Salam,
Pada pukul 1 pagi ini ayah mertua adikku, si Sha akan berangkat menunaikan haji ke tanah suci, Mekah. Pak Usop Al-Berangque yang pernah datang menyapa ke blog aku sekali sekala.
Menurut mak aku, mereka suami isteri akan bertolak menaiki kapal terbang pada pukul 1 pagi nanti.
Adik aku, si Oman bersama isteri dan ibu mertuanya pula akan bertolak menyahut panggilan suci ini pada hari Sabtu 30 hb ini kira kira jam 3.15 petang.
Abang ibu aku pula akan berangkat pada 1hb November nanti.
Dari kalangan kawan kawan pula, ada 2 atau 3 orang yang menyahut seruan haji kali ini.
Waaaaa.....aku nak nanges!!
Jangan tinggalkan akuuuuu..
Sebenarnya aku dan suami turut mendapat tawaran untuk menunaikan haji pada tahun ini.
Surat tawaran yang dipos oleh Tabung Haji tiba sebaik kami pulang dari Sabah setelah meninjau ninjau keadaan di sana.
Walaupun tahun sepatutnya kami pergi ialah tahun 2011 namun kami diberi tawaran untuk memilih samada ingin pergi tahun ini ataupun tahun hadapan.
Oleh kerana tawaran yang dibuat itu kami perolehi pada bulan May dan kami mesti memberikan jawapan pada penghujung bulan June maka keadaan agak genting dengan suamiku yang masih tidak tamat lagi pengajiannya di INCEIF.
NOTE :
REMEMBER .. suami aku cuti belajar SETAHUN!
Dari September 2009 -Awal September 2010.
Dia mesti bekerja semula di tempat yang sama pada 1 September 2010.
Sebelum sempat kami memutuskan untuk pergi pada tahun ini, Aisyah, anak pertamaku pula mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di UMSabah.
Pada 3 Julai yang lalu, kami bertiga ke Kota Kinabalu sekali lagi.
Tahun ini juga merupakan tahun penting kepada anak ketiga dan anak keduaku. Mereka mengambil PMR dan SPM pada tahun ini.
Bila dipertimbangkan semua keadaan yang genting ini, kami memilih untuk STICK kepada perancangan kami ke Mekah pada tahun 2011, Insyaallah...
SEMOGA ALLAH IZINKAN KAMI MENJADI TETAMUNYA.
Aku berharap benar pada tahun hadapan tiada lagi perkara yang menghalangkan aku dan suamiku untuk menjadi TETAMU ALLAH sekali lagi.
Biarpun kami telah biasa menjejakkan kaki di Kota Mekah pada tahun 2001 yang lalu tapi ianya sekadar mengerjakan UMRAH. Aku dan suami berharap sangat kami datang kembali menjadi tetamuNYA setelah sepuluh tahun berlalu dan melengkapkan rukun Islam yang ke 5 yang diseru kepada seluruh Umat Islam.
Biarpun aku agak kehampaan kerana tidak pergi tahun ini, namun aku redho dan pasrah dengan keputusan itu.
Aku tahu mungkin aku dan suami tidak cukup bersedia dari segenap sudut yakni agak kurang mantop dari segi KEWANGAN, kurang persediaan ILMU MENGERJAKAN HAJI, kurang persediaan MINDA untuk menghadapi kebarangkalian kami terus PERGI DAN TAK KEMBALI LAGI, kurang persediaan bagi anak anak yang bakal ditinggalkan dan sebagainya.
Terkenang aku pada nenda tiriku, pernah dia mengatakan biarlah panggilan Haji buatnya pada tahun yang dia pergi itu adalah panggilan dari ILAHI untuk MENGADAP KHALIQ...dan sememangnya doanya makbul kerana Nenda tiriku menghembuskan nafas terakhirnya di Madinah. Dan aku rasa kami berdua serta juga anak anak yang ditinggalkan perlu mempunyai kekuatan mental bagi menghadapi sebarang kebarangkalian.
Ya Allah yang Maha MENDENGAR.
Engkau MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik bagi keluarga ini.
Engkau juga MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik untuk aku dan suami.
Engkau juga MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik buat diriku.
Berikanlah segala kebaikan di dunia ini kepada diriku dan keluargaku dan jauhkanlah segala kejahatan di dunia ini dari diriku dan keluargaku. Begitu juga berikanlah segala kebaikan di akhirat ke atas diriku dan keluargaku dan jauhkanlah segala kejahatan di akhirat dariku dan keluargaku. Dan akhirat jugalah yang kekal abadi.
Ya Rabbi,
Engkau Maha Melihat.
Engkau Maha Mengetahui.
Berkatilah umurku, umur suamiku, umur kedua ibubapaku, umur ahli keluargaku.
Ya Allah panjangkanlah usia aku dan suami supaya kami dapat pergi menunaikan haji untuk tahun selepas ini.
Tolonglah ya Allah...sesungguhnya sampaikanlah hajat ku dan suamiku untuk sama sama pergi pada tahun hadapan..tolonglah ya Allah..
Dan engkau limpahkan rahmah dan mawaddah ke atas keluarga ini.
Berkatilah kami semua..
Berkatilah mereka yang menyahut panggilanmu pada tahun ini, Pak Yusoff dan isteri, adindaku Hibatur Rahman Ahmad, isteri dan ibu mertuanya, bapa saudaraku Tahir Hj Ibrahim dan isterinya serta juga rakan rakanku.
Moga kalian memperolehi haji yang MABRUR!!
Labbaikaallahummalabaik..
Labbaikalasyarikalakalabaikk..
Innalhamda..
Wanni'mata...
Lakawalmulk..
Laasyarikalak..
sekian
4 comments:
Bila tengok entry..dasat pulak. Entry sebelum ni,kabor gi tengok RED, lepas tu entry nanges nanges nak pergi buat haji pulak..
.
.
ni yang dikatakan dalam satu lirik dalam nasyid Nazrey Johaney..
"PAGIKU INGAT, PETANGKU ALPA
BAGITULAH SILIH BERGANTI!!"
seorang sahabat terbaik saya juga bakal ke sana sedikit masa lagi. kami berjumpa, kami berbual, dan kami menangis. sungguh saya syukur dia antara yang terpilih.
Amin ya rabbal a'lamin.. semuga terkabul semua hajat, permintaan dan doa
addy,
moga Allah memberi segala kebaikan buat sahabatmu dan dirimu
wan sharif,
amiiinn.
Post a Comment