Friday, October 29, 2010

Jumaat dan keberkatannya

Salam,

Hari ini hari Jumaat. Kalau dalam Islam hari Jumaat ni adalah penghulu segala hari. Banyak perkara perkara yang di galakkan dilakukan pada hari Jumaat.

Malam tadi, walaupun harinya adalah hari Khamis tapi orang Melayu kita selalunya panggil malam Jumaat sebab dalam Islam harinya bermula selepas waktu Maghrib.

Selalunya malam Jumaat ada apa?

Kalau kat surau, orang Melayu Malaysia kita ni rajin baca Yasiin secara berjemaah.
Ramai ramai doa selamat.
Ada yang kata isshh macam bidaah.
Ada yang tak kisah. A
da yang langsung tak ambik pusing.
Aku kata yang tak ambik PUSING tu lagi parah.
Yang dok kat rumah nganga nengok cerita hantu lagu haru..
Apa kena mengena cerita hantu boh malam Jumaat pun aku tak tahu.
Ishh..apa kekdahnya hantu keluor malam Jumaat?

Anyway, malam Jumaat sepatutnya malam penuh berkat.
Malam untuk suami isteri bersatu padu.
Mengikrar janji....
alahai..ulang suara setiap minggu.
InsyaAllah tak lupa janji janji yang dah ditermetri sejak sekian lama, kan?
hahaha..korang ni buat buat lupo lak.
Betul la apa aku kata tu.

Err..subuh Jumaat pula sepatutnyalah sesegar dan seharum malamnya.
Pagi pagi dah berkejar Solat Subuh di surau untuk sama sama sujud Sajjadah kerana subuh Jumaat, Tok Imam selalu baca ayat Sajjadah.....bagus kan?

Hepppppp...jangan dok berlengkor dalam selimut lagi.
Kang selimut tu kena SAMAK kang!!
SILAP besor kalau masih berlengkor jika telinga dah terdengor azan Subuh.
.
.
.
kerr ada yang gosok gosok mata kemedian nganga mengadap LAPTOP?
.
.
.
HOIIII!!
Ape kejadah pepagi buto menyelongkar BLOG kan?
Ish ish ish..
JUMAAT ooooo JUMAAT!

SAPO LA TU GAMAKNYA?

sekian

2 comments:

kucingorengemok said...

seorang hamba allah pulang dari ibadat umrah dan bercerita dengan ala² bangga, ko tauuu kat mekah sana dia orang sembahyang subuh 3 rakaat, ko tau?!

apo nak dikato?

ashley said...

hahahaha..apo nak dikato..