Wednesday, October 06, 2010

Resepi simple kalau lapar..

Salam,

Kadang kadang di waktu tengah tengah malam, perut anak anak remaja yang tengah study berasa lapar. Nak makan nasi, tak sesuai la sangat.
Apa kata makan sandwich. Yang simple simple saja..
Takkan anak remaja tak tahu nak buat kan?

Buat jer sandwich telur.

Aihhh..nak resepi juga?

Bahan inti
1) 2 biji telur
2) secubit garam
3) secubit lada sulah.
4) sesudu besar susu segar


Kocakkan telur bersama garam dan lada sulah serta sedikit susu segar.
Panaskan sedikit mentega dalam kuali dan masukkan campuran telur yang dikocak tadi.
Masakkan dengan api yang sederhana sambil kocak kocak sehingga telur itu menjadi telur masak hancur yang cantik.

Ambil dua keping roti. sapukan mentega. Masukkan inti telur masak hancur tadi. Lapiskan sekeping keju jika suka dan bakarkan.

Jeng jeng jeng..kan mudah tu?
siapppp....dan sedap dimakan panas panas!
Kasi lebur lidah dengan cheese yang masih cair itu...heheh.

sekian

4 comments:

tasekM said...

tak pulak gemuk anak2 hang makan cheese no..? baguih la.



.

ashley said...

Depa aktif sukan gak..

kakpah said...

buat masa kini kalau tengah malam rasa lapar, cari tin biskut raya jer. serdak2 kue raya banyak lagi haha..

DrSinga said...

rempeyak hancur pun laku malam2!!!