Salam,
Okay okay..aku tau!
Korang dah boleh agak dah..Tajuk mesti berkait rapat dengan KONVO yang akan berlangsung penghujung October ni..
Meh sini aku boh karangan cerita aku...
Ala..mana la tahu kut kut ada cikgi cikgi tadika yang TUMPUL akal dah nak mencari bahan untuk anak anak tadika mereka buat persembahan. Hah! Aku kasi share..
Cerita ni pun bukan cerita kepunyaan aku...
Korang dah dongar entah berpuluh kali semenjak kecil..
Betul tak?
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Kawan kawan, ibu bapa serta guru guru yang saya kasihi sekelian.
Pernahkah anda semua mendengar cerita sang kancil menipu buaya?
Mahukah anda mendengarnya?
Kalau nak tahu marilah sama sama kita mendengarnya.
Begini ceritanya :-
Pada suatu hari, sedang Sang kancil berjalan jalan di dalam hutan. Tiba tiba, dia ternampak buah buahan yang sedang masak ranum. Malangnya pokok buah buahan yang ranum itu terletak di seberang sungai.
Di dalam sungai itu pula terdapat banyak buaya.
Sang kancil mencari jalan bagaimana hendak menyeberangi sungai itu dengan selamat. Dia pun berfikir panjang.
“Hmm..bagaimana aku hendak ke seberang sana kerana kalau aku menyeberangi sungai ini pasti aku ditangkap dan dimakan oleh buaya buaya di dalam sungai ini “
Lalu dia pun mendapat satu akal.
Sang kancil memanggil buaya buaya itu untuk berkumpul.
“ Sang buaya…oh sang buaya. Marilah berkumpul ke sini semua.”
Maka jawab seekor sang buaya.
“ Wah, berani kamu memanggil kami untuk berkumpul. Tidakkah kamu tahu yang buaya suka makan kancil? ”
“ Dengar sini sang buaya, kamu tidak boleh makan aku kerana aku ada pesanan penting dari Raja Sulaiman”
“ Pesanan penting?!! Apa pesanan yang dikatakan sangat penting itu?’ tanya seekor buaya yang lain.
“ Raja Sulaiman meminta aku mengira bilangan binatang binatang di dalam hutan ini kerana dia hendak mengadakan jamuan makan”
“APA? ADA JAMUAN MAKAN?!!”
Kesemua buaya buaya di sungai itu merasa sungguh teruja bila saja mendengar Raja Sulaiman hendak mengadakan jamuan makan.
“Hah!! Apa yang ditunggu lagi? Cepat buaya buaya semua! Kita berbaris agar dapat dikira oleh sang kancil ini “ kata ketua kepada buaya buaya itu.
Maka kesemua buaya buaya itu berbaris panjang hingga ke tebing sungai di sebelah sana.
Melihatkan saja kesemua buaya sudah berbaris maka sang kancil pun berasa senang hati lantas mengira mereka.
“ SATU DUA TIGA LEKUK, JANTAN BETINA AKU KETUK,
LIMA ENAM TUJUH LAPAN, KAMU SEMUA TAK DAPAT MAKAN “
Maka Sang Kancil pun sampai ke seberang sungai di sebelah sana.
“ Berapa bilangan kami semua, Sang kancil?” tanya ketua buaya.
“ Ada lapan ekor buaya yang akan kelaparan”
“APA??!!”
“Sebenarnya Raja Sulaiman tidak pun menyuruh aku mengira kamu semua. Kamu semua telah terpedaya. Aku sebenarnya yang ingin makan buah buahan yang sedang masak ranum itu. Ha ha ha ha..” ketawa sang kancil sambil menunjukkan buah buahan yang berada di atas pokok.
“ Jadi? Tak adalah makan?” tanya ketua buaya menahan rasa marah.
“ Sudah tentulah…hahahaha..” jawab sang kancil sambil ketawa lagi.
“ Jaga jaga sang kancil. Hari ini hari kamu. Kalau kami dapat kamu nanti habislah kamu kami kerjakan”
Kawan kawan dan hadirin sekelian,
beringat ingatlah selalu di dalam kehidupan kita kerana ada masanya kita mungkin mudah terpedaya dengan pujuk rayu dan kata kata manis. Tawaran tawaran yang hebat begini mungkin ada tipu daya yang akan merugikan kita di kemudian hari. Dan hendaklah kita mengambil iktibar dari cerita sang kancil menipu buaya ini.
Sekian terima kasih.
Wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
hehehehe..AMACAM?
Sebenarnya cerita ini adalah adaptasi daripada cerita Sang kancil menipu Buaya yang aku ambil dari youtube.
yaaa....
TAK DAK ORIGINALITI!! hahaha..peduli apa kan?!
Pastuuuuu...nak buat persembahan kena ada costume. APA kATA KALAU AKU TEMPAH COSTUME MACAM KAT BAWAH NI?
AHAKS!!!!
.
.
.
errrrrrr..kenal sesapa atau kedai mana boleh jahitkan?
sekian
7 comments:
Nak tanya, sejak bila kancil pandai panjat pokok nak makan buah?
Dia tak panjat..sebab pokok tu rendah jer..
apa kata kau gunting dan jahit sendirik haha..
Kakpah,
gunting kertas warna boleh aaaa..
tak payah kostium kak. ko tampal ke kat dahi bebudak tu.
'saya buaya'
.
TM,
yang bercerita tu budak umur enam tahun, sayang...
Bukan UNCLE umur sebaya Nizam tu!!
boleh sewa kat satu kedai di mid valley - rasanya tingkat paling atas dekat pet shop
Post a Comment