Assalam,
Ada perbincangan yang dibuat oleh sepupu sepupu ibuku tentang kedudukan rumah ayahanda mereka di dalam FB.
Ayahanda mereka ini adalah adik bongsu opah sebelah ibuku.
Mereka membincangkan kedudukan rumah ayahanda mereka yang hampir dengan Sungai Perak.
.
.
.
.
Rumah opah sebelah ibuku juga berhampiran dengan Sungai Perak.
Sekira kira 10 atau 15 meter sahaja lokasinya di belakang rumah opahku atau yang aku panggil Mak Didik.
Rumah abang sulungnya pula bersebelahan dengan rumah opahku yang aku panggil Tok Wer.
( Tok Wa )
Tetapi rumah Tok Busu ( adik opahku) itu tiadalah aku ketahui lokasinya.
Seingat ingat aku, kebanyakan ziarah yang dibuat semasa aku kecil dulu, aku hanya berkunjung ke rumah quaters yang di sediakan oleh Jabatan Saliran Negeri ( DID) kerana Tok Busu aku bekerja di situ. Rumah kecil sebilik yang didiami oleh penghuni yang begitu ramai. ( Anak Tok Busu aku ramai )
Jadi rumah kampung yang didirikan oleh Tok Busu sebelum dia berpindah ke Quaters DID itu tidaklah aku ketahui.
Sepupu sepupu ibuku ini sibuk memberi tunjuk arah lokasi rumah ayahanda mereka.
Mereka menggunakan perkataan "BARUH"< "DARAT"< "DEYO" bagi menunjukkan lokasi.
Perkataan "BARUH", "DARAT" dan "DEYO" ini bukanlah perkataan asing bagiku. Sememangnya aku telah mendengarnya dari kecil lagi.
Tapi.....errr.....tapi....sehingga hari ini aku masih terpinga pinga bila mendengar perkataan perkataan ini bila ianya digunakan.
.
.
.
.
hehehehehe..
Dalam subjek Geography, "Darat" adalah tempat / tanah yang bukan berair yakni daratan. Manakala BARUH...err...BARUH...err..ada ke istilah ni dalam GEOG?
"DEYO" pula rasanya....hmmmm.....
...ini adalah petunjuk arah yang digunakan dalam negeri Perak belah SELATAN.
so....aku berhak untuk BLURRR!
p/s.....sehinggalah Pak YEOB ( anak sulung Tok Busu aku menerangkan maksudnya kepadaku )
" Baruh " ialah satu arah yang menuju ke sungai.
" Darat " ialah satu arah yang menuju ke daratan.
.
.
........" DEYO"???....cer cari?
sekian
4 comments:
mengingatkan aku pada rumah kat kampung. Rumah maktua berhadapan rumah aku kami panggil baruh sebab belakanganya ada sungai. Rumah maklang aku di sebelah belakang rumah aku, kami panggil darat. Ke kiri kami pinggil hilir sebab sungai mengalir ke arah situ. Dan ke kanan pula hulu.
deyo? takde la pulak dalam kamus aku ni..
kakpah,
agak agaknyer aper..hehe
sebenarnya... sebutan Ke Hilir... disebut dgn pelat org Parit.. Keyo... dan bukan Deyo...
jadi ke hulu... = Kulu, oppositenya ke hilir= keyor...
Deyo pun ader juga GPI weh...harap maklum..
Post a Comment