.....

ASH said...

Azani,
aku rasa demer dah terlalu mengikut hati yang membuak buak marah...

KOG,
berita ni disampaikan oleh Ustaz masa kuliah subuh..
Ustaz dari Pahang.

anjang,
seram kan bila ramai yang mati bunuh diri..ISLAM kah lagi mereka itu? sepatutnya tak boleh disolatkan mereka..macam yang mati dalam kereta tembak tembak tu..apa sebab gamaknya..