Friday, October 01, 2010

Jamuan raya ofis si DIA..

Salam,

Si dia telefon : Ida boleh tolong masak nasi impit dan rendang tak untuk makan hari Jumaat 1/10 ni?

Aku : Untuk berapa orang, sayang?

Si dia : Untuk lebih kurang 12 orang. Potluck raya kat ofis. Boss abang tengok menu/volunteer, tak dak siapa pun sanggup buat rendang atau ketupat.

Aku : Err...nak makan bila? Pagi ke atau tengahari?

Si dia : Sebelum Jumaat la rasanya.

Aku : Boleh laa..saya masak pelan pelan malam Khamis. Esoknya abang boleh bawa.

So malam tadi aku ketimpang payung la kat dapur.
Sebenarnya aku tak berapa sihat sangat. Petang semalam aku masih baring dan relax relax lagi.

Lepas Asar, baru la aku kelam kabut pergi Billion cari beras nasi impit dan ke kedai ADAM's Meat di seksyen 3 untuk beli daging yang nak direndangkan.

Kalau aku sihat, mahu rasanya aku buat rendang ayam kampung juga. Tapi memandangkan badan terasa sengal dan tumit aku masih sakit maka aku masak nasi impit dan rendang daging sahaja.

Macam biasalah..

Nasi impit bukannya susah sangat nak dibuat sekarang ni. Tak perlu nak susah susah menganyam daun. Dah ada yang segera tu. Campak masuk jer dalam periuk. Bubuh daun pandan bagi wangi sikit lepas tu tengok tengok dan alih alihkan. Rebuslah lebih kurang 1-2 jam untuk bagi nasi tu betul betul elok mantop dan selepas itu pastikan air dalam periuk sentiasa ditambah.

Aku rebus sebanyak 8 kampit sederhana besar.

Rendang pula aku godek la sorang sorang semalam. Mujur ada kuali yang besar. Senang sikit kalau nak masak rendang time hari raya.
Aku start masak rendang jam 9 malam.. Terkial kial memotong daging seorang diri. Anak anak sibuk buat kerja sekolah. Hampir semua dah makan nasi waktu petang sebaik pulang dari sekolah so aku kata lauk rendang nanti tak payahlah dikacau/dimakan sebab nanti abah diorang nak bawa ofis.

Bila rendang aku mula ditumis dan berbau wangi sahaja maka mula lah seorang demi seorang menjengok ke dapur.

Muhammad : Wow..bau apa ni ummmi. Sedap la...Boleh makan?
Mawaddah : Waddah lapar la...
Huda : Wow...sedapnya bauuuuuu..

Aku dah mula risau.
Hai..walaupun baru start menumis, dah ramai yang berkunjung ke dapur.
Kalau dah siap masak nanti ramai yang tatang pinggan nak menjamah nih!!

Si DIA ada mesyuarat KOOP pulak malam tadi. Bila aku dah menenggekkan rendang dagingnya ke dalam kuali, akupun menghantar MMS padanya.

" Bang, rendang abang baru nak mula dimasak dalam kuali" bunyi MMS aku.

Selalunya si DIA akan makan malam di tempat mesyuarat kerana mesyuarat akan berlarutan sehingga 11 malam.

" Jazakallahikhairan...terima kasih" jawapan sms dari si DIA.

Kira kira jam 10 malam maka siaplah rendang daging di dalam kuali.
Hmmm...Zainab sengih sengih.

" Ummi, lapar la...Boleh Zainab ambik rendang dalam kuali tu sikit"

" Makan la.."

Muhammad masih belum tidur. Mawaddah pula dah terlelap depan TV.

" Ummi, Muhammad pun nak makan la"

" Hadoii...dah pukul sepuluh sayang..Muhammad patut tidur dah"

" Tapi Muhammad lapar laa"

Aku dah boleh agak. Jadi menyuruh Zainab menyuapkan sedikit nasi bersama daging lauk rendang padanya juga.

Huda pula bertanya " Boleh rasa tak rendang Ummi? "

Hmmmmmmmmmmm...AYO PAAAAA.....

Selesai cerita di TV, aku menyuruh anak anak masuk tidur. Sementelah aku menunggu suami balik dari mesyuarat KOOPnya di sofa. Hmmm..malam malam Jumaat, mesyuarat pulak si DIA ni. Kenapa lah orang KOOP ni tak pilih malam lain...
ISHHH..heheh

Bila dah jam 11 malam, si DIA sms, " Dah tidur ke?"
Aku jawab, " Hmmm...rehat rehat jer depan TV nih".

Aku syak mungkin mereka dah selesai mesyuarat.
Tapi jam 11.30 pm, si DIA tak sampai rumah lagi lalu aku pun menelefon si DIA.
Weiihhhh...Dok tengah mesyuarat lagi! haiyaaaaaa...

" Abang pun dah letih ni. Dah dekat 12pm...Lambatnya habis.." kata si DIA.

Aku pun sambung menonton TV. Hmmm..cerita apa la malam malam Jumaat kat TV nih.
Klik...Klik..Klik..Hah cerita Endon..Hmm..
Klik..Klik..Klik..WWF..hah!! Gusti?..nak bergusti ngan sapo la pulok...haha..
Klik..Klik..Klik...apo laaaa cerito pot pet pot pet nih..hmmmm..malaih nak dongar..
Klik..Klik..Klik..American Idol..hentam pi la nengok si Simon Cowell mengutuk peserta.
Ding ding dong dong..ding ding dong dong..ding ding dong dong..

Kemudian terdengar bunyi kereta si Dia sampai.

" Assalamualaikum..dah tidur ke?"
" Belum..tunggu abang la.."
" Abang tadi diorang jamu pizza jer masa mesyuarat. Ada nasi tak? Lapar la.."

Mak ooiii!!...dah 12 lebih. Mata aku pun dah kuyu sebenornya.

"Nasi ada lagi rasanya. Boleh le abang makan dengan rendang daging tu."

" Sedap...sedap...terima kasih Ida. Cukup ke untuk bawak ofis esok?"
" Cukup kut..."

Adengan adengan selepas 12.30 pm tu, kita tak payah cerita la kannnn..hahaha...
.
.
.
Pagi ni around jam 9.15 am, aku sms, " Abang, penutup bekas rendang tu buka kan sikit. Tadi Ida panaskan rendang tu. Takut berwap pula. Basi pula nanti"

" Jazakallahilkhair....I LOVE U SO MUCH"

Aku tersengih sekejap.

" Me love you too"

Jawab sms dari si Dia, " Dah nak habis dah rendang. Diorang pulun yang tu.."

Laaaaaaaaa...ISH ISH ISH..kata nak makan sebelum Jumaat. Depa dah bersarapan RAYA seawal mungkin. JIMAT duit sarapan pagi.

Hmmmm....MACAM MACAM...

sekian

9 comments:

Wan Sharif said...

Ha.. nice.. cerita keluarga..
seronok membaca pengalaman anda ni..

Nizam.Ariff said...

Kak, tang luv luv tu sebab rendang yang sedap ke atau sebab lainnyer ?

hahaahaha.....

ASH said...

Wan sharif,
sehari dalam kehidupan..

Nizam,
mestilah sebab rendang...ko memang suka berimajinasi...
pemikiran yang mantop dan sihat!!

DrSam said...

macam-macam ceria di malam jumaat. Tabik spring kepada tukang masak...walaupun kurang sihat masih juga menjalankan tanggungjawab dengan baik...lagilah dimalam jumaat :)

ASH said...

DrSam,
'BERSEDIA BERKHIDMAT' patut dijadikan MOTTO..

ibundo said...

kalau bab masak memasak untuk orang makan ni, wajib lebihkan untuk anak-anak. sebab hidung dorang sentiasa menghiduuuuuuu jer.. haha..

ASH said...

Yp kakpah, Hmmm..lain kali kalau masak makanan mana mana yang agak menyelerakan memang patut diextrakan..

Dr Singa said...

akhirnya berapakah ketul rendang daging yang selamat diselamatkan pagi itu??

ASH said...

Sebelum sampai ofis tu agak banyak juga..semangkuk besar..
selepas sampai ofis tu...di luar pengetahuan..
tapi bawak balik bekas licin!