Salam,
Hmmm...
kalau aku bersalin lagi, cuti bersalin 90 hari, ek?
TU PUN kalau aku rasa rasa nak beranak lagi la...
APA???
INGAT AKU DAH TUTUP KILANG ke?
HEI!!! Arwah opah aku umur 60 tahun, masih boleh kayuh basikal lagi tau!
Mak aku?
Mak aku umur 61 pun boleh dapat husband lagi!
JANGAN MAIN MAIN!!
PANTANG NENEK MOYANG NIH! hahaha
Dan aku?
Masih beroperasi seperti biasa.
Elok, sihat, ceria as usual..
Cuma tiang kat belakang ni jer sengal sengal sekali sekala..kui kui kui.
Errrr...aku dah nampak ada yang nak bertanya pula dah tu.
" Kak, ko mengandung lagi ke?"
hehehe...releks la..
Kenapa?
Korang dah semangat nak beli hamper baby ke kat aku?
SEMOGA aku tahu jaga diri dan berhati hati di jalan raya.
(HOPEFULLY!!!)
Bukan apa..aku tak nak juga jadi macam opah ngan mak aku.
Mak aku ngandung anak pertama. Opah aku ngandung anak ke 9.
Sudahnya anak sedara sebaya ngan pak sedara...hahahah
Pastu bila mak aku bersalinkan aku, opah aku ngandung lagi anak yang ke 1o.
Dapat le aku mak sedara yang berusia lebih muda lagi pada aku!
NGEH NGEH NGEH...alangkah bertuahnya kan?
Alahai..
orang cakap pasal budget, dia pi cerita ceriti sejarah adik beradik, suku sakat, moyang miut dia pulak dahhh..
90 hari = 3 bulan WOWWOWO....cuti sakan nampak? Cikgu sekolah pun cuti 2 minggu jer.
BEST NI...BOLEH GI MELANCONG lagi..siap honeymoon ooooo.
Anak kecik baby tu?
Anak tinggal kat neseri kakpah pun bereihhh..hahahahah
Kalau anak macam aku, berderet deret jenoh juga majikan kelam kabut nak cari pengganti.
Hmmmm...tapi dengar kata kasi untuk 3 orang anak je. Kira yang dulu 60 hari untuk anak 5 orang tu dah kensel lah ek?
KALAU DAPAT LAGI ANAK ke 4, ke 5, ke 6....dan seterusnya, GUANER?
Tak dapek la cuti selepas bersalin dan bekerjalah kamu TUNGGANG LANGGANG!
hahahahaa...
So setakat 3 ja la kan?
Kalau berderet deret macam aku?
HELOOOOOOO...sila BERHENTI! DAN JAGA ANAK KAMU!
TU PUN kerja jugak tau..
Ehhhhh...mana boleh!!
Saya dah susah payah belajar siang malam, pagi petang nak dapat degree, master dan PhD, apa barang duduk rumah jaga anak?
.
.
Hmmmm...suko hati ekau laaa...
Ko yang belajar, ko yang bekerja, ko yang kahwin, ko yang beranak..
KO PIKIOR la sendiri!
Banyak cakap pulak....
Ko kan orang bijaksana, bijaksini, bijaksinun..
Aku ni cuma seorang cikgu tedika. Kerja idak ler seglemer mana.....dan mungkin kalau nak beranak pun sekadar nak cukupkan 10 jer......errrr ataupun ...errrrr terus cukupkan sedozen jerrrr!
HAHAHAHAHAHAHA
sekian
8 comments:
sensitip tau cerita bersalin2 nih....
;p
.
kak, kalau nak sejarah berulang kembali, tak boleh la tambah lagi 1 skrg... besok² la lepas anak sulung tu dah kawin nanti, hahaha >:)
salam..
wah.. tinggi cecita ko nak anak sedozen... pulun, jgn tak pulun..
hahahaaa..
cuti 90 hari?.. hmm.. sian kt boss aku.. mesti file dia tunggang langgang kalau aku tambah sebulan lagik cuti bersalin..
takpelah.. aku masih rela mempraktikkan cuti 60 hari.. sebab.. selain sayang rumahtangga aku, aku pon sayang kerjaya aku.. hihihihi... (kalau aku tak sayang kerja aku, mesti aku dh jadi surirumahtangga sepenuh masa kan.. kan.. kan.. kehkehkeh).
Bapak tak bleh cuti lama gak ke? Bapak lagi payah... kena jaga baby dan emak baby...
TM,
cerita MADU TIGA? sensitip tak?
uiiiitttt...kelepuk..
aku rasa macam ada boya plastik jatuh atas kepala aku.
KOG,
tu la pasal..tapi mak ngan opah aku tu kahwin waktu umur belasan tahun..umur 40-45 aktif lagi sistem peranakan, by that time demer dapat cucu ngan anak dalam satu masa!
aku kahwin umur 22. Sistem peranakan masih berfungsi cumanya..hmmmm..anak sulung baru umur 19! Unless anak aku nak kahwin awal. hahaha..
MENGAMUK KALAU dia baca nih!
Tiny,
cita cita tak semesti nya tercapai..so boleh jadi hanya sekadar angan angan..
hahaha
Nizam,
kalau bapak tu nolong kat rumah takper..aku bagi kat ko cuti dua bulan..tapi yang aku risonya, kamu melangut kat kedai kopi..minum kopi Janda sambel ngorat anak dara!
BUAT APERR!!
aku tau kenapa
ko suka orang ramai2 beranak ramai2...
ko kan cikgu tedika...
nanti ramailah budak tedika ko....
DrSinga,
ish ish ish..
Nabi kan suka umat baginda ramai?
he he he..
.
.
tapi apa pun semuanya bergantung pada rezeki, ketetapan dan takdir dari Allah.
Kita ni sekadar makhluk yang menumpang di bumi dan diberi amanah amanah ini untuk memikulnya.
.
.
saja ja aku nak buat GEMPARK!
Post a Comment