Friday, October 22, 2010

Ini SIAPA?

Salam,
Ini siapa?
Ini abah kami.
Abah kami hensem tak?
Abah ada anak lima ke saja?
TAK!
Ini hanya separuh dari anak abah.
Kami semua sayang abah kami.
hahaha..

Makcik TM,
dengar baik baik..
Jangan nak ngada ngada suruh abah kami kahwin satu lagi.
Sebab kami pun tak sempat jumpa abah kami
Gelap kelam abah dah keluar.
Malam pukul sembilan baru abah pulang

MANA ACI?!!

Tak kesian ke kat kami?
Abah tak sempat periksa buku kerja kami.
Abah tak sempat makan malam dengan kami.
Abah tak sempat main pun dengan kami tiap tiap hari.
JANGAN TAMBAH BEBAN pada abah kami lagi.

Bila abah balik hanya boleh mandi dan tengok TV.
Itupun dia perambat kami.
Sebab dia nak rehat rehatkan badan sampai pagi.
Bila dah pagi, dia hilang pergi kerja lagi.



Ini pula gambar OPAH.
Opah ialah mak abah.
Dia seorang yang tabah.
Dulu dia hidup susah.
Pagi petang kerjanya menjahit.
Jahit baju, jahit seluar.
Dia pesan selalu dengan abah.
Jaga baik baik menantu dia nama HIDAYAH!
Kalau abah tak dengar kata, takut nanti merana.
Dan takut malam malam tak boleh lena.


Ini pula siapa?
Ini ummi kami.
Yang jaga kami setiap hari.
Kami nakal dia lepuk.
Kami berak dia cebuk.
Kami sakit dia ubat.
Rawat kami supaya sihat.

Ini siapa?
Ini moyang kami.
Dia tak sihat.
Dia tak boleh jalan.
Dia tak berapa lalu nak makan.
Tapi dia selalu pesan pada cucunya AMAN.
" Toksah lah dok buat tak ketahuan,
payah nak dapat macam Hidayah tu, AMAN"
hehehehe..

Jadi Makcik TM,
dengar baik baik..
kalau nampak abah kami mana mana,
jalan pulak tak ketahuan hala,
sila hubungi kami dengan segera.
SEBAB KAMI SANGAT SANGAT SAYANG ABAH KAMI!!
kami risau takut dia diapa apa...

TAU....TAK PAAA...

sekian.

9 comments:

ibundo said...

tengok gambaq moyang tu berdetik di hati ni... sempat ka umoq kita sampai ke tahap dia tu..

makcik TM.. hang jangan mengada-ngada noo.. nanti aku tulung perhambat sama hehe...

kucingorengemok said...

apakah ciri-ciri yang perlu untuk masuk ke dalam sajak kak ash? hehe.

DrSam said...

alhamdulillah
moyang nampak masih sihat dah gagah
untung sungguh Hidayah
anak-anak semuanya comel walaupun masih rendah-rendah
keluarga pun muhibbah

tasekM said...

hahaha...

sat. sat. bila pulak aku suruh laki hang kawen lain ni kak. hahaha...

dan.

kalau ada org yg kurengs sikit kefahaman n3 hang ni dh mcm nak gaya aku plak yg nk menikah dgn laki hang tu. hahaha...

.

sebut pasal opah aku sedih... nnti2 la sembang lain.






.

ASH said...

kakpah,
rezeki,jodoh,ajal maut..di tangan takdir.
Hang nak perambat TM tu pasai apa kakpah wei..
Dia inesen. Tapi kalau kakpah buleh, cer segheng telinga dia sekali..lega juga laa..haha

KOG,
entah lerr..apa ek? agak agak..

DrSam,
moyang budak budak tu adalah tok suamiku..tak larat dah sebenarnya tu. nak berjalan dah tak buleh. kesot jer ke sana ke mari..sian...

AIKKK..TM,
hari tu bukan ko juga yang tanya?
kalau ada orang puan mai kat aku dan nak merisik laki aku...kekunun nak jadi madu..
NI AKU NAK HABARK MAI la ni...
Sila berkenalan dengan AHLI KELUARGA SUAMI AKU SAMA!!Jangan ingat nak kahwin ni antara dua orang saja..Ianya melibatkan ramai jiwa...hehehe..ishhh..PIKIOR bebaik..sebab suami aku comes dengan package 9 anaknya.

Tijah said...

kihkihkih. blasah tm tu kak. blasahhhhh dia.

ASH said...

Tijah,
laa...
dah jadi BOUNCER ke aku ni JAH?
aku jentik jentik manja jer nih..

tasekM said...

hahaha... aku tanya le. bukan aku suruh.

:p



.

ASH said...

TM,
aku pun jawab jer tapi bolehlah KIRA MACAM WARNING!
wakakkakaa