Saturday, October 23, 2010

Remote Control

Salam,

Remote Control ialah alat kawalan jauh bagi sesebuah peralatan letrik. Ianya digunakan untuk meng ON atau meng off alat letrik kerana tuan empunya alat letrik itu TERLALU MALAS untuk bangun atau TIDAK BERKEUPAYAAN untuk bergerak.

Terdapat banyak barangan elektrik yang menggunakan REMOTE CONROL sekarang ini. Televisyen, kipas angin, penghawa dingin, cd-player, vcd-player dan sebagainya.

Di rumah aku juga terdapat satu REMOTE CONTROL yang sering menjadi rebutan.
Ianya seolah olah barangan PALING BERHARGA dan DIMINATI.
APAKAH DIA REMOTE YANG SANGAT SANGAT DIMINATI ITU?
.
.
ALAHAI..... REMOTE ASTRO jerrrr.
Kenapa?

Kerana terdapatnya PEMINAT PEMINAT rangkaian TV di rumah ini dan setiap PEMINAT PEMINAT ini mempunyai cita rasa CHANNEL yang berlainan.

Contohnya :-

1) Abahnya suka tengok CHANNEL SUKAN- 800, 801, 802..etc
2) Kalau anaknya yang bernama Muhammad memegang remote control ini maka dia akan memilih channel 611 pula.
3) Kakak kakaknya? kalau yang berada di tingkatan 1 atau tingkatan 3 itu yang memegang remote maka CHANNEL KOREA yang aku pun tak tahu apa bijik buah yang dipertuturkan yang dipilih mereka.
4) Aku?...aku jarang menonton TV. Habis habis sangat aku pilih AFC. Rancangan masak masak.

Tapi oleh kerana setiap kali aku nak menonton TV, anak anak atau bapanya yang mengontrol remote maka aku mengalihkan 'CHANNEL' ku ke LAPTOP. Aku lebih suka bloghoping ataupun buat karangan aku sendiri.

Okay, bercakap pasal remote control, hari ni keluarberita dalam METRO...
berita tentang kematian seorang remaja akibat berebutkan REMOTE TV.
Innalillahi wainna ilahi rajiun.

Hmmm...ya, kematian adalah takdir. Kita tidak menolaknya.
Tapi alangkah malangnya bila REMOTE CONTROL menjadi musabab.
Kemarahan dan perkelahian dalam merebut REMOTE CONTROL TV menyebabkan berakhirnya sebuah jiwa di Pahang. Jiwa seorang remaja..

Wei...anak anak aku pun selalu berebut remote ni. Remote control ASTRO ini juga entah berapa kali terpaksa diganti akibat dibaling, dilempar, diketuk oleh pengguna penggunanya yang mempunyai emosi terlebih sudahhhh...

Kadang kadang aku rasa nak campak je TV dan ASTRO serta sekutunya itu ke dalam sungai KAJANG. Biar rumah ni senyap sunyi dan aman damai tanpa TV dan ASTRO.
PADAN MUKA!

Tapi..tu la.
Dah ada mender tak reti nak mengawal dan mengunakannya secara bijak.
.
.
.
Haihhhhhhh...teringat zaman tak der letrik sewaktu kecil kecil dulu kan?
Dan apabila siaran TV hanya bermula jam 5 petang serta berakhir jam 12 malam.
.
.
LEBIH AMAN DUNIA!

PESANAN SAYA...
Gunakan segala kurniaan yang dimiliki dengan bijaksana, bijaksini dan bijaksinun.
Hargai nyawa anda.

sekian

No comments: